**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

113-Ayuh Kembali Ke Sekolah

on January 3, 2010

Segalanya telah pernah bermula dan akan diteruskan;

Bila bergelar DA’EI, kita wajib sedar bahawa jiwa kita tak boleh selamanya REMAJA,

Kata Al-Banna, tanggungjawab melebihi masa yang ada!

Dan tarbiyyah yang bersalutkan ilmu dan cabaranlah yang dapat mendewasakan kita,

Tapi cukupkah sekadar menerima tarbiyyah? Sampaikanlah pada yang lain-lain,

Bangunlah wahai SYABAB! Sedarlah wahai FATAYAT!

Kalian bukan memulakan perjuangan tetapi kalian adalah mata-mata yang menyambung rantai perjuangan.

‘Atiqah Amni, Ain Nadhirah, Ain Syakirah, Ameera, Fatin, Farah Fatihin (2005)

‘Atiqah Amni, Syamila Suraya, Syazana, Farhana, Marina (2006)

Syazwani Romeli, Jaja, Hamizah Ismail, Afiqah Aisyah, Fatin Murtadza, Na’eimah (2007)

Jaja, Ain, Insyirah (Tahfiz)

Husna, Fazlin, Fazira, Fatin, Najihah, Ainaa, Mursyida, Farahiyah (Usrah 3)

Mereka di atas kesemuanya adik-adik ana. Lebih tepat lagi, kumpulan usrah yang ana pegang sejak di SMKA SHAMS sehingga saat ini. Ana lazim mengingati mereka. Bahkan kumpulan-kumpulan kecil yang ana pegang dalam mana-mana program pun, insha allah anda semua masih diingati.

Hanan Sharifah, Syamimi Hamzani, Kak Atiyyah, Kak Aisyah, ‘Ainaa’, Izyan Syamimi, Ain Syahirah, Farah Sakinah, Ainaa Amira, Hanisah, Tasha Farhana, ‘Atiqah Azimi, Sakinah, Suhaili (S.E.L.A.L.U.)

Kami rapat secara tidak sengaja. Mungkin sebagai ahli bilik dalam sebuah dorm yang sama. Bahkan mungkin juga, jiran sebelah bilik. Atau sebenarnya tiada kaitan yang tepat pun, tetapi entah mengapa, hati itu bagaikan diikat untuk terus rapat. Mereka baik dan terbaik!

Kak Munie, Kak Siti Khalisah, Kak Farhain, Kak Ninna, Kak Nabilah, Kak Sa’dah, Kak Hajar, Kak Nana, Kak Yong, Kak Faiz, Kakteh Bella, Kak Aisyah (Naqibat)

Mentor ana yang sangat ana hargai hingga ke akhir hayat insha allah. Tiada kata yang tepat untuk mengucapkan berbanyak terima kasih atas segala tunjuk ajar kalian. Kemaafan sangat-sangat ana pinta atas semua kesilapan dan kekhilafan. Do’akan hati ini thabat di jalanNya walaupun mungkin kita berbeza ‘simpang’.

Husna, Syazwani, Sarah, Aminah, Najibah, Najihah, Liyana, Aida, Fatin Hakimah, Arfah, Faezah Roslan, Syafawati (K.A.M.I.)

Kami mengenali jalan perjuangan itu pada waktu yang sama. Kami diberikan taklifan yang berat juga pada waktu yang sama. Kami menghadapi cabaran dan ujian juga kerap pada waktu yang sama. Kami menikmati kesenangan dan kebahagiaan juga pada waktu yang sama. Kami selalu bersama kerana hati kami sama. Kami lah sahabat, teman, rakan, kawan, taulan, kakak, adik, ‘musuh’, dan segala-galanya. Sampai bila? Sampai bila-bila, insha allah.

……………….

jom datang makan kat sini! Jordan~

Semalam ana bermimpi berjumpa kalian semua. Semalam ana terkenang segalanya tentang kalian. Semalam nama kalian sering ana sebut-sebut seorang diri. Ya Allah, berat benar rasa rindu ini! 😦

………………

Banyak lagi nama-nama yang tak tersebut, tak tersenarai. Bukan lupa tetapi andai semuanya ana senaraikan, entah bila akan habis, entah bila akan tamat. Kalaupun tidak tertulis di sini atau buku kecil milik ana [ sebagai coretan harian ], sekurang-kurangnya pasti tertulis di hati dan memori ana, insha allah. Jelaslah bahawa hidup ini bukannya berseorangan tetapi bersama-sama. Buat semua di Malaysia, di Jordan, di Mesir, di Morocco, dan di mana-mana sahaja di pelosok dunia ciptaanNya ini, selamat untuk semuanya dan sentiasa bersemangat, yok! Saling mendo’akan ya~

………………

Serahkan dirimu sepenuh hati padaNya,

Dengan itu,

Allah akan memberi kekuatan sebagai ganti kelemahan,

Memberi keamanan sebagai ganti dari ketakutan,

Dan memberi kecukupan sebagai ganti dari kemiskinan.

………………………..

Kaitan dengan tajuk di atas? Kaitkan sendiri~

Advertisements

5 responses to “113-Ayuh Kembali Ke Sekolah

  1. K.ReM says:

    wahh!!! berwajah baru nampak…
    nice… selamat menempuh imtihan nihaie…

    maa taufiq wan najah…
    semoga beroleh kecemerlangan di dunia dan akhirat…

  2. afifahazam says:

    K.ReM ;

    selamat untuk akak jugak 🙂

  3. +fobia+ says:

    sekolah itu best.

  4. miftahussyifa' aka syahme0r says:

    akk,aisyah amek kata2 kt ats sbg smgt utk aisyh n akhawat kt cnee blh?blh la yek~~^^..syukran kak(^_^)

  5. afifahazam says:

    miftahussyifa’ aka syahme0r ;

    b0leh je dik
    anything f0r u~~
    ‘afwan 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: