**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

74-Bila Mereka Berkata

Kakteh kata,

Kita kena ikhlaskan niat,

Dalam semua perkara,

Yang kita buat…

Akhi Hafizan kata,

Bila kita bergerak seiringan,

Kita tak pernah berseorangan,

Malah akan lebih kuat,

Teruskan melazimi usrah,

Lakukan semua perkara sehabis baik,

Dan selalu ber’cerita’ padaNya,

Lebih dari orang lain…

Sebabnya

Read the rest of this entry »

8 Comments »

73-Sahabat

Ana punya seorang sahabat yang amat berharga,

Dia dipandang biasa,

Sederhana tetapi bijaksana dalam akademik.

Namun,

Hatinya khusyuk tunduk kepada Ilahi,

Munajatnya panjang untuk Dia.

Tika kami dilambakkan dengan amanah dariNya,

Dan menuntut kami untuk kerap meninggalkan rumah,

Dia tetap setia membantu menyelesaikan keperluan kami,

Dari segenap segi!

Agaknya mungkin ini suara hati sahabat ana ;

[“Da’wah ana di rumah,membantu yang lain-lain selagi mampu…Da’wah kalian di luar,jadi teruskan selagi terdaya…”]

Terima kasih sahabat!

Ana juga punya seorang lagi sahabat.

Read the rest of this entry »

14 Comments »

72-Pabila Taklif Digalas

Apabila taklif digalas, wala’ bertapak,
Ummah ini sudah bersuara,
Betapa mereka memerlukan kamu,
Menjadi pemimpin yang terbaik untuk ummah yang terbaik,
Moga lakaran sejarah Sultan Muhammad AlFatih terukir kembali,
Moga sinar syabab tak tumpah Salahuddin Al Ayyubi menjengah setiap sudut masa kini,
Moga serikandi fatayatt melengkap perjuangan,
Laksana Ratu Saba’ yang punya segala,
Tapi hidup tetap untuk Dia,
Iras bijaksana bak Saidatina Aisyah,
Dan ummah terbaik muawwilin,
Menjadi acuan kita semua,
Dan moga mereka yang mengikuti sunnah Baginda,
Memegang tampuk takhta,
Bukan untuk diri mahupun perkara materi,
Tapi adalah untuk Mardhati Ilahi…

Buat diri ini dan semua yang ingin kembali bermotivasi 🙂

Dari seorang sahabat kepada seorang sahabat…

Terima kasih~

Leave a comment »

71-Michael Jackson dan Marwa Al-Sharbini

[“Michael Jackson meninggal dunia!”]

Seorang ‘senior’ ana memberitahu.Beliau sangat meminati penyanyi pujaan ramai itu jadi tidak hairanlah jika semua perkara tentang Michael Jackson atau dikenali sebagai MJ sangat diambil tahu.Ah,pedulikanlah.Ana tak berminat untuk mengambil tahu dengan lebih mendalam.

Tapi rupa-rupanya,pada saat yang sama, berlangsung pengkebumian  seorang muslimah yang insha allah menjadi seorang syahidah kerana mempertahankan jilbabnya.

Marwa Al-Sharbini bersama keluarga~

Marwa Al-Sharbini bersama keluarga~

Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang mempunyai seorang anak dan sedang mengandung tiga bulan, syahid akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim.Ana tidak menjumpai berita ini di mana-mana media massa,lebih-lebih lagi di negara Islam termasuk Malaysia.Bahkan ana rasa,masih ramai yang tidak mengetahui akan hal ini.

[Ana sendiri baru mengetahui hal ini kelmarin.Heish,betapa alpanya diri ini!]

Read the rest of this entry »

2 Comments »

70-Perubahan

Kelmarin berakhirnya Pilihan Raya dan Mesyuarat Agung PERMATA 2008/2009.Tiada lagi ‘Parti’ FOSU dan ‘Parti’ GA.Yang ada hanyalah ahli PERMATA.

Memetik ucapan dasar Presiden PERMATA 2009/2010 ;

[“Perpaduan adalah aset utama PERMATA yang harus kita kekalkan bersama!”]

Insha allah…

Read the rest of this entry »

10 Comments »