**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

90-‘Eidilfitri

kami di mana ni ??

di manakah kami tika ini ?? musykil, musykil

Hati sayu

Mengucapkan selamat tinggal pada Ramadhan yang telah pergi

Kami iringkan dengan dua tangisan

Tangisan kerinduan buat Ramadhan yang pasti menggamit rasa

Dan tangisan syukur atas Syawal yang Allah kurniakan buat kita

Terima kasih Ramadhan di atas tarbiyah yang telah kau tanam dalam diri kami

Insha allah

Kami akan cuba menyiraminya dengan air tazkirah

Dan akan kami bajai dengan istiqomah

Agar bunga iman, ikhlas, ihsan, dan taqwa

Kan bercambah dan tumbuh subur

Ameen ya Rabb

‘Eid Mubarak, minal ‘aidin wal faizin atas kesilapan dan kekurangan yang pasti ada

10 Comments »

89-Yang Mana Satu

Ramadhan sudah mahu mengundur diri. Syawal pula sedia mengganti.

Jika menyambut lebaran di perantauan, tidaklah semeriah di tanah air. Sesama kami warga Malaysia akan tetap teruja namun, warga tempatan, buat endah tak endah sahaja [ siap boleh main bola lagi tuh!! ].

Penghujung Ramadhan lazimnya mereka sibukkan dengan amal ibadat di 1/3 malam. Lagipun, Aidiladha pada Zulhijjah nanti lebih dinanti dan diraikan berbanding Aidilfitri pada Syawal ini.

Bagaimana pula di Malaysia kini??

Lagu-lagu raya berkumandang di sana-sini. Bunyi mercun berdentam-dentum. Membeli-belah? Bukan lagi satu kemusykilan tapi kemestian. Antara item yang menjadi perhatian ana kali ini ialah perkembangan fesyen tudung.

Tadi ana menyelak helaian akhbar.Semalam ana membaca majalah.Kelmarin ana membelek beberapa buku lain.Hmm, iklan-iklan yang menampilkan muslimah bertudung litup dan menutup aurat semakin mendapat tempat di hati pengguna.

Ariani, Fareeda, Ratu, Sumayya ; semuanya merupakan antara jenama tudung yang semakin mendapat perhatian golongan wanita. Tudung labuh, tudung Siti, tudung bunga, tudung batu, dan tudung Ekin pula adalah antara nama tudung yang diberikan oleh para penjual. Semua ini bukan sekadar untuk penggunaan di hari perayaan semata-mata, tetapi juga untuk penggunaan seharian.

tudung bunga

tudung bunga

Read the rest of this entry »

4 Comments »

88-Datanglah Idea

Tolonglah kembalikan ilham ana untuk menulis!!

Permintaan yang pelik??Entahlah…

Bukan menjadi tumpuan mahupun hadaf ana untuk menulis berkaitan peribadi semata-mata.

Hampir setiap hari, acap kali hadirnya cadangan dan idea yang bermacam-macam, ana akan terus membuat kajian dan rujukan serta menambahkan bacaan yang berkaitan.

Alih-alih, sejak akhir-akhir ini, semua yang dirancang telah dilaksanakan oleh orang lain terlebih dahulu. Ilham milik Allah kan? Jadi mungkin Allah campakkan rasa prihatin yang sama dalam diri hamba-hambaNya yang terpilih.

Jadi, siapa-siapa yang lebih proaktif, dia akan terus merencanakan perancangan ia. Berbanding ana, yang akan menyelesaikan sesuatu perkara dalam masa yang lama, maka akan terus tertinggal di belakang.

Tapi sebenarnya, bukanlah menjadi kesalahan untuk menulis dan melontarkan idea berkaitan dengan hal yang sama. Kekadang, cara olahan dan idea masing-masing berbeza. Kesimpulannya, teruskan menulis untuk mengasah minda.

Agaknya idea dan ilham juga punya nafsu! Kawallah semampu mungkin.

ilham oh ilham

ilham oh ilham

9 Comments »

87-Tentang Dia

Nur Dhamirah Zulkarnain

Nur Dhamirah Zulkarnain

How is friend break?

Both friends will think the other is busy and will not contact

Thinking it maybe disturbing

As the time passes

Both will think let the other contact first

After that

each will think, why should I contact first?

Here

Your love will converted to hate

Finally

without contact, the memory becomes weak

They forget each other

On a fine day

they will meet and blame one another

I don’t wanna be one of this kind!

I don’t want this happen to us!

::sigh::

15 Comments »

86-Juniors

sambil buat homework

sambil buat homework

Semalam sekali lagi ana berpeluang menziarahi warga SMKA SHAMS. Ada jemputan untuk iftor bersama barisan Ketua Pelajar Akhawat yang baru. Kalau 3x kunjungan ana ke sana sebelum ini untuk berjumpa dengan guru-guru, kali ini, ana khususkan masa untuk adik-adik dan sahabat-sahabat yang ada.

Kata orang, pulang ke kampung halaman bererti pulang kepada asal usul kita dahulu. Maka kekerapan ana ke SMKA SHAMS bolehlah diistilahkan sebagai kembali ke kampung halaman.Kembali ke tempat ana mengenali diri sendiri , jua tempat memahami tujuan dilahirkan di dunia sebagai khalifah Allah. Hakikatnya, ana berasal dari sana.

farah, hajar, wa farzana : mereka perlu keluar awal^^

farah, hajar, wa farzana : mereka perlu keluar awal^^

Buat adik-adik :

Read the rest of this entry »

6 Comments »