**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

108-Sang Murabbi

on December 20, 2009

Filem Sang Murabbi; Mencari Spirit Yang Hilang telah lama diperkatakan. Namun, disebabkan ana memiliki sifat inkuiri yang rendah dalam soal filem maka, malam tadi baru berpeluang untuk menonton filem tersebut ketika Majlis Perasmian FISCO ( Festival Of Islamic Scholars Conference ) di Wisma Negeri Sembilan. Lewat sungguh!

Mengenang Tokoh Dari Seberang; Ustaz Rahmat Abdullah

Mengenang Tokoh Dari Seberang; Ustaz Rahmat Abdullah

Ana tidak pasti samada peminat  ( yang hanya sekadar minat ) filem-filem bergenre Islamik seperti Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih mampu untuk menonton filem ini sehingga tamat. Plotnya memang mendatar sedari awal sehingga ke penghujung. Tiada klimaks mahupun memaparkan konflik yang jelas sebagai sebuah produk ‘filem’. Terlampau banyak perkara yang hendak dimuatkan. Namun, itu adalah nilaian dari kaca mata seni, bukannya kaca mata da’ei.

MASA

” Acap kali selepas usrah kalian menutupnya dengan surah Al-‘Asr ( Demi masa! ) tapi, pengamalannya dalam kehidupan bagaimana?” Abah menegur ana ketika dalam perjalanan pulang dari sebuah program di Malaysia. Ana terdiam. Terkena di batang hidung sendiri.

Ya! Itu masalah lazim yang wujud. Boleh diubah, namun agak sukar tanpa mujahadah.

[ Program mula 8 pagi. Aku nak datang 8.30 lah, budak-budak lain mesti lambat juga…Program mula 9 pagi. Yang datang 8 pagi jadi mangsa. Yang datang 8.30 pagi jadi pemangsa. ]

Kelihatan tidak adil, bukan? Pesan sahabat ana, mentaliti sebegini yang harus kita hadapi terlebih dahulu sebelum berbicara soal lain. Mungkin ia satu contoh yang agak klise bagi sesetengah orang, tapi susah untuk dibuktikan bahawa kita bukanlah pelakunya.

[ Jam AMT dan ALT PERMATA sesi ini telah diseragamkan oleh Presiden supaya semuanya sama-sama berusaha menepati masa, ameen~ ]

TAMBATAN ILMU

Binatang peliharaan ditambat dengan simpulan, ilmu pula ditambat dengan catatan. Tidak rugi ke mana-mana dengan ber’senjata’kan sebatang pen dan sebuah buku. Andai ada ‘gadget’ lain yang memiliki fungsi yang sama, manfaatkanlah!

Ilmu itu terletak di merata tempat untuk dikutip, disimpan, dan diguna pakai. Ana dahulu mencatat hanya sekadar untuk menahan mata dari mengantuk namun dari hari ke hari, kita akan memahami signifikan setiap perbuatan sendiri.

BUKU DAN BACA

“Sesiapa yang tidak memiliki tidak akan dapat memberi!”

Membaca itu kunci ilmu pengetahuan. Masakan boleh memberi tanpa memiliki. Takkanlah hendak memberi yang bukan hak milik kita kepada orang lain. Suatu kesilapan besar pula di situ! Walau menghadapi kesibukan yang melampau sekali pun, buku harus tetap ada di sisi. Kecemerlangan akademik juga tidak boleh diabaikan sambil diiringi semangat Islam di dalam diri.

Berda’wah itu memberi, membaca itu mencari. Jangan sibuk memberi, sebelum sibuk mencari~

LISANUL HAL AQWA MIN LISANUL MAQOL

Tindakan itu lebih berkesan berbanding dengan kata-kata. Benar! Daripada kita ‘membebel’ mengajak orang solat berjemaah di masjid, lebih baik kita yang mendahului ke sana. Daripada kita berkempen menggalakkan orang menutup aurat, kitalah yang harus menilai soal pemakaian kita terlebih dahulu.

Tunjukkan contoh teladan yang baik untuk diikuti dengan elok!

Bukanlah hendak menafikan manfaat ‘teguran’ namun ini hanya untuk membentuk diri daripada bercakap tidak serupa bikin yang Allah sendiri larang di dalam surah Assof, ayat 2 dan 3. Sesuaikah untuk dipraktikkan uslub da’wah yang sebegini ( di Mu’tah khususnya) ? Jawapannya, bukan sesuai atau tidak tetapi, MESTI!

Sesiapa yang mengerti akan Islam, ia tahu yang itu benar dan yang ini salah.

KESIMPULAN

Filem ini memaparkan isu biasa di dalam dunia tarbiyyah. Namun, ini sebenarnya memberi sedikit ruang dan peluang untuk mereka yang berada di luar dunia kita memahami dan mengerti jalan itu. Tarbiyyah itu sebenarnya seni membentuk manusia!

[ Perjalanan ini sudah semakin panjang dan kekadang agak melelahkan. Kenangan demi kenangan bagaikan bermain di fikiran. Setulus ingatan buat Sang Murabbi; Ustaz Saiful Bahrin, Ustaz Zaini Sejo, Ustaz Khazri, Ustazah Syakirah, Ustazah Zuriyanai, dan Ustazah Asmah. Terima kasih yang tidak terhingga buat kalian. Maafkan setiap kesilapan Ifah! ]

Advertisements

12 responses to “108-Sang Murabbi

  1. mizah says:

    salam
    kak chik..kalo boleh tlg kasi pndpt
    sikit kat blog sye..
    post yg baru..
    thanx..miss u sis..

  2. afifahazam says:

    mizah ;

    wslm wbrkth dik 🙂
    ok insha allah!
    m0st welc0me and
    miss u t00, 2, 3, 4, 5, until and s0~

  3. mizah says:

    thanx a lot ya,kak chik..
    lawak la..boleh lak 2,3..
    hahaha..
    mizah pon sme gak~
    study rajin2..
    plus,jge kesihatan jgk..
    bak kate wani,makan byk2..kalo x..siapla..
    hehe..

  4. afifahazam says:

    mizah ;

    m0st welc0me dear 😉
    errkk! ye ke dik? hehe, baiiik~

  5. Merah says:

    “Terlampau banyak perkara yang hendak dimuatkan. Namun, itu adalah nilaian dari kaca mata seni, bukannya kaca mata da’ei.”

    Adakah yang dimaksudkan itu melalui filem atau artikel ni??

    Dan… kenapa bukan kaca mata daie??

    salam ziarah..

  6. afifahazam says:

    Merah ;

    yang dimaksudkan adalah filem tersebut…
    ‘terlalu banyak perkara…’ itu sebenarnya kerana
    terlampau banyak inf0 berkaitan arwah ustaz rahmat abdullah yang hendak dimaklumkan kepada penonton
    sehingga menyebabkan perlu untuk menontonnya beberapa kali terlebih dahulu untuk benar-benar difahami keseluruhannya…
    itu pendapat ana sebagai yang baru menonton…
    ‘bukan kaca mata da’ie’ pula membawa erti apabila
    berbicara soal filem, akan ada pengkritik filem dan pengkritik filem lazimnya akan komen berdasarkan prinsip-prinsip seni dan disiplin tahap sesebuah filem…
    tapi apa yang ana tulis ini tiada kaitan dengan semua itu tetapi, lebih kepada moral dan pengajaran yang ada di sebaliknya…
    khususnya berkaitan dunia tarbiyyah yang dipaparkan di dalam filem itu sendiri…itu sahaja~
    dan tulisan ana ini adalah hasil garapan idea dari setiap resp0n yang diberikan oleh para pen0nt0n filem Sang Murabbi pada malam itu

    faham ke?
    salam ziarah kembali~

  7. ciksantun says:

    salam ukhti saya sgt berminat
    dengan forum yg ukh dijemput menjadi panelis ni…
    cuma berpesan, pada diri dan jugak utk ukhti agar kerapkan melangsungkan mengenai tarbiayh islamiah…jangan pula menyembunyikannya kepada mahasiswa yg hari dijajah pemikiran mereka(ghazwul fikr),
    bertambahan pula terjadi banyak ta’adud jemaah yg memberi kesan kecelaruan fikrah mahsswa hari ini…sila rujuk kertas kerja ustaz harun taib(ketua dewan ulama’ pas) juga yang berhormat adun manir, kaedah beliau mendalami hal2 ini yang mesti diajar pada mahasiswa hari ini…
    beliau antara yg melopori tarbiyah utama mahasiswa terutama di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin(kusza) satu hari dulu melahirkan ramai ilmuan di malaysia juga…
    mudah2an ukhti dalam keredhaan allah taala..

  8. afifahazam says:

    ciksantun ;

    wslm wbrkth ukhti 🙂
    alhamdulillah ana rasa ana dapat selitkan sedikit sebanyak berkaitan hal itu semasa forum semalam
    walaupun tidak secara direct, sekurang2nya ana berharap
    m0ga yang mendengar dapat menangkap point2 tersebut
    ya! celaru identiti itu luas bukan sahaja berkaitan dengan diri kita sebagai mahasiswa Islam dan imej,
    bahkan juga pemikiran (fikrah) dan soal kepedulian umat

    mudah-mudahan ukhti juga di dalam redhaNya~

  9. abunukman says:

    menarik sy lihat penulisan saudari. tahniah sy ucpkan pada pnulis kerana mampu menulis dengan bermatlamat jelas. adakalanya sy pun terfikir betapa besarnya tanggungjawab orang spt saudari ini yang mgambil bidang agama(betul kan?), melakukan pencerahan terhadap rmaja2 sekarang ni yang bukan main susah nak diubahkan. kadang2 orang sekeliling umur saudari sahaja yang lebih patut terkedepan menggunakan kesempatan ini. sy sahaja memberi sedikit komentar ini alang2 terlwat blog. mungkin betul kata orang, pnulisan ini menggambarkan siapa identiti penulis itu. sy harap apa yg sy dapat gambarkan penulis ni benar2 seorang yg kuat jiwanya, tentu keluarga juga dikalangan ‘orang2 tarbiyah’ seperti yang dinyatakan diatas. insyaAllah sy mendoakan saudari bjaya membawa umat dan generasi selepasnya kearah yg lbih baik. wassalam.

  10. afifahazam says:

    abunukman ;

    insha allah, ameen~

  11. ain says:

    salam sis..

    ”action speaks louder than word”
    ”nahnu nahkum bizzowahir..wallahu na’lam bissarair”

  12. afifahazam says:

    ain ;

    wslm wbrkth dear 🙂
    yup! that is the m0st right~
    Allah knows^^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: