**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

99-Lebih dan Kurang

on November 30, 2009

Facebook, Twitter, Tagged, Myspace, Friendster

Semua yang di atas adalah sebahagian daripada berbagai-bagai lagi laman perangkaian sosial (SNW) yang wujud di dunia ini. Sejauh mana laman web sosial ini memberikan manfaat dan sebanyak mana pula ia mendatangkan mudarat?

Pro dan Kontra

Secara umum, semua SNW bertujuan untuk memudahkan kita semua berhubung antara satu sama lain. Misalannya, mungkin ada dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat-sahabat kita berada di luar Negara, maka di sinilah manfaat tersebut dipraktikkan.

Selain itu, kebanyakan SNW amat berkesan dalam usaha untuk ‘menjejak kasih’ kawan-kawan lama bahkan guru-guru kita sendiri sama ada di dalam mahupun di luar Negara. Nah! Bukankah ini sudah menyenangkan kita untuk memastikan ukhuwwah yang terbina selama ini terus utuh?

Sebaiknya gunakanlah semua SNW sebagai satu ruang untuk dimanfaatkan sebagai medium perhubungan (alat da’wah) dan penyebaran maklumat (alat pemasaran misalannya). Seandainya ada usaha untuk memburuk-burukkan Islam di SNW, maka gunakanlah juga ruang yang sama untuk mewujudkan suatu bentuk promosi yang menimbulkan rasa ingin tahu manusia kepada Islam pula dengan cara mempertahankannya secara berhemah. Ini juga ruang kita untuk mendekati mad’u yang pelbagai. Andai kita mampu….

Namun, jika seseorang Muslim menghabiskan masa di mana-mana SNW dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan ataupun mungkin menyalahgunakannya, penggunaan SNW boleh menjadi haram ke atas golongan seperti ini, sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.

Firman Allah s.w.t. :

“Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyu’ dalam solatnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari segala perkara yang sia-sia.”
[al-Mu’minun 23: 1-3]

Hal yang menjadi larangan bukanlah SNW sebagai medium. Tetapi larangan itu terkena ke atas individu yang gagal mengawal dirinya hingga sesuatu yang asalnya begitu bermanfaat berubah menjadi mudarat akibat lemah daya mengawal dan membuat pilihan.

Sedikit nasihat buat mereka yang mengalami ketagihan SNW, abaikan segala aplikasi yang tidak bermanfaat dalam mana-mana SNW. Jadikan SNW sebagai alat komunikasi bersama sahabat handai, isikan ia dengan perbincangan, perbualan yang merapatkan ukhuwwah dan menambah pengetahuan secara berhemah.

Andaikata langkah mudah ini pun gagal mengurangkan tahap ketagihan berkenaan, tamatkan akaun SNW dan carilah kehidupan yang lebih bermakna di luar sana!

SNW ala-ala Islamik

Ada juga dalam kalangan sahabat-sahabat ana menyarankan penggunaan SNW yang lebih Islamik. Antaranya seperti di World Of Islam dan Muslim Space. Ana memuji usaha-usaha seperti ini bagi memastikan Islam itu sentiasa seiringan dalam apa jua aktiviti kita seharian. Namun, konsepnya tetap sama. Andai kata pengguna SNW yang lebih Islamik ini benar-benar menggunakan kemudahan yang ada dengan baik, maka natijahnya baik tetapi jika sebaliknya, kisahnya tetap sama dengan cerita kita yang panjang lebar di atas.

“Matlamat tidak menghalalkan cara.”

Sekadar Saranan

Baru-baru ini sahabat ana menyarankan supaya mereka yang bergelar pimpinan, membuang akaun SNW masing-masing kerana pada beliau, lebih banyak mendatangkan mudarat berbanding manfaat. Bahkan menyukarkan diri sendiri untuk menjadi contoh teladan kepada mereka yang kita pimpin. Namun, ada sahabat-sahabat lain yang menganggap kita perlu mengambil pendekatan sederhana. Bergantung kepada sikap dan kesedaran masing-masing dalam menggunakan kemudahan yang ada serta saling mengingatkan :

-Isu ikhtilat (percampuran lelaki dan perempuan secara tidak syar’ie) adalah subjektif, bergantung kepada pandangan masing-masing.

-Berhubung antara lelaki dan perempuan tanpa keperluan itu kalau boleh, kita sama-sama hindarkan.

-Memuatkan gambar peribadi masing-masing ; lebih baik kita ‘private’kan kepada orang-orang tertentu sahaja, keluarga dan sahabat terdekat misalannya. Perempuan untuk tatapan perempuan, lelaki untuk tatapan lelaki. Insha allah, selamat semuanya…

-Sekiranya ada orang lain yang ‘ignore’ atau ‘deny’ ‘friend request’ kita, bersangka baiklah bahawa mungkin itu cara mereka menjaga pergaulan. Kita dengan cara kita, mereka dengan cara mereka. Asalkan tidak melanggar syariat Allah, Alhamdulillah.

-Bermain permainan sekadarnya, menjawab soalan kuiz seminimum mungkin. [ Di sini boleh timbul permasalahan aqidah pula ]

-dan lain-lain lagi…

Khas Buat Para Da’ie

Secara umumnya, kita semua adalah da’ie. Mungkin juga boleh diistilahkan sebagai ‘duta kecil’ bagi agama kita sendiri, Islam. Kita tidak boleh menafikan hakikat ada sebahagian manusia yang memandang Islam berdasarkan penganutnya. Jikalau buruk sikap seseorang Muslim, maka buruklah Islam, andai baik seseorang Muslim, maka baiklah Islam ( walaupun realiti sebenar Islam adalah sentiasa baik, benar dan memudahkan!).

Jadi, beramallah dengan Islam yang sebenar-benarnya semampu dan sedaya mungkin!

Bertujuan untuk menyampaikan risalahNya, kita harus berusaha untuk lebih dari orang lain. Bukan lagi sekadar melakukan perkara yang Allah SURUH, tetapi seharusnya melaksanakan apa-apa sahaja yang Allah SUKA.

Secara Peribadi

Tanpa benteng yang kukuh (iman di hati), SNW lebih banyak membawa mudarat berbanding manfaat! Tepuk dada, tanyalah iman, jangan tanya Aiman, nanti Aiman jawab, “Aiman tak kisah!”~

Rujukan : Saifulislam.comPerbincanganResponden

Advertisements

9 responses to “99-Lebih dan Kurang

  1. Akmal Hakim says:

    Assalamualaikum,

    Dahulu sebelum mempunyai SNW ramai yang menggalakkan untuk tujuan dakwah. Namun arahan lebih paradoks daripada cadangan asal. Sedikit demi sedikit kita membuka lembaran kepada sosial yang makin mudarat.

    Boleh saya katakan seperti ini,
    Tujuan asal dakwah, tetapi yang menggunakan untuk tujuan itu hanya 5-10%, maka apakah yang selebihnya?

    Lantas sebab demikianlah saya terus membuang profil friendster.

    Yang kita khuatir hari ini adalah sedikit demi sedikit kita akan hilang ‘rasa berdosa’ dengan laman ini. Semakin ramai yang guna, kuiz, itu ini, akhirnya kita bisa terjerat melihat dosa dengan samar-samar.

    Nauzubillah..

    Yang tambah menjadi kerisauan saya ketika ini adalah, SNW semakin bertambah-tambah, seiring dengan penggunanya.. Ini bukan pasal nak risau sahaja-sahaja, tetapi risau yang membuatkan kita diganggu dengan masa yang banyak untuk tujuan itu. Bagaimana jika ramai umat kita menyibukkan diri untuk tujuan itu?

    Kalau generasi lama, bolehlah kata kurang menggunakannya. Tetapi bagaimana dengan generasi kita yang hal seperti ini tumbuh di zaman kita? Sampai berjanggut beranak pinak pun belum tentu profil-profil akan dibuang. Ini belum lagi sebut sejarah-sejarah yang tercalar di dalam SNW tu.

    Wallahu a’lam, sekadar beri pandangan..

  2. afifahazam says:

    Akmal Hakim ;

    andai kita mampu~
    sebab itu perlu untuk saling mengingatkan
    kerna bukan kita yang berkuasa ke atas setiap individu Muslim…

  3. Akmal Hakim says:

    Mujurlah ada blog, sedikit sebanyak mampu menggugat SNW.. Sebab itu kena galakkan adik-adik menulis, biarpun tentang diri sendiri. Biar kita dapat kesan perubahan atau tingkah laku.

    Apa-apahal kita dapat terus berhubung dengan memberi pandangan.. tak gitu?

    Sokong blog! 🙂

  4. saifudin says:

    Salam…
    aiwah….
    post yg teramat bagus…
    terasa sedikit diri ini…
    apa pun,teruskan mem’posting’ benda2 camni..
    moga2,ramai yg bace n sedar tentang ini..
    InsyaAllah…

    P/S:-boleh dah pass post ni kat As-Soff…
    hehe..

    Salam perjuangan…

    “BPP DIHUJUNG JARI”

  5. afifahazam says:

    saifudin ;

    wslm wbrkth, insha allah…
    nak ambil mana2 p0st dalam blog ni untuk As-soff pun dialu2kan~

    salam perjuangan kembali…

    BPP’s team~

  6. kteh says:

    Kteh just bpendapat, tulisn ni sesuai buat mrk yg fhm hukum hakam & nak pikul da’wah. org2 yg di luar sana (not yet called muslim sejati/ fard muslim), perlu dfhmkn pkr yg lbh utama rs nya & uslub tulisan yg bbeza. eg. klau tutup aurat, solat, etc (pkr2 asas) pn mrk xmampu fhm, apatah lg klau nak cerita ttg ikhtilat, etc dlm SNW ni. (^_^).

    makin faham anda ttg dakwah, makin faham anda peranan SNW.
    cuma nak guna scara minimum @ optimum tu tpulang.

    pndpt peribadi buat mrk yg mrasakn dirinya daie;

    -yg prmpuan, accept kwn yg prmpuan+sdara mara sudah. senior lelaki yg kita rs kita hormat pn, still seorg lelaki namanya, ada perasaan& nafsu syahwat.

    -kuiz2 yg ada dlm tu, smua xbmanfaat, buang masa. resultnya xbetul pn, bkaitn
    akidah. buka usul 20, bwh rukun bai’ah “faham”, risalah ta’lim. syarah usul bkaitn percaya tukang tilik & pkr tahyul. better xyah jwb langsung. takut tpercaya. ini jg usaha golongan toghut utk memperbanyakknnya spy muslim disibukkn dgn pkr2 sia2 tu, lupa utk sibuk urusn ummat, muhasabah diri, hak thdp Rabb, dsbg nya.

    -same goes to blog. even nak bls komen pbaca jg ada caranya. dgn bkn mahram, better formal & xperlu smiley@gaya mjwb yg tlebih mesra. takut dtgkn penyakit dlm hati.

    Apa2 pn, neracanya niat dlm hati, hanya Allah yg mengetahuinya. di hari akhirat nanti, pkr2 mcm facebook, friendster, blog, etc ni pn, Allah akn hisab.

    apa2 pn, nice post kcik! a good start utk tulisn2 yg mngupas isu semasa. keep it up! (sorry, tulis pendapat xbserta dalil Quran+ hadith. nak cepat. klau nak kcik email lh ye, Wallahua’lam 🙂

  7. afifahazam says:

    kteh ;

    syukran dear atas ingatan n teguran 🙂
    masa nak tulis ni achik fikir banyak kali jugak tentang orang2 yang di luar sana tu!
    hmm, tp memang belum berkemahiran bhgn tu sepenuhnya, memang kena tingkatkan bacaan n yang lain2 lagi!
    achik pun berpendapat yang sama dengan kakteh berkaitan game, kuiz, n aplikasi yang lain2 cuma
    k0ndisi achik sekarang, yang disekeliling ini memerlukan perubahan yang berperingkat,
    kena galakkan di0rang untuk minimumkan dulu, baru b0leh kata tak perlu!hmm…
    kakteh send je apa2 yang difikirkan perlu kat email achik tu 😉
    saling mendo’akan~

  8. kteh says:

    fhm je, so kcik tulis je lah bdasarkn kondisi org sekeliling.

    lg pun sesuailah dgn kaedah amar ma’ruf nahi mungkar; kene tgk dulu byk makruf atau byk mungkar di sesuatu komuniti yg kte nak buat dakwah tu.
    kalau byk mungkar, kcik kene galakkn makruf & vice versa.

    pendapat kteh tu utk du’at yg dh fhm. eh, cik jd x dtg mesir? mak nak dtg sini bln 1 🙂

    ok, dah pjg dh comment. sambung kt YM la. TC.

  9. afifahazam says:

    kteh ;

    ok~
    insha allah jadi 😉
    tunggu mak c0nfirmkan tarikh tiket dulu k0t c0z ingatkan nak pi hari yang sama…
    achiknye final exam habis 19hb january s0 lepas tu dah boleh lari dah tinggalkan Mu’tah sat, hee~
    nnti sambung kat YM, y0k!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: