**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

137- Liqo’ ITQAN

TEMA: “SETEGUH IKATAN, SEHATI BERSAMA”

OBJEKTIF:
1- Menyediakan peluang untuk ahli memberi kritikan dan pandangan kepada persatuan.
2- Meraikan ulang tahun penubuhan PERMATA 09/10
3- Memastikan objektif yang telah digariskan pada permulaan sesi tercapai atau dapat diperkemaskan
perjalanannya hasil daripada pandangan serta kritikan ahli
4- Memastikan persatuan bergerak seiring dengan penerimaan ahli

ANJURAN: PERSATUAN MAHASISWA MALAYSIA UNIVERSITI MU’TAH (PERMATA)

SASARAN: SEMUA MAHASISWA/WI MALAYSIA UNIVERSITI MU’TAH

BUTIRAN PROGRAM:

TARIKH : 24 APRIL 2010, 10 JAMADILAWAL 1431H
HARI : SABTU
TEMPAT: WISMA NEGERI SEMBILAN
MASA : 2.00 petang

Jom sama-sama menghadirkan diri! ๐Ÿ˜‰

Advertisements
4 Comments »

136- Ma’radh Thaqofi

Semua mahasiswa dan mahasiswi dijemput hadir bagi memeriah dan mengimarahkan progam di samping melawat dan mengambil tahu budaya negara-negara luar yang lain ๐Ÿ™‚

Leave a comment »

135- Musafir Penuh Erti; Syria

Leave a comment »

134- Satu

Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Baru-baru ini kita digemparkan dengan satu kes pukul yang menyayat hati, Allah ingin mengejutkan kita dari nyenyak dibuai mimpi, terutama pada akhawat yang rasa bebas dan terjamin keselamatan mereka keluar berjalan tanpa muroqib. Nah! Ini jawapannya, biar badan kami (Syabab) menjadi taruhan bukan dirimu menjadi mangsa pengorbanan. Jika kes yang berlaku ini menjadi kesedaran pada akhawat maka kami amat bersyukur padaMu Ilahi. Jika tidak sia-sia lah pengorbanan ini~~

Setiap musibah, puncanya kerap tidak sama, namun hasil positifnya, pasti mendatangkan gembira, insha allah. Yang satu sudah semakin bersatu, yang berpecah kembali bertaut, yang berbeza mahu bersama. Tuhan, teruskan kesatuan ini, Tuhan, terus lindungi kami, andai ini kifarah dosa buat kami, berikan kami kekuatan untuk tidak meneruskan kesilapan itu ya Allah.

::Syabab; Kempen Muroqib Berjemaah::

::Akhawat; Pastikan Anda Bermuroqib Bukan Keseorangan::

~Berkebajikan,Berilmiah dan Perpaduan~

Ustaz Afifi, syafakallah syifaan ajilan, syifaan la yaghadiru ba'dahu saqoman; ganjaran Allah itu pasti~~

Leave a comment »

133- Alahai Ifah

“Iman, hari tu kita belajar apa ya?” ana bertanya. Iman sedang duduk di sisi ana sambil menyelak helaian demi helaian buku yang ada di tangan.

“Owh, kita imtihan minggu hadapan, hari Ahad,” Iman menjawab dengan lemah lembut. Dari ekor matanya, ana tahu dia sedang tersenyum seramah mungkin.

“Eh bukan macam tu, maksud Ifah, kita belajar sampai mana kelas hari tu ya?” ana cuba bertanya kembali dengan soalan yang lebih jelas.

“Owh, Ifah nak tahu masuk imtihan sampai mana ke? Sekejap ya, Iman tanya Najwa kat depan,” sekali lagi Iman cuba membantu menjawab persoalan yang ana ajukan. Ana menepuk dahi tanda bingung tahap tinggi.

“Ok, terima kasih Iman tapi, sebenarnya Ifah nak tahu sampai mana kita belajar dalam kelas hari tu ya?” ana berusaha sekali lagi untuk mendapatkan jawapan dari Iman.

“Haa, kita imtihan hari Ahad tu di Solah Riadhi, kelas 102, kat tingkat atas,” buat kesekian kalinya Iman menjawab dengan bersungguh-sungguh. Allah!

“Owh, ok, ok tapi kan Iman, ingat tak waktu kuliah kita kelmarin, berdasarkan silibus Dr, kita dah belajar sampai mana ya?” disebabkan “Usaha Tangga Kejayaan” maka, ana teruskan lagi pertanyaan kepada Iman bagi mendapatkan jawapan yang ana mahukan. Tolonglah, kali ini sahaja, untuk yang terakhir kali~

“Kuliah kelmarin, Iman tak hadir jadi, Iman tak tahu Dr ajar sampai mana,” Iman menjawab sambil tersipu-sipu malu. Ahhaaa~ Itulah jawapan yang ana perlukan sedari tadi wahai Iman ku sayang.

Alahai Ifah, sudah 2 tahun anda berada di Jordan, masih sukarkah untuk memahamkan sahabat berbangsa Arab anda sendiri? Sila berbahasa Arab fus0hah selepas ini ya!

3 Comments »