**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

121- Bicara Tentang Ikhlas

on February 10, 2010

Tepat jam 12 malam, YM, Email, dan Facebook ana menerima ‘serangan’ bertalu-talu dari ramai orang; serangan do’a dan ucapan ulang tahun kelahiran. Situasi biasa dan lazim bagi ‘birthday girl’ ataupun ‘birthday boy’.

Terima kasih untuk semua itu walaupun ana sendiri tertanya-tanya sejauh mana nilai sisa-sia umur ana yang terdahulu di sisiNya.

Dalam semua kiriman do’a dan ucapan yang ana sangat hargai itu, ada satu yang sangat menarik perhatian sekaligus mengetuk pintu minda ana untuk kembali berfikir. “Achik, semoga menjadi hamba yang sentiasa IKHLAS dalam hidup ini,” adik ana, Sarah menitipkan ucapan serba ringkas namun amat bermakna.

kerana dia~

***

Adakah 4 tahun menjadi pelajar di kelas yang bernama Ikhlas sudah cukup menjadikan seseorang itu benar-benar ikhlas? Atau mungkin sekadar mengungkapkan ” Aku ikhlas buat semua ini” melayakkan kita digelar seorang yang ikhlas?

Melalui innallaha lam yanzuru suurokum walakin yanzuru suduurokum [ Allah tidak melihat rupa paras kamu tetapi Allah memandang hati kamu ] jelas menerangkan bahawa ikhlas itu adalah amalan hati. Namun, sejauh mana kayu ukur atau indikasi sesebuah keikhlasan itu yang boleh kita jadikan sebagai panduan untuk mendapat gambaran?

Pertama, apabila setiap pekerjaan dilakukan sehabis baik samada sendirian ataupun di tempat awam.

Kedua, tidak senang dipuji oleh orang lain lantas berdo’a, ” Ya Allah, maafkan aku atas apa yang mereka tidak tahu tentang aku, dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangka tentang aku!”.

Ketiga, sangat mengalu-alukan teguran, nasihat, serta bimbingan dari orang sekeliling kita seperti sahabat handai, kaum kerabat, dan sesiapa sahaja yang sudi berbicara dengan kita secara jujur.

Keempat, merasakan bahawa sumbangannya kecil jika dibandingkan dengan sumbangan orang lain. Sumbangan tidak dianggapnya sebagai jasa namun, sebagai penebus dosa.

Kelima, menyempurnakan amalan fardhu dan meningkatkan pula dengan amalan sunat. Kerana Muslim itu harus beramal dengan Islam dengan bersungguh-sungguh, semampu mungkin.

Setiap nilai hidup dari sekecil-kecil perkara sehinggalah ke sebesar-besar perkara dihubungkan kepada matlamat mencari redha Allah agar ia sebati dalam jiwa dan lahir pula dalam tingkah laku, mungkin itulah sebenar-benar ta’rif ikhlas!

kek sebenar dari Alang Izzati adalah tanpa strawberi~

Advertisements

4 responses to “121- Bicara Tentang Ikhlas

  1. assalamualaikum…
    kak,semoga syifa tak terlambat nak ucapkan…
    “selamat hari lahir”

    **semoga berbahagia selalu^_^

  2. afifahazam says:

    khairussyifa’ ;

    wslm wbrkth dear sis,
    better late than never rite?
    syukran ya habibti f0r the wishes n do’a ๐Ÿ™‚
    take care there~~

  3. al-huda says:

    ikhlas..smtg yg nmpak mudah tp sbenarnya hanya antara kita dgn Dia yg tahu..moga hati2 kita terus menerus mujahadah dlm mencari keikhlasan,insyaAllah.

    moga terus kuat&thabat di sana. hug&kiss!

  4. afifahazam says:

    al-huda ;

    ameen ya Rabb ๐Ÿ™‚
    kakak kami di sana bagaimanakah?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: