**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

103-Ragam

on December 9, 2009

“Menggerunkan betul bila online YM BPP ni kan Ifah?” usik Kak Mimi. Ana tersenyum; penuh makna. Dengan kata mudahnya 3G; gerun, geram, dan gelisah.

Agak gerun, apabila BPP yang akan dipersalahkan andai maklumat yang diterima tidak jelas dan mengelirukan.

Sedikit geram, apabila penjelasan yang BPP berikan berkali-kali tidak difahami oleh para penerima [ walaupun hakikatnya memang salah BPP sebagai pemberi, hehe~].

Rasa gelisah, apabila menerima persoalan yang bertalu-talu tanpa henti. Ada yang benar-benar ingin tahu, ada yang sengaja bertanya tanpa keperluan. Ragam oh ragam…

Allah! Warga PERMATA memang ‘berwarna-warni’~

Manusia hidup dengan emosi yang pelbagai, itu yang membuatkan hidup ini lebih indah. Lebih-lebih lagi dalam soal amanah dan tanggungjawab. Namun, sebaik sahaja sesuatu tanggungjawab berjaya dilaksanakan, pasti terselit perasaan lega dan puas hati.

Untuk 3G yang lebih positif dan bermakna buat ana; gembira, girang, dan gemar.

Ana memohon maaf kepada sesiapa yang pernah bertanyakan takhasus ana di Jami’ah Mu’tah di YM BPP. Spontan ana menjawab ” Takhasus tib (perubatan)!”.

Namun, ana tidak menipu. Bukan disengajakan. Ada sebab musababnya yang tersendiri. Mari kita bercerita sedikit tentang suasana di Jordan amnya, dan di Mu’tah khususnya.

Dalam kalangan kita kekadang ada yang berasa rendah diri dengan sahabat-sahabat di JUST. Kita takhasus syariah dan adab (Bahasa Arab). Mereka pula ‘medic’ dan ‘dentistry’. Bezanya bagaikan langit dengan bumi. Seolah-olah golongan agama tidak sesuai pula untuk berganding dengan golongan profesional. Hmm~

Kita sama-sama mahasiswa Islam. Kita sama-sama hadir di bumi anbiya’ ini untuk mengutip mutiara-mutiara ilmu yang ada. Mahirkan diri dengan bidang masing-masing. Kerna kita semua diperlukan untuk ummah. Gandingan yang menarik sebenarnya.

Fikir-fikirkan….

Andai mereka doktor yang merawat pesakit, kita pula doktor syariah yang membantu merawat iman dan amal.

Andai mereka doktor gigi yang cemerlang, kita pula jadilah pakar bahasa yang sentiasa menyumbang.

Muslim yang baik, adalah Muslim yang bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain.

Sekadar satu perkongsian~

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: