**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

115- Sangat Bernilai

on January 8, 2010

Perkara berkaitan keselamatan akhawat, aurat, cara pemakaian, cara pergaulan, dan lain-lain lagi tidak boleh ditegur sewenang-wenangnya. “Benda-benda ni sensitif lah Ifah, bukan takde orang yang ingatkan tapi….” pesan senior ana dahulu. Isu-isu ini isu yang nampak kecil dan sering dipandang remeh namun sudah hampir menjerat diri kita. Atau lebih tepat lagi, diri ana sendiri.

Untuk tahun ini, sudah masuk kali keempat kes ini ( gangguan seksual ) berlaku. Setiap kali ia terjadi, banyak pesanan yang dititipkan tapi, masih jua ramai yang malas mengambil endah. Kenapa? Mahu terkena pada diri sendiri dahulu baru percaya? Atau rasa tergugat dengan teguran terutamanya dari syabab?

‘Eidiladha dahulu, mereka ada menegur secara terbuka. Ana terdiam. Akhawat lain yang mendengar, ada yang mengambil cakna, ada juga yang sambil lewa. Hmm~ Baru-baru ini, ada lagi syabab yang menegur. Kali ini, ana rasa segan dan serba salah. Seolah-olah ana sendiri tidak pernah memainkan peranan dalam soal ini.

Adakah kalian senang dengan keadaan ini?

Kita semua adalah penuntut ilmu dan bukannya sebarang ilmu. Ilmu ini yang membezakan kita sama ada kita ini beramal kerana ikutan atau beramal kerana faham. Termasuk juga ilmu-ilmu yang lain.

………………………………………………..

Kita berhijab bukan kerana suka-suka. Bukan juga kerana ianya menampakkan kita cantik. Kita memelihara diri keranaNya :

” Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka ( daripada memandang yang haram ), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkann kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara perempuan mereka atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kami sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.

( An- Nur, ayat 30).

Sekali lagi ditekankan, semua ini kerana Allah :

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya ( semasa mereka keluar ); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal ( sebagai perempuan yang baik-baik ) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ( ingatlah ) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

( Al-Ahzab, ayat 59)

Sekurang-kurangnya, ambillah iktibar daripada kes-kes yang berlaku. Kalian sudah maklum akan tuntutan menutup aurat dengan sempurna. Rasanya tidak perlulah diajar kembali secara khusus. Sekadar saling mengingatkan, mungkin.

Islam senantiasa memberikan kemudahan kepada semua penganutnya. Mahu berhias? Mahu berfesyen? Mahu tampil cantik dan kemas? Silakan. Tapi biarlah berpada-pada, sekadar keperluan, dan bersesuaian dengan syariat. Demi redhaNya.

Jika di musim sejuk ini, pilihlah pakaian yang sesuai apabila keluar dari rumah. Bak kata Kak Azma, “Tiada guna berbaju kurung atau berjubah labuh serta bertudung litup mahupun berpurdah, tetapi tetap tidak segan memakai jaket tebal ketat membalut tubuh ( macam sarung nangka pun ada nampaknya ). Awasi juga tingkah laku dan kata. Mungkin tanpa disedari, ada mata-mata galak memerhati dari jauh.”

Kebanyakan daripada kita memahami bahawa,menutup aurat itu adalah salah satu da’wah bil hal yang sepatutnya mampu dilaksanakan oleh sesiapa pun. Secara tidak langsung, tanggungjawab kita sebagai da’ei telah terlaksana dengan berpakaian menurut kod etika pemakaian dalam Islam. Tidak jarang, tidak terlalu longgar, tidak terlampau ketat, tidak terlebih terang atau mencarak warnanya, dan lain-lain lagi.

Mudah-mudahan kita tidak akan menjadi punca kemudaratan dan fitnah kepada orang lain. Berusahalah untuk saling menasihati, mengingati dan yang paling penting berusaha mengIslah diri ke arah yang lebih baik.

Segalanya di tangan kita semua!

……………………………………………….

Kerana Muslimah itu begitu berharga, tidak ternilai hanya dengan kata-kata :

Girls are like apple on trees. The best ones are at the top of the tree.

The boys don’t want to reach for the good ones because they are afraid of falling and getting hurt.

Instead, they just get the rotten apples from the ground that are not as good, but easy.

So the apples at the top think something is wrong with them, when in reality, they are amazing.

They just have to wait for the right boy to come along, the one who is brave enough to climb all the way to the top of the tree.

Hmmm~

Advertisements

14 responses to “115- Sangat Bernilai

  1. salam ziarah ukhti. pertama kali tiba disini. penulisan yang menyentuh. dari hati barangkali.

    benar beramal atas dasar kesedaran dan kefahaman,
    itulah islam.

    Even dgn kawalan murakib ketat syabb mu’tah pun masih berlaku kes, yang di irbid ni lagi2 la..

    oOoo.. menunggu masa dijanjikan ketika mana akhawat mampu bermusafir sorg diri tanpa bahaya.

    hijab fizikal–> hijab hati.

    btw, bila fifah nak bertandang rumah ana pula?

  2. afifahazam says:

    Ezzah al-islam ;

    wslm wbrkth ukhti 🙂
    penulisan ini untuk kita semua yang sangat Ifah sayangi, m0ga benar-benar dari hati, insha allah…
    kal0 ada rezeki turun Irbid nanti, pasti akan cuba menjejakkan kaki ke rumah ‘kak iz’ kita 😉

  3. assalamualaikum
    artikel anti sangatlah baik
    sudilah kiranya ziarah ke blog ana…
    salam ziarah…menjalin ukhuwah

  4. afifahazam says:

    moslem corner ;

    wslm wbrkth, insha allah~

  5. akram says:

    allhamdulillah

    anti jalankan dakwah untuk melindungi kaum sejenis anti

    bagaimana yang mendengarnya? jika yang mendengar itu terima sebagai peringatan diri dan kaum sejenisnya berkesan dakwah anti

    tetapi

    jika yang hanya ambil tak endah maka dia sedang mengancam keselamatan kaum sejenisnya malah anti juga tidak terkecuali

    kalau difahamkan ayat dari surah al-ahzab

    diturunkan ayt itu untuk semmua kaum wanita dan jika ada yang masih melanggar suruhannya maknanya dia menempah bahaya kepada diri sendiri dan kaum sejenisnya disekelilingnya atau ditempat lain

  6. afifahazam says:

    akram ;

    moga semua muslim akan menjalankan tanggungjawab masing2 sebagai muslim, insha allah~

  7. nurin001 says:

    salam ziarah.
    erm..nice!
    kiter buat yg termampu (wpon org dah bosan & ‘earful’, truskan jek..)
    mudah2an lame kelamaan akn terbukak hati utk lebih teliti bab aurat..
    perempuan nih mmg fitnah kn.. sbb dunia tuh sendiri adlh fitnah..
    tp, just follow the right path, insya Allah

  8. afifahazam says:

    nurin001 ;

    wslm wbrkth kak,
    terima kasih~
    kita usaha n do’a sama2 ek, ameen always 🙂

  9. hati says:

    Salam Iffah..kenal lagi orang di sini??semoga terus thabat..sokonganmu buat inspirasi..moga Allah kasih kita semua..amin..insha Allah

  10. afifahazam says:

    hati ;

    wslm wbrkth dear 🙂
    qalbi kan?
    insha allah sama2 thabat dan saling meny0k0ng ….
    ameen always~~

  11. hikmah kembara says:

    salam… fifah take care tau kat mesir tu…..fighting!!!!!!!!!!!!!!!

  12. afifahazam says:

    hikmah kembara ;

    wslm wbrkth dear 🙂
    hee~ rindunye kat adik achik s0rang nih
    orite, take care jugak kat sana ye!
    jangan nakal2^^

  13. miftahussyifa' aka syahme0r says:

    salam k.chik~
    syukran utk entry yg sgt bermakna ini!br kini smpt utk mmbaca entry2 k.chik hehe~kt mktb w0rdpress kne block!blogger ley plk^^

  14. afifahazam says:

    miftahussyifa’ aka syahme0r ;

    wsm wbrkth dik
    huu~ ye ke?
    ok takpe, silakan ziarah selalu ye dear 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: