**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

111- Seminar Takhrij Hadis

Kadangkala terfikir, mengapa amat kurang mahasiswa agama zaman  moden yang mahir tentang hal ehwal serta kedudukan sesuatu hadith, berbeza dengan cendekiawan agama zaman tradisional, sedangkan teknologi semakin maju. Ini memang satu provokasi yang ditujukan khas buat mereka yang mempelajari ilmu hadith sama ada secara teori mahupun praktikal, khusus atau umum, terutamanya untuk mereka yang mengambil takhassus Usuluddin.

Jadi, apa kesudahannya? Kami menyediakan alternatif untuk anda…..

Berita gembira buat sahabat-sahabat yang berada di Mu’tah!!

Read the rest of this entry »

4 Comments »

110-Identiti

“Kita rasa macam dah hilang identiti sebenar! Tapi, kita nak cari balik identiti tu,” keluh Ika semalam. ” Identiti yang macam mana Ika rasa dah hilang?” ana bertanya [ soalan yang ana kira agak tidak membantu, huhu ].

Setelah Ika menceritakan perkara sebenar yang bermain di fikirannya, barulah ana memberikan beberapa saranan yang bersesuaian buat Ika. Kesian Ika, sedang celaru dan keliru.

Teringat pula forum FISCO pada minggu lepas. Ana, Ustaz Riduan, Ustaz Ihsan, dan Ustaz Ifwat ditaklifkan untuk mengupas sedikit sebanyak berkaitan ” Kecelaruan Identiti Mahasiswa Islam Masa Kini “.

Alhamdulillah, kami dapat merungkaikan persoalan tersebut sehabis baik yang kami mampu. Moga bermanfaat buat semua~

Apa kata kali ini kita berkongsi beberapa rangkap pantun sebagai kesimpulan dan rujukan jawapan? Yok! :

Read the rest of this entry »

6 Comments »

109-Dialah Di Hati

The truth about Abah~

Abah berasa sangat gembira pada hari Khamis yang lalu. Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) telah dikeluarkan. Bekas sekolah yang dipimpin Abah mencapai keputusan yang cemerlang. Dengarnya di tempat ke-3 di peringkat kebangsaan, alhamdulillah.

Sekurang-kurangnya, Abah, tenaga pengajar, dan para pelajar berjaya menutup mulut mereka yang berkata-kata tanpa henti di luar sana. Mereka tidak pernah puas mencari jalan untuk Abah terus dipersalahkan. Menggunakan kuasa, pangkat, dan pengaruh yang ada untuk menutup hakikat kebenaran. Akhirnya, Abah berjaya di’pindah’kan oleh mereka. [Berjaya ke?]

Abah tidak pernah membalas. Pernah sekali sahaja Abah mengeluarkan kenyataan rasmi di laman web sekolah bagi menafikan semua tohmahan pihak luar. Alhamdulillah, keadaan kembali reda seketika. Sokongan daripada para pelajar dan guru sangat padu buat Abah. Kekadang, Abah berkongsi dengan kami perasaan beliau; sedih dan terkilan namun takkan mengambil tindakan yang tak berkeperluan.

Read the rest of this entry »

12 Comments »

108-Sang Murabbi

Filem Sang Murabbi; Mencari Spirit Yang Hilang telah lama diperkatakan. Namun, disebabkan ana memiliki sifat inkuiri yang rendah dalam soal filem maka, malam tadi baru berpeluang untuk menonton filem tersebut ketika Majlis Perasmian FISCO ( Festival Of Islamic Scholars Conference ) di Wisma Negeri Sembilan. Lewat sungguh!

Mengenang Tokoh Dari Seberang; Ustaz Rahmat Abdullah

Mengenang Tokoh Dari Seberang; Ustaz Rahmat Abdullah

Ana tidak pasti samada peminat  ( yang hanya sekadar minat ) filem-filem bergenre Islamik seperti Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih mampu untuk menonton filem ini sehingga tamat. Plotnya memang mendatar sedari awal sehingga ke penghujung. Tiada klimaks mahupun memaparkan konflik yang jelas sebagai sebuah produk ‘filem’. Terlampau banyak perkara yang hendak dimuatkan. Namun, itu adalah nilaian dari kaca mata seni, bukannya kaca mata da’ei.

MASA

” Acap kali selepas usrah kalian menutupnya dengan surah Al-‘Asr ( Demi masa! ) tapi, pengamalannya dalam kehidupan bagaimana?” Abah menegur ana ketika dalam perjalanan pulang dari sebuah program di Malaysia. Ana terdiam. Terkena di batang hidung sendiri.

Read the rest of this entry »

12 Comments »

107-Langit Yang Menipu

Cahaya mentari bersinar terang,

Menggamit rasa hati nan senang.

Namun,

Sejuk yang mencengkam dek tulang,

Buat ku sedar matahari yang garang,

Angin yang menderu pun tak dapat kau halang.

Huh!

Kau langit yang menipu,

Membuatku rasa malu,

Sangkaan bahagia terus berlalu,

Panas yang diharap sejuk pula yang maju!

[ Ilham dari Yumako Matsuki, Sin Bae, dan Zkorea~ ]

4 Comments »