**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

101-Soalnya Bila?

on December 2, 2009

” Hari tu ada terbaca ramalan tentang hari kiamat. Kemungkinan akan terjadi pada tahun 2015 nanti. Risaunya!” cerita Hanis dengan penuh ekspresi. Hmmm, maaflah, ana kurang berminat untuk mengambil berat tentang ramalan tanpa asas. Sekadar mengambil tahu, mungkin.

Masalahnya, kekadang terdapat segelintir golongan yang memilih untuk meng’forward’kan email berantai berkaitan dengan hal-hal sebegini. Lebih-lebih lagi email yang di akhirnya selalu meninggalkan pesanan yang berbunyi begini ; Jika anda meng’forward’kan email ini kepada 5 orang, anda akan mendapat kasih sayang daripada semua orang…Jika anda meng’forward’kan email ini kepada 15 orang, anda akan mendapat kenaikan pangkat..

Atau mungkin yang lebih Islamik ; Jika anda meng’forward’kan email ini kepada 7 orang, bererti anda selalu mengingati Allah…Jika anda meng’forward’kan email ini kepada 20 orang, bererti anda sangat menyayangi ibu bapa anda…

Serta bermacam-macam bentuk lagi. Soalnya, sejauh mana kesahihan maklumat-maklumat tersebut? Dan kekadang, email yang ana terima ialah email yang sama ketika ana berumur 11 tahun yang lalu. Bayangkanlah~

Berbalik kepada soal ramalan hari kiamat tadi, mungkin kita boleh kaitkan sedikit dengan Filem 2012 yang sedang rancak ditayangkan di seluruh dunia sejak November yang lalu.

Filem ini digarap dalam bentuk fiksyen, ia menyerlahkan keyakinan manusia bahawa alam ini suatu hari nanti pasti akan musnah. Kajian-kajian dan pemerhatian secara saintifik mendorong mereka membuat ramalan bahawa 21 Disember 2012 adalah tarikh hari besar tersebut.

Jadi, apakah sikap kita?

Setakat mempercayai bahawa alam ini akhirnya akan musnah sesungguhnya selari dengan keyakinan kita, umat Islam, yang beriman kepada hari akhirat. Namun, waktu sebenarnya berlaku kiamat itu tetap berada dalam pengetahuan Allah yang Maha Mengetahui. Tugas kita di dunia hanyalah terus menjadi hamba dan khalifah-Nya, terus mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Bererti, kehidupan mesti diteruskan sesuai dengan tuntutan Ilahi, bukan asyik berkeluh kesah mendengar ramalan itu dan ini.

Pesan Nabi Muhammad s.a.w. :

“Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku hari kiamat, maka hendaklah kamu menanamnya dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut.”

[ Kita baru berbicara tentang konsep penceritaan filem 2012, belum lagi disentuh perkara-perkara yang lebih berat misalannya ‘hidden agenda’ di sebalik semua ini! Hmm~]

Advertisements

8 responses to “101-Soalnya Bila?

  1. manusia says:

    hari kiamat itu rasia ALLAH..

    x de sapa pun yg tau bile tarikh ,hari, n waktu sebenar,

    dan bagaimana pula manusia tau?..

    dan dgn alasan apa merka mau membuat ramalan..

    sedangkan sudah ALLAH nyatakan kiamat rahsia yg hanya ALLAH yg tau…

    sbgai manusia ,

    ALLAH memberikan kte sign kiamat..

    dan ALLAH x mmberitahu time sebenar ble nye kiamat..

    dulu time ktte skolah rendah pun ada terbaca satu majalah menyatakan kiamat akan tiba ..tp smpi skrg ramalan itu ternyata salah!sudah melepasi masa ramalan dah pun!

    jd…sbgai umat islam…x perlula percaya ramalan tarikh ,tahun ,masa yg mmg terang2 menjadi Rahsia-NYA!

    moge sama2 la muhasabah diri …

    perhatikan sudah wujudkah tanda2 kiamat?

    jadi…apa pula tindakan kte?

  2. manusia says:

    btw..nice post!

  3. dayahadzman says:

    salamm…
    kakcik….sy stuju ngn persepsi akk ttg men’forward2’kn msg ni….
    sy tak phm betulla….
    di samping menakut2kn kite,
    di samping itu juga membazirkan kredit kite…
    ye tak??
    kesimpulannya….
    kita sendiri yg dianugerhkan akal oleh ALLAH…
    kita sepatutnya tahulakn nak bezakan baik dan buruk serta tahu mane yang patut kita ambil dan mana yang patut kita tinggalkan…

    Berbalik pada filem 2012 tu…
    saya pon berminat gak nk tgok cerita tu sbb ade orang kata grafik dia cantik dan memang bestla…
    huhu…
    tp kalau kakcik nak tahu lebih mendalam tentang simbolik disebalik filem tu…
    kakcik leh bkak blog ni..
    http://www.rijal82.blogspot.com/
    waallahu’lam…
    sekadar untuk berkongsi…

  4. afifahazam says:

    manusia ;

    yup! sama2 koreksi diri ya kak 😉

  5. afifahazam says:

    dayahadzman ;

    graphic? l0ve that phrase 🙂
    anyway, thanx dik~

  6. Assalamualaikum..
    kak chik..ni first time syifa’ comment blog kakchik…
    buat masa ni syifa’ lum tgok lagi cter tu..
    nak tgok kat youtube nanti…
    btw,ada satu hadis ketika rasulullah isra’ mikraj yang pasal rasulullah nampak seorang wanita tua yang jalan bongkok tiga dan hampir menyembah bumi(tua sangat2)…dan kemuadian dikatakan bahawa wanita tua itu adalah sebenarnya usia dunia….

    syifa’ baca hadis ni dalam buku mengenai apa yg rasulullah lihat ketika isra’ mikraj…slps tu mak syifa’ kata itu hadis daif dan kemungkinan israeliat….

    tapi sejauh mana kebenarannya wallahua’lam…

  7. afifahazam says:

    khairussyifa’ ;

    wslm wbrkth dik, ahlen2!
    tgklah cerita ni then share dengan achik semula pun boleh 🙂

    [ bila nak menonton dengan niat suka2 ni berbeza dengan
    nak menonton dengan niat nak mengambil pengajaran n membuat penilaian ]

    achik pun pernah je dengar kisah tu, insha allah nanti kita refer sama2 apa taraf sebenar hadis tu ya!

  8. ummah says:

    Usah sebut tentang kehancuran, kehilangan yang berlaku di muka bumi ini cukup membuatkan kita terfikir tentang betapa manusia ini cukup lupa akan pengakhiran.

    Baru-baru ini saya ada menonton satu movie National Geography yang memaparkan kisah Polar Bear dan Anjing Laut. Betapa kisah ini seolah-olah menggambarkan satu kehidupan makhluk yang lain ditimpa masalah setelah terpaksa menerima satu fenomena alam yang sangat berlainan dari keadaan sebelum-sebelumnya :

    PEMANASAN GLOBAL

    Akibat tersebut, terseksa hidupan-hidupan ini dalam menerima climate yang agak berlainan. Bagaimana mereka mengadaptasi?

    Tidak dapat!

    Akhirnya sedikit demi sedikit hilang hingga membawa kepada kepupusan binatang.

    Ini bukan cerita tentang hal World Wide Fund (WWF), tetapi ini adalah soal kita hidup dalam komuniti dunia YANG LUPAKAN PENGAKHIRAN.

    Dalam erti kata lain, KIAMAT.

    Betapa ruginya kita melakukan dan mencipta, namun tidak ada pandangan jauh untuk melihat masa depan tentang bumi.

    Ini belum lagi sebut pasal DOSA. Adakah pengamalan yang kita lakukan mampu menampung kita diakhirat kelak? Atau cukuplah berbicara tentang kiamat yang hampir, apakah respon yang kita dapat selama ini?

    Hm..

    Bila lagi akan berlaku?

    Tanyakan diri, bila lagi mahu bersedia, itu yang sepatutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: