**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

116- Berjalan, Melihat, Mentafsir

Ana ada ruang masa yang panjang selama 5 hari sebelum menempuh imtihan terakhir pada 19hb nanti. Mabadi’ Tarbiyyah dan Sirah Nabawiyyah menanti untuk di’perangi’ di atas kertas ber’senjata’kan pen dan ingatan.

Memilih untuk keluar sebentar dari ‘gua’ Bayt Ridzuan pada 16hb bagi menyelesaikan beberapa urusan penting bersama Along dan Adik adalah satu keputusan yang ana kira bijak untuk meredakan sedikit bahang imtihan niha’ei. Urusan terpenting pastilah mengeluarkan duit bagi perbelanjaan harian dan yuran pengajian di samping membeli tiket untuk ke Mesir dan mencari sedikit cenderamata buat keluarga dan sahabat-sahabat di sana. Destinasi kami kali ini, Amman!

Balad

Amman sudah menjadi desitinasi lazim, lalu perjalanan yang ditempuh tidak terasa lama. Malahan tidak sempat pun untuk melelapkan mata walau untuk seketika.

Read the rest of this entry »

2 Comments »

115- Sangat Bernilai

Perkara berkaitan keselamatan akhawat, aurat, cara pemakaian, cara pergaulan, dan lain-lain lagi tidak boleh ditegur sewenang-wenangnya. “Benda-benda ni sensitif lah Ifah, bukan takde orang yang ingatkan tapi….” pesan senior ana dahulu. Isu-isu ini isu yang nampak kecil dan sering dipandang remeh namun sudah hampir menjerat diri kita. Atau lebih tepat lagi, diri ana sendiri.

Untuk tahun ini, sudah masuk kali keempat kes ini ( gangguan seksual ) berlaku. Setiap kali ia terjadi, banyak pesanan yang dititipkan tapi, masih jua ramai yang malas mengambil endah. Kenapa? Mahu terkena pada diri sendiri dahulu baru percaya? Atau rasa tergugat dengan teguran terutamanya dari syabab?

‘Eidiladha dahulu, mereka ada menegur secara terbuka. Ana terdiam. Akhawat lain yang mendengar, ada yang mengambil cakna, ada juga yang sambil lewa. Hmm~ Baru-baru ini, ada lagi syabab yang menegur. Kali ini, ana rasa segan dan serba salah. Seolah-olah ana sendiri tidak pernah memainkan peranan dalam soal ini.

Adakah kalian senang dengan keadaan ini?

Read the rest of this entry »

14 Comments »

114-Ada Kelebihan

Esok hari Isnin. Antara hari yang sering ana nanti-nantikan untuk semester ini. Kenapa? Sebab ana boleh berjumpa dengan ‘abah’ ana selama 3 jam untuk madah Fiqh Uqubat 1 dan Fiqh Muamalat; Dr Hammad Azzam~

Esok mungkin kelas kami yang terakhir untuk 2 madah ini. Kemudian, akan ada 2 minggu pula untuk kami persiapkan diri bagi menghadapi imtihan nihaei. Moga semua dipermudahkanNya.

“Dr, merokok itu termasuk dalam mukhodarot tak?” salah seorang teman sekelas kami bertanyakan soalan. Waktu itu waktu untuk madah Fiqh Uqubat 1. Kami sedang berbincang tentang sub-topik dalam tajuk hukuman hudud berkaitan arak iaitu mukhodarot yang hukumnya haram sepertimana arak.

“Tidak, merokok itu bukan sebahagian daripada mukhodarot!” tegas Dr. Tersenyum simpul beberapa orang pelajar lain. Puas hati dengan jawapan Dr barangkali kerana mereka juga merokok. Semua pelajar perempuan pula mengeleng-ngelengkan kepala sebagai tanda protes.

Read the rest of this entry »

6 Comments »

113-Ayuh Kembali Ke Sekolah

Segalanya telah pernah bermula dan akan diteruskan;

Bila bergelar DA’EI, kita wajib sedar bahawa jiwa kita tak boleh selamanya REMAJA,

Kata Al-Banna, tanggungjawab melebihi masa yang ada!

Dan tarbiyyah yang bersalutkan ilmu dan cabaranlah yang dapat mendewasakan kita,

Tapi cukupkah sekadar menerima tarbiyyah? Sampaikanlah pada yang lain-lain,

Bangunlah wahai SYABAB! Sedarlah wahai FATAYAT!

Kalian bukan memulakan perjuangan tetapi kalian adalah mata-mata yang menyambung rantai perjuangan.

Read the rest of this entry »

5 Comments »

112-Kisah Di Tahun Baru

Hari ini hari pertama di tahun baru. Harga gula naik kepada harga yang baru. RM1.65 di Semenanjung, RM1.75 di Sabah dan Sarawak untuk setiap satu. Inilah bukti 1Malaysia, rakyat itu perlu didahulu.

Beberapa hari sebelum tahun yang baru, mahkamah sudah pun membuat keputusan yang satu. Kalimah Allah boleh digunakan Kristian di dalam journal Herald-The Chatolic Weekly itu. Ini bukan hadiah tapi musibah di tahun baru. Lepas ni nampak je nama Allah, semuanya betul dan perlu.

Habislah kalau macam tu. Kalau ikut syariah, hukumnya BOLEH, itu kami tahu. Tapi ikut waqi’ Malaysia sekarang, semua orang serba tidak tahu. Semakin sukar lah usaha untuk mengIslahkan masyarakat yang sudah tak berapa nak mahu.

Read the rest of this entry »

Leave a comment »