**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

124- Seminar Kewangan Islam

Read the rest of this entry »

Advertisements
Leave a comment »

123- Ardul Kinanah

“Ifah pergi jalan-jalan kat mana di Mesir hari tu?”

“Seronok tak bercuti sebulan di Mesir? Dah taknak balik Jordan ke?”

“Nanti tulislah pengalaman Ifah di Mesir ya!”

Kali ini ana mahu membiarkan gambar yang berbicara sebagai jawapan. Khususnya untuk ‘adik’ ana di Irbid, Izzatul Nadiah Binti Zolkiply~~

***

Ana ke Mesir kerana mereka :

Abang Hafiz dan Kakteh

Wafa' Binti Muhammad Hafiz

Adik dan Banglang

Abah dan Emak

Sakinah dan Sarah

Alang Izzati

~Ayah, Ibu, Majlis Tertinggi Pengurusan (MTP), Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan Jordan (BKMNS), Warga Rumah Negeri Sembilan Kaherah (RNSK), Batch PITT 2008~

Read the rest of this entry »

10 Comments »

122- Erti Sebenar 14 Februari

Setiap hari adalah hari kasih sayang kerna ia sebenarnya berterusan dan tidak pernah putus. Lazimnya semua perkara bermula dengan unsur yang sama iaitu kasih sayang.

Kerana kasihkan Allah, kita bersolat 5x sehari semalam. Kerana sayangkan Nabi, kita berselawat sekerap mungkin ke atas baginda s.a.w. Kerana minat, kita meneruskan pengajian sehingga ke akhirnya. Kerana cintakan keluarga, kita sanggup meninggalkan tanah air demi menggapai cita-cita.

Lantas di mana signifikannya Valentine’s Day ??

Read the rest of this entry »

Leave a comment »

121- Bicara Tentang Ikhlas

Tepat jam 12 malam, YM, Email, dan Facebook ana menerima ‘serangan’ bertalu-talu dari ramai orang; serangan do’a dan ucapan ulang tahun kelahiran. Situasi biasa dan lazim bagi ‘birthday girl’ ataupun ‘birthday boy’.

Terima kasih untuk semua itu walaupun ana sendiri tertanya-tanya sejauh mana nilai sisa-sia umur ana yang terdahulu di sisiNya.

Dalam semua kiriman do’a dan ucapan yang ana sangat hargai itu, ada satu yang sangat menarik perhatian sekaligus mengetuk pintu minda ana untuk kembali berfikir. “Achik, semoga menjadi hamba yang sentiasa IKHLAS dalam hidup ini,” adik ana, Sarah menitipkan ucapan serba ringkas namun amat bermakna.

kerana dia~

***

Adakah 4 tahun menjadi pelajar di kelas yang bernama Ikhlas sudah cukup menjadikan seseorang itu benar-benar ikhlas? Atau mungkin sekadar mengungkapkan ” Aku ikhlas buat semua ini” melayakkan kita digelar seorang yang ikhlas?

Read the rest of this entry »

4 Comments »

120- PERTAMA, Tiada Yang Kedua

Persidangan Tahunan Mahasiswa SeJ0rdan Kali Ke-4

Sejak beberapa hari ini, bumi Jordan agak kerap menerima kunjungan dari tokoh-tokoh yang hebat dalam kepakaran masing-masing. Dr.Masyitah dan rombongan beliau, serta Ustaz Farid Ravi Abdullah pensyarah KUIS yang sering mendapat tempat di pentas-pentas da’wah khususnya melalui saluran media massa.

Tidak lama lagi, Ustaz Hasrizal dan Ustaz Maszlee Malik pula bakal melakukan perkara yang sama. Berganding bahu bersama sahabat lama mereka, Ustaz Heizal Hezry untuk menjayakan program PERTAMA kali ke-4 di Universiti Mu’tah, bumi para syuhada’, dengan tema “Da’wah dan Realiti Mahasiswa Timur Tengah”.

Moga tiada rasa bosan dalam kalangan sahabat-sahabat ana di Jordan sepanjang cuti musim sejuk kali ini kerana sedang terdapat banyak mutiara-mutiara yang boleh anda kutip untuk dijadikan panduan dalam meneruskan langkah perjuangan ini. Terasa agak ralat kerana tidak dapat turut serta namun, sepanjang di Mesir ini juga ana sedang berusaha mencari mutiara-mutiara yang ada untuk ana kutip sebagai bekal pulang ke Jordan semula nanti, insha allah.

Selamat bersidang kesemuanya [ ayat lazim dalam arena perdebatan 😉 ]

Leave a comment »