**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

62-Roadshow Gema Al-Aqsa 2009

on July 7, 2009

Iklan Umum ROQS 2009(2)


Roadshow Gema Al-Aqsa 2009 (ROQS ’09) dengan tema “Semarak Ruh Perjuangan” bakal menemui seluruh mahasiswa Malaysia di Jordan pada bulan Julai 2009 ini. Program julung kali seumpama ini sebenarnya telah bermula secara kecil-kecilan untuk tempoh 2 tahun yang lepas. Melihatkan kepada sambutan yang diterima untuk program sebegini sangat menggalakkan, program ini diteruskan tetapi dengan skala dan harapan yang lebih besar.

ROQS ’09 melibatkan beberapa siri penjelajahan ke seluruh Jordan untuk menemui mahasiswa mahasiswi Malaysia di sini dalam usaha memperjelas dan meningkat kefahaman mereka terhadap isu-isu kontemporari Palestin serta meningkatkan lagi semangat setiakawan dan rasa bertanggungjawab dalam mengambil berat hal ehwal saudara mereka di Palestin secara khususnya, dan hal ehwal umat Islam seantero dunia secara umumnya.

Program ini juga antara lainnya berperanan sebagai medium bagi sidang mahasiswa mahasiswi yang dirahmati Allah sekelian menggarap dan menyalurkan pendapat dan pendirian masing-masing terhadap isu ini. Kedudukan mahasiswa yang tinggi di mata masyarakat menjadikan suara-suara mereka begitu bernilai di dalam menyuarakan dan membangkitkan isu ummah. Mahasiswa bakal menjadi barisan pertahanan pertama di dalam mempertahankan maruah Islam. Atas dasar inilah program seumpama ini dianjurkan demi menyuburkan benih-benih kesedaran dan kecintaan kita terhadap umat Islam di Palestin agar perasaan ini akan berterusan ke generasi yang mendatang.

ROQS ’09 yang bakal berlangsung selama 4 hari akan menjelajah ke destinasi-destinasi berikut:

  • Isnin, 20 Julai 2009 : Mu’tah
  • Selasa, 21 Julai 2009 : Mafraq
  • Rabu, 22 Julai 2009 : Amman
  • Khamis, 23 Julai 2009 : Irbid

Program kali ini juga bakal diserikan dengan kehadiran Perunding dan Sukarelawan Aman Palestin, Mejar Haji Nadzri bin Musman yang bertindak selaku penceramah.

Ayuh!

*Dipetik daripada website rasmi ROQS ’09

th_ROQSym

Advertisements

2 responses to “62-Roadshow Gema Al-Aqsa 2009

  1. al-huda says:

    moga amal jadi hujah
    selamat bekerja dear 🙂

  2. afifahazam says:

    al-huda ;
    ameen always 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: