**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

99-Lebih dan Kurang

Facebook, Twitter, Tagged, Myspace, Friendster

Semua yang di atas adalah sebahagian daripada berbagai-bagai lagi laman perangkaian sosial (SNW) yang wujud di dunia ini. Sejauh mana laman web sosial ini memberikan manfaat dan sebanyak mana pula ia mendatangkan mudarat?

Pro dan Kontra

Secara umum, semua SNW bertujuan untuk memudahkan kita semua berhubung antara satu sama lain. Misalannya, mungkin ada dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat-sahabat kita berada di luar Negara, maka di sinilah manfaat tersebut dipraktikkan.

Selain itu, kebanyakan SNW amat berkesan dalam usaha untuk ‘menjejak kasih’ kawan-kawan lama bahkan guru-guru kita sendiri sama ada di dalam mahupun di luar Negara. Nah! Bukankah ini sudah menyenangkan kita untuk memastikan ukhuwwah yang terbina selama ini terus utuh?

Sebaiknya gunakanlah semua SNW sebagai satu ruang untuk dimanfaatkan sebagai medium perhubungan (alat da’wah) dan penyebaran maklumat (alat pemasaran misalannya). Seandainya ada usaha untuk memburuk-burukkan Islam di SNW, maka gunakanlah juga ruang yang sama untuk mewujudkan suatu bentuk promosi yang menimbulkan rasa ingin tahu manusia kepada Islam pula dengan cara mempertahankannya secara berhemah. Ini juga ruang kita untuk mendekati mad’u yang pelbagai. Andai kita mampu….

Namun, jika seseorang Muslim menghabiskan masa di mana-mana SNW dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan ataupun mungkin menyalahgunakannya, penggunaan SNW boleh menjadi haram ke atas golongan seperti ini, sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.

Firman Allah s.w.t. :

“Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyu’ dalam solatnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari segala perkara yang sia-sia.”
[al-Mu’minun 23: 1-3]

Hal yang menjadi larangan bukanlah SNW sebagai medium. Tetapi larangan itu terkena ke atas individu yang gagal mengawal dirinya hingga sesuatu yang asalnya begitu bermanfaat berubah menjadi mudarat akibat lemah daya mengawal dan membuat pilihan.

Read the rest of this entry »

Advertisements
9 Comments »

98-‘Eidiladha

'eid mubarak~

‘Eidiladha kali ini, terasa perbezaannya. Lebih bersemangat, tenang, dan damai.

Andai kita berbicara soal pengampunan dan rahmatNya tika Ramadhan, saling bermaafan di kala Syawal, maka Zulhijjah kali ini kita bangkitkan pula tema pengorbanan. Hargai pengorbanan orang lain, nilai kembali pengorbanan sendiri. Pengorbanan yang bagaimana?

di Irbid

Terpulang kepada persepsi masing-masing. Berkorban untuk agama, bangsa, dan negara. Masa dan tenaga. Wang dan harta. Cinta dan keluarga. Bukalah seluas-luasnya konsep pengorbanan ini semahunya tanpa melampaui hakNya!

di Mu'tah

[Bagaimana pula suasana sambutan di Amman, Mafraq, Malaysia, Mesir, Morocco, dan seluruh pelosok dunia? 😉 ]

Leave a comment »

97-Kekal Di Irbid

Kami bertemu kenalan lama, pasukan debat dari Irbid ; Naqeb Sulaiman, Abdullah Azzam, dan Faeq di peringkat akhir debat Piala Yayasan Perak.

Kehebatan mereka memang tidak dapat kami sangkal walaupun kami yakin ada peningkatan dalam pasukan kami sendiri berbanding pertemuan di MEKAR dahulu. Hanya piala pendebat terbaik keseluruhan terus kekal menjadi milik kami di Mu’tah.

Tahniah buat mereka kerana terus berjaya meraih kejuaraan. Insha allah, kami akan terus mencuba untuk memastikan kejuaraan debat mampu dimiliki oleh pasukan Mu’tah pula selepas ini~

Antara cabaran yang kami lihat dalam arena perdebatan ini ialah betapa sukar usaha untuk memastikan apa-apa yang kami sampaikan benar-benar difahami dan diterima oleh semua. Keberkesanan pada menyampaikan maksud, apabila sesuatu yang rumit dan membingungkan berjaya diringkaskan dengan rumusan yang komprehensif dan idea yang bernas serta bermanfaat.

Arena ini memang medan latihan seorang da’ei sebenarnya; dalam usaha kita semua untuk menyebarkan risalah da’wah. Tersusun kata-kata, teratur penyampaiannya, jelas kefahamannya, panjang akalnya, ini semua antara item-item yang harus kita cuba gapai bersama.

“Kata-kata yang disampaikan dari hati yang benar-benar bersih pasti akan mudah diterima “

Tahniah dan terima kasih buat semua ; Irbid, Mu’tah, Mafraq, dan Amman 🙂

Debat Piala Yayasan Perak

10 Comments »

96- Singgah

Ana tiba di Irbid tepat jam 8.50 malam. Kebetulan 1/4 daripada warga Irbid tika itu sedang berkumpul di salah sebuah dewan di Universiti Yarmouk untuk program Forum : Mahasiswa ; Antara Realiti dan Fantasi.

Program berbaki 1 jam sahaja lagi. Tidak mengapalah, sekurang-kurangnya ana bakal mendapat sesuatu walaupun hadir hanya sebentar di program tersebut. Forum tersebut menampilkan Ustazah Mardiyah, Dr Aiman, Dr Aizat, dan Ustaz Hilal Asyraf sebagai panel serta saudara Azlan Syah sebagai moderator.

Ustazah Mardiyah gemar bermain kata, tidak kering gusi dibuatnya. Dr Aiman, mengemukakan fakta yang tepat untuk membuatkan minda terus berfikir tanpa henti. Dr Aizat, bijak sekali menyusun frasa menarik menjadikan tutur katanya teratur serta mudah difahami. Ustaz Hilal Asyraf, pendapat spontan penulis buku ‘Langit Ilahi’ ini serta tagline ‘pakukan di kepala anda’ menampakkan kematangan pemikiran beliau. Azlan Syah sebagai moderator pula bijak mengawal suasana dan emosi peserta forum.

Ana tidak tahu pandangan warga Irbid sendiri berkaitan program ini. Namun, kesimpulan ringkas yang dapat ana berikan ialah MENARIK dan BERMANFAAT!

Hakikatnya, ana hanya sempat menyertai sesi soal jawab forum tersebut. Walaubagaimanapun, keaktifan para pelajar melontarkan soalan dan pandangan membuatkan ana tersenyum sendiri ; kami sendiri hanya sekali sekala akan bertindak sebegitu rupa dalam mana-mana program. Mungkin~

Resolusi forum secara keseluruhan adalah perlunya mahasiswa dan mahasiswi Islam untuk membuat pelan tindakan bagi merubah diri demi untuk menjadi insan yang bermanfaat untuk Islam. Mungkin perkara sebegini sudah lazim diperkatakan dan dibangkitkan, namun manusia itu kan fitrahnya ‘lupa’ maka perlulah diingatkan di lain-lain masa walaupun perkara tersebut adalah perkara yang sama. Insha allah akan sentiasa ada manfaatnya!

Tahniah warga PERMAI!

8 Comments »

95- Imtihan

“Terasa nak mencari semula ketenangan yang hilang bila dapat natijah imithan yang macam tu,” keluh seorang Kakak. Adiknya yang sedang setia mendengar berusaha memujuk dan memberikan keyakinan untuk Kakaknya terus mencuba.

“Jangan pernah menyesal dan berputus asa!” katanya. ” Jangan sedih, usaha lagi!” Emak pula berpesan. Hmmm~

Bukan mudah untuk menerima sedikit kemerosotan pabila selama ini sering berada di puncak. Lebih-lebih lagi pada sesuatu yang sebenarnya tidak sesukar mana pun pada zahirnya. Rasa segan menyelubungi diri, disembunyikan dengan raut wajah yang terus mengukirkan senyuman ; palsu!

Tiada alasan, tiada ulasan, muhasabah sahaja yang mampu dilakukan. Pastinya ada sesuatu yang perlu dilakukan, diubah, mahupun ditingkatkan. Usaha, do’a, dan tawakal padaNya harus tinggi, bukan?

Kekadang, kemerosotan itu hanya satu ujian ketahanan iman 🙂

فإن مع العسر يسراٌ

: Oleh itu, maka (yakinlah) bahawa sesungguhnya setiap kesukaran disertai dengan kemudahan

Surah Al-Insyirah : 5

“Kakak, sebenarnya adik pun sedang mengalami kemerosatan!” giliran si Adik pula bercerita.

O Allah! forgive us when we whine 😦

7 Comments »