**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

64-Izin Laluan

on July 12, 2009

Berakhir sudah MEKAR 2009 selama 3 hari di Mafraq.Tahniah buat jawatankuasa pelaksana kerana ana merasakan ini antara program terbaik yang berjaya dikendalikan oleh Mafraq berbanding dahulu.Kelemahan yang ada boleh sahaja diperbaiki kelak,insha allah.

Alhamdulillah,rombongan PERMATA tidak mengecewakan.

Pasukan debat ;

Kami tidak punya ‘guru’ khas seperti yang dimiliki oleh pasukan Irbid

Juga tidak sesibuk mana berbanding pasukan Mafraq

Namun

Keserasian ana dan Faiz serta pengalaman beberapa kali bekerja bersama-sama Kakak dan Ikhwan menjadikan kami gandingan yang baik.

Sokongan seluruh Mahasiswa/siswi Malaysia Mu’tah yang pada awalnya kami lihat sebagai tekanan sebenarnya menjadikan kami lebih bersungguh-sungguh.

Presiden PERMATA,Ustaz Syaheed dan Setiausaha Agung PERMATA,Ustaz Fudhail sanggup menemani kami berlatih dan berbincang walaupun hari dah lewat…….

Semua orang beria-ia memberikan kami idea di saat-saat akhir kami memerah otak di dalam bas semasa perjalanan ke Mafraq.

Mereka sediakan kami bilik khasย serta sentiasa memastikan makanan dan air kami mencukupi.

Bayt Binafsha ; Kak Kamilah,Kak Farah,dan Kak Mimi sentiasa sudi menerima kehadiran kami di rumah mereka untuk berkumpul bila-bila masa sahaja.

Sorakan dan tepukan mereka setiap kali kami berhujah di pentas membuatkan kami mampu untuk bertahan hingga ke perlawanan terakhir walaupun sebenarnya dah tak sanggup!

Ayat-ayat kami tika berhujah kini menjadi bahan usikan sahabat-sahabat.

Terima kasih juga sahabat-sahabat dan ‘seniors’ kami di Malaysia atas bantuan maklumatย dan sokongan.

Akhirnya,naib johan milik kami dan

Nur Faiz Binti Solehan sebagai pendebat terbaik keseluruhan,tahniah dik!

Di sebalik semua ini,

jauh di sudut hati ana dan Faiz,

moga ini medan perdebatan yang terakhir buat kami berdua ๐Ÿ™‚

Pasukan kebudayaan akhawat ;

mendapat tempat ketiga keseluruhan.

Penat lelah mereka membuahkan hasil dan seharusnya diberikan pujian kerana pasukan ini menggabungkan semua akhawat yang berlainan ideologi,hehe.

Pasukan kebudayaan syabab atau dikenali sebagai SERASI ;

berusaha memantapkan lakonan yang mereka persembahkan semasa Family Day PERMATA (sebelum MEKAR berlangsung).

Dan akhirnya di MEKAR,mereka turut menjadi naib johan.

Tidak lupa buat semua penerima anugerah.

Baik anugerah akademik,tokoh,mahupun anugerah khas kerana menjadi hero menyelamatkan mangsa lemas ๐Ÿ™‚ Tahniah diucapkan dan kejayaan anda semua sentiasa menjadi inspirasi buat kami.

Moga Allah terus memberkati kita semua hendaknya.

P/S : Buat para hakim terutamanya Ustaz Fakhrulrazi dan Kak Zah,terima kasih atas kritikan dan bimbingan.Kami semua mengagumi peribadi dan ilmu kalian.

Advertisements

20 responses to “64-Izin Laluan

  1. Akmal Hakim says:

    Tahniah Ifah.

    Soalan apa yang dapat waktu debat tu?

  2. musafir diri says:

    salam ziarah.

    tahniah buat pendebat mutah.

    agak tak adil untuk mutah sebab irbid lawan 2 kali je. mutah straight 3 kali.

    ape2 pun debaters mu’tah mantap.

  3. afifahazam says:

    musafir diri ;

    lama tak dengar berita..
    takpe,Allah mudahkan laluan buat Irbid dan
    dalam masa yang sama masih bagi peluang kat Mu’tah ๐Ÿ™‚
    tu pun dah cukup adil pada kami~

  4. afifahazam says:

    -pengguna Malaysia perlukan perubahan hidup
    -ibu bapa punca anak-anak menjadi pengguna yang tidak bijak
    -langkah pengurangan gas rumah hijau di Malaysia tidak berkesan

  5. Akmal Hakim says:

    Oh, maknanya berbaloilah…

    Tak lah susah sangat..

  6. Sara says:

    Salam ziarah,
    Wa,hebat la fifah..hehe
    Skali ngan faiz eyh,
    Huh,gndingan yg mntp 2..
    Smpy kn salam buat wrga mu’tah,
    Gud luck,ya ukhti!!^^,

  7. musafir diri says:

    eh… kenal ke siape ni???

    rasanye macam first time jumpa kat mekar…

    ke pernah jumpa sebelum ni???

  8. mahasiswa says:

    salam ziarah.

    saya mewakili sahabat2 pasukan debat irbid nak minta maaf kalau ade terkasar bahasa, terlepas bicara sepanjang perdebatan.
    satu pengalaman yang menarik dapat berdebat dengan pasukan mu’tah.
    irbid, mu’tah,mafraq, tiada beza, matlamat berdebat sama, untk menghidupkan budaya ilmiah.
    semoga medan ilmiah seperti debat dan lain2 lagi berMEKARan di bumi jordan.

    ~wasalam

  9. Akmal Hakim says:

    Kita pernah berjumpa dalam satu program syamil.

    Kamu jadi panel forum dengan ‘Afifah & kak Mai sebelum bertolak ke Jordan.

    Ana hanya krew multimedia.

    “Rakan Budaya Belajar”, Maahad Ahmadi. It’s written in your blog, May last year.

    p/s : Maaf menyampuk~

    hehe.

  10. afifahazam says:

    mahasiswa ;

    begitu juga kami di pihak Mu’tah~

  11. afifahazam says:

    musafir diri ;
    RBB Maahad Ahmadi Gemencheh

  12. afifahazam says:

    our dearest sara ;
    syukran laki ya ukhti ๐Ÿ™‚ saling mendo’akan~

  13. al-huda says:

    hope xterlambat ucapkan mabruk.
    adik2 akak mmg hebat..sayangnya xdapat nak tgk gara2 imtihan ๐Ÿ˜ฆ
    baru akk igt,b4 tggalkn smkap faiz pelapis kami
    mana tahu akan datang kite boleh bergabung tenaga duk dlm satu pasukan ๐Ÿ˜‰
    suh bkmns buat.huhu :p

  14. afifahazam says:

    al-huda ;
    takpe je,fokus imtihan dulu!
    thanx for the wish..
    hehe..
    macam dah taknak je..
    tapi,
    kalo nak jugak..
    pi lah request kat pimpinan baru BKMNS..
    YDPah ada kat bilik dia ๐Ÿ˜‰
    baru habis mengundi..
    PERMAI hari ni jugak kan?

  15. al-huda says:

    yup2.hari ni.
    tapi xg undi lg.hu3
    pas zohor,insyaallah^^

  16. afifahazam says:

    al-huda ;
    selamat mengundi ๐Ÿ™‚

  17. shafiqah says:

    owhhh nabilah tk g undi lagi ye?? huhu…

    tahniah buat pasukan debat mu’tah.. ๐Ÿ™‚

  18. afifahazam says:

    shafiqah ;
    terima kasih atas ucapan!!
    ha’ah,kakak ifah tu tak undi lagi,hehe..
    suruh dia pi sekarang ๐Ÿ˜‰

  19. azzam says:

    salam ….congratz mu’tah team….all of u are good debators!…..it’s a great pleasure having debates with u guys….to ‘afifah n faiz,dun quit,I wish to see u guys again next year,may the skills we acquire from debate can be implemented in becoming a good da’i for Islam…..wish u all the best,my apologies for all the mistakes i’ve towards u guys,bittaufiq wannajah….salam ๐Ÿ™‚

  20. afifahazam says:

    azzam ;
    wslm wbrkth.,
    we gonna think about that 1st…
    yupp,it was a great moment having debates with Irbid’s team too!
    thanx and sorry for each and everything ya~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: