**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

83-Selepas Setahun 27 Hari

sayap Kuwait Airways je dapat,huh~

sayap Kuwait Airways je dapat,huh~

Proses untuk ‘landing’ di KLIA selepas 8 jam dari Kuwait.Sebaik sahaja tiba di KLIA ,” This is the real airport !” spontan kami semua bersuara,serentak.Hmm,tak hairanlah KLIA diiktiraf sebagai antara lapangan terbang terbaik di dunia (di tangga ke-7 selepas Korea dan lain-lain).

hujan yang turun bagaikan mutiara...hehe

hujan yang turun bagaikan mutiara^^

Semasa dalam perjalan ke tempat ‘tuntutan bagasi’ ,hujan turun renyai-renyai.Kami semua memandang antara satu sama lain sambil berkata, ” Wah,subhanallah! “.

Read the rest of this entry »

19 Comments »

82-Bersedia atau Tidak ??

“Bila kita bergelar hambaNya,sediakan dalam diri sekurang-kurangnya 10% ruang untuk bersedia menerima kritikan,teguran,komen,dan sebagainya!Kalau tidak, kita akan terus ‘melatah’ tanpa pertimbangan yang wajar,” Kak Basyirah mengingatkan ana,semalam.Hmm…

Mengimbas semula artikel yang ana tulis di Malaysia untuk Risalah Assof ke-2,tahun lepas berkaitan dengan tips untuk menerima kritikan ;

1-Jadilah orang yang selalu rindu akan nasihat kerana dengan kritikan, kita akan tahu kelemahan kita supaya kita dapat segera memperbaikinya

2-Miliki sahabat-sahabat,ahli keluarga,atau orang-orang yang selalu dapat mengingatkan kita secara jujur.

3-Siapkan diri untuk menerima kritikan.Dalami cadangan orang yang mengkritik terutama apabila kritikan itu jauh dari apa-apa yang kita harapkan.Ada orang cara kritiknya salah,isinya betul dan sebaliknya.Tugas kita hanyalah untuk cuba menerima kritikan dengan baik,dengar dengan saksama,dan bersabar!

4-Bila dikritik,bersyukur dan berterima kasihlah kepada pengkritik-pengkritik tersebut.Sekurang-kurangnya,ada jugak orang yang prihatin terhadap kita kan?

5-Jawapan yang paling baik apabila dikritik adalah segera memperbaiki diri!Buktikan kita mampu berubah ke arah yang lebih baik.Jangan asyik membela diri kerana itu akan menunjukkan kita sombong, tak dapat terima kritikan , dan makin jelaslah kekurangan kita.Paling penting, jangan lupa berdo’a untuk berubah!

Sebenarnya,memang ‘sakit’ untuk menerima nasihat, teguran, dan sebagainya.Hakikatnya itu juga adalah keperluan dalam kehidupan kita sebagai hambaNya yang tidak pernah sempurna. Namun, berilah dengan niat untuk membina, bukan untuk menjatuhkan,Insha allah ada manfaatnya bersama.

We are not perfect but we can make it right^^

Andai kita silap,kita perbetulkan…andai kita benar,kita pertingkatkan~

4 Comments »

81-Sangat Membantu

Kak Asma’,Akhi Aiman,and Awatiff^^ I really love this post…Thanks to three of you~

which one??

which one??

Apa perlu kita lakukan bila berlaku pertembungan antara dua kebaikan atau kewajipan?

Antara solat berjemaah dan solat awal waktu…

Bila program persatuan bertembung dengan peperiksaan…

Bila temu janji bertembung dengan usrah…

Bila program dakwah bertembung dengan aktiviti keluarga…

Mana yang perlu diutamakan?

Sedar atau tidak, dilema-dilema seperti ini sering kita alami dalam kehidupan seharian. Mahu tak mahu kita mesti membuat keputusan. Tetapi, atas dasar apakah keputusan perlu dibuat? Kedua-duanya sama baik, sama penting. Tiada jawapan objektif untuk perkara ini. Bergantung pada situasi. Tapi, ada garis panduan yang boleh digunakan untuk membuat pertimbangan.

1. Utamakan perkara yang maslahatnya lebih besar.

2. Utamakan perkara yang kepentingannya lebih utama.

3. Jika kedua-duanya sama penting dan sama maslahat, utamakan perkara yang datang lebih awal.

Apa pun, semuanya bergantung pada penilaian kita terhadap situasi-situasi tersebut. Tepuk dada, tanya iman.

7 Comments »

80-Ramadhan Kali Ini

[“Eh,kenapa ditenung-tenung je nasi tu,makanlah!”] Abah menegur ana di meja makan.Masakan tidak termenung,pagi-pagi lagi ana dikejutkan dari lena untuk bersahur.Tak cukup tidur rasanya!Sanggup lagi ana menupang dagu menahan mata yang semakin kuyu daripada menyentuh hidangan enak di meja makan kayu,hehe.

Tapi,itu zaman kanak-kanak dahulu.Kini,semakin dewasa,semakin memahami rasa. Madrasah tarbiyyah kan menjelma lagi.Ramadhan yang sama namun diharap mampu membuahkan natijah yang berbeza.

*************

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua

-Harapan Ramadhan ; Raihan dan Man Bai-

Ramadhan kareem,Allahu akram!

2 Comments »

79-Pergi Tak Kembali

Lagu Boneca yang berunsur keTuhanan ; Tunjukkan Aku tiba-tiba kedengaran membuatkan hati ana tertanya-tanya,[“Eh,siapa pulak yang telefon pagi-pagi buta ni?”]

Rupa-rupanya,

[“Assalamu’alaikum kakchik,tengah buat apa tu?”] Kedengaran suara Banglang (abang ketiga ana)di talian.Kami berdua sering berkongsi cerita dan pendapat.Lagipun,Banglang merupakan penyampai berita ana yang utama,hehe.

Berita apa pula kali ini?[“Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia pagi tadi.Serangan sakit jantung rasanya.Do’akan kesejahteraan beliau di sana!”]

Ana terdiam.Kami tidak berbual lama sebab sekejap lagi ana akan menghadapi imtihan jadi Banglang tidak mahu menggangu.Tidak lama kemudian lagu Hakikat dari Durrani pula beralun (sengaja menyebut tajuk-tajuk lagu yang boleh membina jiwa 😉 )

[“Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia pagi tadi akibat serangan sakit jantung.Sampaikan pada semua pencinta-pencinta da’wah.Al-Fatihah!”]

Ana menerima SMS ringkas dari Along Husna.Hmmm…Mungkin ana bukan peminat Rabbani mahupun pendengar setia lagu-lagu Rabbani.Namun ana mengagumi usaha da’wah mereka yang tidak pernah berhenti sehingga boleh diterima dan disenangi oleh pelbagai pihak.

Bukan mudah berada dalam industri seni.Lebih-lebih lagi dalam masa yang sama untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai da’ei.Dengan latar belakang dan karakter mad’u yang pelbagai berserta ujian kenikmatan dunia yang ada.Tetapi sekurang-kurangnya,golongan da’ei perlu ada dalam kalangan mereka supaya perubahan yang kita impikan dapat digapai sedikit demi sedikit.Industri seni tidak wajar dipinggirkan begitu sahaja dari senarai prospek mad’u para da’ei!

Walaupun ada da’ei yang hampir tersungkur,Alhamdulillah masih ada yang bertahan dan Rabbani adalah sebahagian dari itu!

Yang pergi,tetap akan pergi.Yang di sini,jangan pernah berhenti.Hidup ini untuk mardhoti Ilahi.

Teruskan perjuangan!

Leave a comment »