**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

89-Yang Mana Satu

on September 15, 2009

Ramadhan sudah mahu mengundur diri. Syawal pula sedia mengganti.

Jika menyambut lebaran di perantauan, tidaklah semeriah di tanah air. Sesama kami warga Malaysia akan tetap teruja namun, warga tempatan, buat endah tak endah sahaja [ siap boleh main bola lagi tuh!! ].

Penghujung Ramadhan lazimnya mereka sibukkan dengan amal ibadat di 1/3 malam. Lagipun, Aidiladha pada Zulhijjah nanti lebih dinanti dan diraikan berbanding Aidilfitri pada Syawal ini.

Bagaimana pula di Malaysia kini??

Lagu-lagu raya berkumandang di sana-sini. Bunyi mercun berdentam-dentum. Membeli-belah? Bukan lagi satu kemusykilan tapi kemestian. Antara item yang menjadi perhatian ana kali ini ialah perkembangan fesyen tudung.

Tadi ana menyelak helaian akhbar.Semalam ana membaca majalah.Kelmarin ana membelek beberapa buku lain.Hmm, iklan-iklan yang menampilkan muslimah bertudung litup dan menutup aurat semakin mendapat tempat di hati pengguna.

Ariani, Fareeda, Ratu, Sumayya ; semuanya merupakan antara jenama tudung yang semakin mendapat perhatian golongan wanita. Tudung labuh, tudung Siti, tudung bunga, tudung batu, dan tudung Ekin pula adalah antara nama tudung yang diberikan oleh para penjual. Semua ini bukan sekadar untuk penggunaan di hari perayaan semata-mata, tetapi juga untuk penggunaan seharian.

tudung bunga

tudung bunga

Menyentuh berkenaan pakaian muslimah, sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung, dari peringkat bawahan hinggalah ke peringkat atasan, dari pelajar sekolah hinggalah pekerja pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna.Masih lagi menampakkan batang leher, dada, dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.

Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (brooch) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung.

Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya.

Sekaligus, pakaian boleh melindungi wanita daripada menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bila mana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang yang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah, jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas, dan sebagainya.

tudung batu

tudung batu

Kesimpulannya, kekadang tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan, tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan kecil yang mampu kita laksanakan. Seolah-olah, pabila sudah bertudung, segala-galanya telah sempurna.

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tetapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan lelaki yang bukan mahramnya, dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat, dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka merasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung, mereka rasa lebih bebas lagi. Non-muslim pula tawar hati untuk memeluk agama Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hukum Islam.

Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan mereka yang Non-muslim. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk da’wah orang lain. Selama ini, kita tidak sedar, diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya penda’wah Islam. Mungkin da’wah kita bukan seperti penda’wah lain yang sepenuh masa tetapi kita, cukuplah hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain! Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum baik, tidak boleh bertudung. Aurat, wajib ditutup tetapi dalam masa yang sama, sentiasalah memperbaiki kesilapan diri. Tudung di luar dan tudung di dalam (hati). Buanglah segala sifat mazmumah yang pernah ada dalam diri kita (mengumpat, malas,riak, dengki, dan lain-lain).Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat pula adalah satu dosa lain.

this is...uurgh, i don't know the name

this is...uurgh, i don't know the name

Jagalah diri dan maruah sebagai wanita Islam sekaligus menampakkan Islam itu indah dan cantik. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, non-muslim akan mula hormat dan mengakui ‘Islam is the way of life’. Semuanya apabila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Jom bersama mengorak langkah sebagai agen pengembang Islam walaupun hanya melalui pakaian!

*Sekadar satu perkongsian untuk ingatan semua terutamanya diri sendiri 😦

Advertisements

4 responses to “89-Yang Mana Satu

  1. Khairul Suzana says:

    Salam. Saya sebenarnya sangat menginginkan untuk memakai tudung yang sebenar-benarnya mengikut syariat, tapi ada halangan .

  2. afifahazam says:

    Khairul Suzana ;

    wslm wbrkth,
    alhamdulillah baguslah mcm tu 🙂
    halangan yang mcm mana tu ye?
    andai tak keberatan, sudi2lah k0ngsikan~~

  3. Khairul Suzana says:

    Salam. Terima kasih kerana menerima salam ukhuwah dari saya. Agak tidak manis jka saya tuliskan di sini kerana dapat dibaca oleh umum, bagaimana jika saya ingin menghantar email yg lebih privacy?

  4. afifahazam says:

    Khairul Suzana ;

    wslm wbrkth,
    sama2~
    b0leh juge kalau nak hantarkan ke email,
    boleh rujuk email di bahagian ‘About’ 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: