**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

94-Seuntai Kata

Mereka antara sumber kekuatan kami, mereka antara tenaga penggerak kami, mereka sering melancarkan segala gerak kerja kami.

Namun, mereka terlalu hebat untuk terus kekal memberikan perkhidmatan di samping kami.

Meskipun berasa bangga, kehilangan tetap membuahkan kesedihan 😦

……………..

Seinfiniti penghargaan buat mereka, seribu kemaafan kami pohonkan~~

Advertisements
6 Comments »

93- Sana Sini

“Kotor jugak musolla kat kuliah Syariah ni, macam tak berjaga,” sahabat ana mengadu. Kemudian, seorang demi seorang turut membicarakan hal yang sama, huh~~

Cukup!

Marilah membuat tindakan yang berguna, dan berhentilah membuat ayat penyata.

Ada masa, kemas sendiri. Tahu cara, maklumkan kepada pentadbiran universiti.

Berbezakah thaqofah dua negara yang memiliki ramai rakyat beragama Islam ini?

Lisanul hal, aqwa min lisanul maqol

Maksudnya :

Tindakan itu lebih berkesan berbanding kata-kata

Benarkah?

menghadap Ilahi

menghadap Ilahi

Leave a comment »

92- Satu Malaysia

indah

indah

Sudah 15 hari ana kembali ke Mu’tah, Jordan. Meneruskan pengajian, meningkatkan pengetahuan, demi thabat di jalan perjuangan. Justeru, meninggalkan segalanya di Malaysia. Mampukah?

–          Keluarga ( nasi goreng, mulut ramah, sifat keanak-anakan, kerajinan, berjaga malam )

–          Sahabat-sahabat ( berprogram, melancong di Bagan Pinang seketika, ziarah-menziarahi, iftor, perkongsian )

–          Adik-adik ( tugas kita bukan memaksa perubahan, tetapi sebagai penyampai pesan )

–          Guru-guru ( Ifah seperti ini kerana tarbiyah dan usaha kalian, terima kasih atas do’a dan semuanya )

…dan banyak lagi…

“Oleh itu berikanlah sahaja peringatan kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya, kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan, bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu)”

[al-Ghasyiah 88: 21-22]

Leave a comment »

91- Biro Penerangan dan Penerbitan (BPP)

“Achik gementar ke masa pembentangan kat depan tadi? Macam menggigil je suara,” salah seorang peserta Minggu Haluan Siswa (MHS) bertanyakan ana soalan. Ana tertawa kecil.

Ya, memang agak sedikit gementar sewaktu membentangkan perihal Biro Penerangan dan Penerbitan (BPP) kepada para peserta program. Maklumlah sudah lama tidak bercakap di hadapan orang ramai. Tambahan pula berhadapan dengan pelajar baru seramai 128 orang yang sangat hebat. Mereka bukan calang-calang orang, segan ana dibuatnya!

BPP Di Hujung Jari

Sebagai gambaran ringkas, BPP lebih menumpukan kepada kemahiran komputer, penulisan, kemahiran mendapatkan maklumat yang tepat, serta meningkatkan tahap ketersampaian maklumat kepada seluruh ahli PERMATA.

Read the rest of this entry »

4 Comments »