**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

91- Biro Penerangan dan Penerbitan (BPP)

on October 13, 2009

“Achik gementar ke masa pembentangan kat depan tadi? Macam menggigil je suara,” salah seorang peserta Minggu Haluan Siswa (MHS) bertanyakan ana soalan. Ana tertawa kecil.

Ya, memang agak sedikit gementar sewaktu membentangkan perihal Biro Penerangan dan Penerbitan (BPP) kepada para peserta program. Maklumlah sudah lama tidak bercakap di hadapan orang ramai. Tambahan pula berhadapan dengan pelajar baru seramai 128 orang yang sangat hebat. Mereka bukan calang-calang orang, segan ana dibuatnya!

BPP Di Hujung Jari

Sebagai gambaran ringkas, BPP lebih menumpukan kepada kemahiran komputer, penulisan, kemahiran mendapatkan maklumat yang tepat, serta meningkatkan tahap ketersampaian maklumat kepada seluruh ahli PERMATA.

VISI :

*BPP tidak membuat visi yang khusus bagi biro ini bagi mendukung sepenuhnya visi PERMATA sesi ini.

MISI :

Memperkemaskan thaqofah ahli PERMATA, kemahiran kendiri (softskill), pengetahuan semasa, keprihatinan dalam mendepani masyarakat global amnya, PERMATA khususnya.

OBJEKTIF :
1) Melahirkan pemikiran yang lebih matang, kreatif, dan kritis dalam kalangan ahli PERMATA.
2) Memperkenalkan laman web rasmi PERMATA ke pringkat global.
3) Menjadi tonggak utama dalam menghidupkan suasana cintakan ilmu pengetahuan semasa di dalam dan di luar negara dalam kalangan ahli PERMATA.
4) Memastikan setiap kenyataan, keputusan, dan qarar rasmi PERMATA diketahui dengan jelas serta mampu untuk memperjelaskannya.

MOTO :

BPP di Hujung Jari

Dapatkan maklumat yang selalu terkini di laman web rasmi PERMATA. Hubungi PERMATA di talian +962779371321. Jadikan juga YM BPP sebagai tempat rujukan.

Setiap orang yang berusaha meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda,jiwa raga,pena(penulisan),dan lidah(nasihat, kata-kata yang baik)

-Sayyid Abul ‘Ala al-Maududi-

[ YM BPP akan diselenggarakan oleh sama ada Ketua BPP, Mohd Shaiffudin Abu Bakar, ana sendiri, ataupun salah seorang AJK kami yang telah banyak menjadikan gerak kerja BPP berjalan lancar, Mohd Shakir Shafiee ]

Advertisements

4 responses to “91- Biro Penerangan dan Penerbitan (BPP)

  1. Lutfi Hafifi says:

    Salam dan Tahniah Buat BPP sesi kali ini…

    Semoga BPP sesi ini dapat melakukan satu perubahan yang terbaik dalam kerja-kerja perlaksanaan dan program-program yang dirancang.
    Saya sentiasa menyokong perjalanan anda.

    Selamat Berjuang…

    “Jalan dihadapan sangat luas … “

  2. afifahazam says:

    Lutfi Hafifi ;

    terima kasih banyak buat mantan BPP~

  3. dayahadzman says:

    salam…
    xpe kakcik…
    slow2 k..
    ok je kakcik ri2…
    nwaz…
    thnx 4 d information…
    sy ltk bpp num 2….
    huhuii

  4. afifahazam says:

    dayahadzman ;

    wslm wbrkth dear
    insha allah, syukran ye dik~~
    anyway,
    selamat menjadi ahli keluarga PERMATA 😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: