**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

117- Balik Kampung

on February 7, 2010

Cuti Semester 1 telah bermula. Kali ini tempohnya agak panjang. Lalu ana merasakan keputusan ana untuk ‘balik kampung’ adalah pilihan yang tepat. Bukanlah kembali ke Malaysia pun, sekadar kembali ke Rumah Negeri Sembilan Kaherah (RNSK) di Mesir.

Tidak bertujuan untuk melancong, sekadar menunggu kehadiran anak buah baru, berkumpul seketika bersama ahli keluarga, bertemu muka dengan seluruh warga RNSK, menyelesaikan sedikit urusan berkaitan BKMNS Jordan, serta berkunjung ke Ma’rodh Kutub (Pameran Buku a.k.a Book Exhibition).

2 hari sebelum perjalanan, masa dihabiskan bersama adik beradik Ridzuan dan Binafsha. Bermula dengan sesi memasak di dapur, mengulas hikmah di sebalik filem, makan malam bersama, solat berjamaah, meraikan hari lahir Farhana 2 hari awal, membeli barangan bayi, mencari hadiah dan kek, bermain bunga api di atas ‘sutuh’, slot muhasabah sepanjang Semester 1, serta berakhir dengan diskusi berkaitan peranan sebagai seorang Muslim ke atas Muslim yang lain.

Pekan Mu'tah; dari atas sutuh

Sehari sebelum perjalanan, masa banyak diisi dengan perjumpaan demi perjumpaan, seharian di Irbid, serta semalaman di Mu’tah. Tiada keluhan kerana semuanya untuk manfaat bersama. Sekurang-kurangnya sempat juga bertemu dengan Cikgu; yang akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi, Kak Ain; naqibah yang sangat ana hargai kehadirannya, serta adik-adik Negeri Sembilan; dengan keletah masing-masing.

21hb, kami bertolak pada jam 10 pagi ke lapangan terbang. Suasana di dalam van diceriakan dengan gelagat ahli Bayt Ridzuan yang tidak akan duduk diam melainkan, tidur! 😉 Ana sekadar memerhati, kerana memang itu pun yang sering ana lakukan selama ini. Bermain dengan perasaan sendiri, memikirkan perjalanan ke Mesir seorang diri walaupun tempoh perjalanan hanya seketika.

Memerhatikan wajah mereka seorang demi seorang sebelum bertolak menerbitkan seribu satu rasa. “Kak Akma, tolong tengok-tengokkan adik-adik ya! Farhana, selamat menjayakan PERTAMA….’Azzah, minor operation tu insha allah baik-baik sahaja, semua yang ‘Azzah minta Achik tuliskan ada dalam buku merah tu, untuk Adik dan Kak Ceq sekali, elok-elok ya! Kirim salam semua, take care, dan saling mendo’akan.”

Terima kasih kepada semua yang menghantar! Sekurang-kurangnya, ana telah melaksanakan hampir kesemua adab bermusafir; sebelum dan semasa. Selepas sahaja yang belum.

Ana teruja untuk kembali menghirup bau bayu Mesir serta perubahan dan pembangunan yang semakin ketara di sana. Benarkah?

Laluan ulang alik dari Nadi Siqah ke RNSK

Advertisements

5 responses to “117- Balik Kampung

  1. Ifwat says:

    Guru yang baik inginkan anak muridnya menjadi lebih hebat daripada dirinya. Maaf silap dan salah

  2. afifahazam says:

    Ifwat ;

    insha allah ameen,
    terima kasih banyak2 dan maafkan kami juga~

  3. balik kampung…
    hoho
    balik kampung….
    hoho
    balik kampung…
    hati riang….
    hoho
    balik kampunga…
    hoho
    balik kampung…
    hoho
    balik kampung…
    hati senang…
    perjalanna dekat x ku sangka..
    bermula naik van bersama housemete tecinta…
    check in n bawa masuk diri ke dalam balai b’lepas memang sengaja…
    untuk melwat insan2 tercinta…
    hoho
    balik kampung
    hoho
    balik kampung
    hoho
    balik kampung
    hati gembire…………

    end~~

  4. alamak!luv x jd…
    hahaha…

  5. afifahazam says:

    cahaya kesempurnaan ;

    err~ nyanyi lagu plak die….
    lain macam maksudnye tu, nk balik malaysia ye tahun ni??? 😀
    thanx sis, n l0ve tu hanya c0de untuk FB je, hihi 😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: