**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

96- Singgah

on November 14, 2009

Ana tiba di Irbid tepat jam 8.50 malam. Kebetulan 1/4 daripada warga Irbid tika itu sedang berkumpul di salah sebuah dewan di Universiti Yarmouk untuk program Forum : Mahasiswa ; Antara Realiti dan Fantasi.

Program berbaki 1 jam sahaja lagi. Tidak mengapalah, sekurang-kurangnya ana bakal mendapat sesuatu walaupun hadir hanya sebentar di program tersebut. Forum tersebut menampilkan Ustazah Mardiyah, Dr Aiman, Dr Aizat, dan Ustaz Hilal Asyraf sebagai panel serta saudara Azlan Syah sebagai moderator.

Ustazah Mardiyah gemar bermain kata, tidak kering gusi dibuatnya. Dr Aiman, mengemukakan fakta yang tepat untuk membuatkan minda terus berfikir tanpa henti. Dr Aizat, bijak sekali menyusun frasa menarik menjadikan tutur katanya teratur serta mudah difahami. Ustaz Hilal Asyraf, pendapat spontan penulis buku ‘Langit Ilahi’ ini serta tagline ‘pakukan di kepala anda’ menampakkan kematangan pemikiran beliau. Azlan Syah sebagai moderator pula bijak mengawal suasana dan emosi peserta forum.

Ana tidak tahu pandangan warga Irbid sendiri berkaitan program ini. Namun, kesimpulan ringkas yang dapat ana berikan ialah MENARIK dan BERMANFAAT!

Hakikatnya, ana hanya sempat menyertai sesi soal jawab forum tersebut. Walaubagaimanapun, keaktifan para pelajar melontarkan soalan dan pandangan membuatkan ana tersenyum sendiri ; kami sendiri hanya sekali sekala akan bertindak sebegitu rupa dalam mana-mana program. Mungkin~

Resolusi forum secara keseluruhan adalah perlunya mahasiswa dan mahasiswi Islam untuk membuat pelan tindakan bagi merubah diri demi untuk menjadi insan yang bermanfaat untuk Islam. Mungkin perkara sebegini sudah lazim diperkatakan dan dibangkitkan, namun manusia itu kan fitrahnya ‘lupa’ maka perlulah diingatkan di lain-lain masa walaupun perkara tersebut adalah perkara yang sama. Insha allah akan sentiasa ada manfaatnya!

Tahniah warga PERMAI!

Advertisements

8 responses to “96- Singgah

  1. mun says:

    forum hari tu mmg menarik. mengumpulkan figure penting di irbid. semoga PERMATA boleh buat forum seperti ini. cetusan minda yang mampu menghasilkan mahasiswa yg berfikir di luar kotak

    salam perkenalan dari irbid

  2. afifahazam says:

    mun ;

    insha allah~

  3. Ifwat says:

    Apabila sudah terlibat melangkaui mantiqah akan dapat menilai perbezaan antara kepimpinan persatuan dan mahasiswa itu sendiri. Itulah yang pernah saya alami. Namun untuk terus membandingkan kelemahan dan kelebihan antara mantiqah, rasanya perlukan penelitian yang lebih dalam. Baitul Hikmah di Mu’tah? Mungkin faktor pengarahnya?

  4. afifahazam says:

    Ifwat ;

    tak dinafikan~
    tapi penilaian tu lebih kepada diri kami sendiri yang ada waktu tu!
    kami membayangkan diri kami sendiri dalam situasi sebegitu…
    maafkan kami jika salah menilai~
    berkenaan Baitul Hikmah, dah dijelaskan…
    syukran ustaz dan sekali lagi kemaafan dipohon…

  5. dealova says:

    acik mmg seorg yang aktif dlm mana2 prog pun..
    ๐Ÿ™‚

  6. afifahazam says:

    dealova ;

    but you are the most 0ne dear ๐Ÿ˜‰
    do pray f0r us~

  7. 77 says:

    proud having a friend like u..
    hopefully u’ll succeed in ur life..
    be muslimah sejati.. ๐Ÿ™‚

  8. afifahazam says:

    77 ;

    insha allah~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: