**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

104-Pergi Jua

on December 11, 2009

Al-Fatihah buat Ustaz Arman Bin Md Rusoff (Education Attache, MSD Jordan) yang telah pergi menyahut panggilan Ilahi pagi tadi. Moga rohnya dicucuri rahmat.

Ya Allah, Kau tabahkan Ustazah Suriani, Alifah, Amirah, Abdullah, dan Aisyah untuk meneruskan hidup yang mendatang. Kau campakkan secebis semangat perjuangan Islam Ustaz ke dalam hati-hati kami; para da’ieMu.

Terima kasih banyak Ustaz atas segalanya. Moga kesilapan kami jua dimaafkan.

Yang pergi tetap akan pergi, yang di sini harus menyedari, kehidupan perlu diteruskan lagi, demi untuk Ilahi. Teruskan perjuangan!

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati~

“… Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mengenal”

[Luqman 31: 34]

MENGGAMIT KENANGAN

Ustaz Arman baru setahun menjalankan tugas sebagai Atase Pendidikan di Jordan menggantikan pegawai terdahulu yang telah kembali ke Malaysia. Agak lama juga jawatan tersebut kosong. Kehadiran Ustaz banyak membantu memudahkan pelbagai urusan dan tidak lagi hanya terbeban di bahu Ustaz Sulaiman dan En. Azmir.

” Saya pun bekas pelajar Jordan jadi, saya faham keadaan kamu semua,” kata Ustaz Arman ketika kali pertama kami bekerjasama dengan beliau untuk program KARISMA yang lalu. Atas dasar memahami itulah yang telah membuatkan impian KARISMA kami terlaksana. Terima kasih Ustaz!

Ustaz Arman pernah menekankan kepada kami 4 perkara ketika berucap merasmikan Seminar Da’wah di Mafraq anjuran BKMNS dan BAKSIS. Penguasaan ilmu, ketrampilan, disiplin (masa), dan kemahiran komunikasi. ” 4 item ini perlu ada dalam diri andai benar kalian bergelar da’ei!” tegas beliau beserta huraian. Dan ana menyedari kewujudan keempat-empat item itu dalam diri Ustaz.

” ‘Afifah, maaf! Saya tak dapat hadir ke majlis BKMNS dan MUTIARA di Mu’tah hari ini, ada komitmen lain yang telah ditetapkan,” Ustaz Arman memaklumkan. Itu email terakhir beliau yang ana terima; sebulan sebelum beliau dikejarkan ke hospital di Amman akibat serangan strok.

Kali terakhir melihat kelibat beliau ialah ketika pertandingan Debat Piala Yayasan Perak yang diadakan di Mu’tah. Ustaz bertindak selaku salah seorang hakim pertandingan. Tanpa kami sedari, waktu itu juga sebenarnya kondisi kesihatan Ustaz sudah tidak mengizinkan. Alahai~

Ramai juga sahabat-sahabat ana di Irbid dan Mafraq yang telah pergi menziarahi Ustaz di hospital. ” Ifah tak pergi ziarah Ustaz ke?” soal mereka. ” Belum ada kesempatan. Insha allah lepas imtihan nanti, Ifah pergi!” ana menjawab ringkas. Kebetulan minggu itu fatrah imtihan thani baru bermula dan kebanyakan madah yang ana ambil imtihannya berderet.

Namun, takdir Allah mengatasi perancangan hamba-hambaNya. Ustaz pergi dahulu sebelum sempat ana ziarahi. Bahkan ada juga sahabat-sahabat lain mendengar khabar pemergian Ustaz ketika sedang dalam perjalanan ke hospital untuk menziarahi Ustaz. Allah~

Jenazah Ustaz akan dibawa pulang ke Malaysia dan dijangka tiba pada hari Isnin nanti, 14 Disember. Kebanyakan kami di Mu’tah pula tidak dapat menghadirkan diri ke rumah Ustaz Sulaiman di Amman untuk sama-sama solat jenazah, membaca Yasin dan tahlil. Lalu pihak PERMATA mengambil inisiatif untuk membuat solat jenazah ghaib, bacaan Yasin, dan tahlil berjemaah di PUSKMA. Alhamdulillah~

Dengan hati yang berat, kami merelakan pemergian Ustaz. Dengan linangan air mata, kami mendo’akan kesejahteraan Ustaz di sana. Dengan penuh keyakinan, kami cuba untuk mencontohi keperibadian Ustaz.

Siapa pula yang akan mengambil alih tempat Ustaz? Nampaknya, kami perlu menunggu sekali lagi…

Moga damai di sana!

Advertisements

2 responses to “104-Pergi Jua

  1. zack says:

    ur writing seems like a happy story tau.
    Tapi isi dia so mean.very-very.
    Even me yg tak berapa kamceng(xslalu berurusan) dgn arwah pun trase spt sgt kehilgn. Keep writing bout things like dis! br lively! hehe

    tata

  2. afifahazam says:

    zack ;

    insha allah~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: