**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

119- Tiba-tiba!

on February 8, 2010

Situasi 1

Anda berkunjung ke Mesir buat kali kedua maka hari-hari terakhir dipenuhi dengan mengadakan lawatan ke tempat-tempat pelancongan yang menarik. Perjalanan anda dipermudahkan dengan kenderaan-kenderaan awam yang banyak terdapat di sana. Misalannya teksi, tremco, bas, dan metro. Suatu ketika, anda tidak pasti anda sedang berada di mana lalu bertanya kepada salah seorang penumpang lain yang berbangsa Arab, “ Sekarang ni kita berada di mana ya? Apa nama tempat ni?”.

“Kita sedang berada di Mesir!” jawab beliau sambil tersenyum ‘mesra’.

Memanglah itu negara Mesir! Tapi takkanlah seluruh tempat di negara itu dipanggil Mesir? Adeh, jawapan tak membantu langsung!

[ Ana berdo’a supaya Kakak Arab tersebut segera keluar dari kenderaan awam yang sedang kami naiki bersama! Itu sahaja tindakan paling ‘kejam’ yang mampu ana lakukan bagi membalas ke’ramah’an beliau. Sila jangan ambil beliau sebagai pemandu pelancong ya! Sekian, terima kasih. ]

Situasi 2

Anda baru sahaja pulang dari Iskandariah bersama-sama ahli keluarga yang lain. Tempoh perjalanan selama seharian itu sangat meletihkan walaupun turut diulit dengan kegembiraan. Sambil mencari teksi untuk pulang ke rumah, anda melewati beberapa kenderaan awam yang lain. Tiba-tiba salah seorang lelaki Arab di situ bertanya, “ Cik nak ke Iskandariah kan? Jom naik kenderaan saya!” pelawa beliau dengan penuh semangat.

[ “Tak nampak ke orang baru balik dari sana? Letih betul!” getus ana seorang diri di dalam hati, huh! ]

Adik, Abang Hafiz, dan Banglang~

Situasi 3

Tempoh sebulan di luar Negara mungkin merencatkan sedikit kerja-kerja anda di rumah. Lalu anda memilih untuk membeli ‘simcard’ di sana untuk memudahkan perhubungan dengan mereka yang berada di rumah bagi menjamin kelancaran kerja-kerja di sana sepanjang peninggalan anda. “Cik, jumlah kesemuanya LE35 sahaja,” sambil tersenyum, penjual wanita tersebut memaklumkan kepada anda.

Tiba di rumah sewa, sahabat anda memaklumkan bahawa harga sebenar satu set ‘simcard’ tersebut ialah dalam lingkungan LE8-LE12 sahaja! “Pandai bahasa Arab pun boleh kena tipu dengan orang Arab jugak?” usik sahabat anda.

Sangat seronok kena tipu!

[ Ada kemungkinan tak untuk jurujual tersebut mengembalikan semula wang ana yang berjumlah hampir LE23 itu? ]

Kesimpulan

-Kita tidak boleh menganggap semua orang faham dengan apa-apa yang kita sampaikan atau mahukan. Mereka hanya akan faham apabila semuanya sudah jelas di pandangan mereka.

-Pengalaman bukan setakat mengajar erti hidup. Bahkan membuatkan anda semakin mengerti dengan kelemahan sendiri! Penguasaan bahasa, kemahiran berta’amul dengan orang sekeliling, dan sebagainya.

-Cara paling sesuai untuk mengenali orang terbaik yang berada di sekeliling kita adalah dengan mengembara dan mengalami kesusahan bersama-sama. Karakter sebenar masing-masing akan tersingkap di situ.

-Menghadapi situasi-situasi negatif bukan sahaja mengajar kita erti kesabaran, bahkan juga memberikan ilham untuk mengawal kemarahan. Berbeza kan? Tidak hairanlah Nabi s.a.w. menasihatkan umat baginda untuk tidak marah dengan mengulang larangan tersebut sebanyak 3x dalam hadis baginda.

di sebalik seek0r singa~

Advertisements

4 responses to “119- Tiba-tiba!

  1. kteh says:

    xfhm situasi 2. btw, nice post 😉

  2. afifahazam says:

    kteh ;

    haha, takyah faham! buat sakit hati je 😀

    [ tgh penat2 smpi kat cair0 tiba2 je pakcik2 tu paksa2 naik tremc0 dia suruh pi Alex balik, adoooiii aii~ saya baru pulang dari sana lah pakcik2 sekalian, sume cam p0ning! 😉 ]

  3. al-huda says:

    haha.akk bace ni tergelak2.arab oh arab!

    yup,btol cm ifah ckp..mmg bnda ni boleh jadi satu sbb ntuk kita bermua’yashah dgn mereka agar lebih memahami biah di sten2 tmpat..but depends situation gkla.huhu

    ~bersyukur tercmpak di urdun.hee:)

  4. afifahazam says:

    al-huda ;

    hehe, tetap bersyukur 😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: