**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

59-Selamat Jalan

Kak Hajar ;

Balik dari airport tadi Ifah masuk bilik akak dan Kak Paan,

Bunga ros yang akak simpan dalam botol tu jatuh,

Semua air dah habis terbuang,

Agaknya dia pun tahu akak dah takde kan?

Dah takde siapa nak paksa Ifah minat Spongebob,

Dah takde siapa nak teman Ifah puasa,

Dah takde siapa nak pujuk Ifah kalau…

Kak Paan ;

Balik dari airport tadi Ifah masuk bilik akak dan Kak Hajar,

Lepas tu Ifah tengok baju-baju yang ada tu,

Ifah angkat baju-baju yang dah kering,

Ifah lipat baju-baju tu dan simpan dalam almari,

Lepas ni dah tak nampak akak pakai baju-baju tu kan?

Dah takde siapa nak usik Ifah,

Dah takde siapa nak paksa Ifah  keluar jalan-jalan,

Dah takde siapa nak dengar Ifah membebel  bila…

Tapi takpe sebab yang lain-lain masih ada.

Yang penting,Dia tetap ada setiap saat dan ketika.

::Ifah tak nangis sebab Kak Hajar dan Kak Paan pesan Ifah kena kuat dan tabah selalu walau apa pun  yang terjadi::

2 Comments »

58-Kelemahan

“Ok,Ifah pegang watak sebagai Ketua Kampung tau!”Kak I’ffah mengingatkan ana sewaktu pembahagian tugas dalam Kursus Asas Pemikiran Islam (API) yang lalu.

Tiada rasa takut mahupun risau untuk ke hadapan,cuma tiada langsung keyakinan kerana ana bukannya seorang pelakon apatah lagi boleh bersikap selamba terutamanya apabila diperlukan,huh!

Apalah nasib…

Seperti yang dijangka,persembahan lakonan ana adalah sangat mengecewakan,kaku dan tiada ekspresi.Ana seorang yang formal mungkin,hehe…

Hari Keluarga PERMATA (Akhawat) bakal menjelang beberapa hari lagi.Antara aktiviti yang bakal diadakan ialah sukaneka,annual dinner,dan persembahan kumpulan ; sajak,nasyid,dikir barat,dan…lakonan!!

Ana sudah mula bersikap terbuka untuk melibatkan diri dalam apa-apa jua jenis sukan kerana ana yakin dengan kemampuan yang ada tetapi berkaitan dengan persembahan seperti lakonan dan sebagainya,entahlah…

Help me!!!

4 Comments »

57-Mereka Bukan Halangan

Sebahagian daripada kita ada yang menghadapi masalah dalam mendapatkan keizinan ibu bapa masing-masing untuk terlibat dengan program-program da’wah dan tarbiyah. Sehingga timbullah perselisihan dan sebagainya.Hal ini terjadi mungkin kerana ketidakfahaman ibu bapa kita tentang hakikat da’wah yang sebenarnya, atau khuatir kalau-kalau anaknya terjerumus dan terlibat dengan perkara-perkara negatif yang semakin berleluasa di luar sana.

Apabila kita terlalu asyik berprogram sehingga mengabaikan keluarga,tidak hairanlah perasaan takut dan khuatir dalam diri ibu bapa kita akan timbul.Lebih-lebih lagi ibu bapa yang belum memahami hakikat da’wah, tujuan-tujuannya, dan juga manhaj dalam tarbiyah itu sendiri.Ingatlah :  

“Barangsiapa tidak mengerti sesuatu maka ia memusuhinya.”

Jika seorang anak taat pada kedua orang tuanya, perilakunya mencerminkan akhlak yang tinggi, mengekalkan pencapaian yang membanggakan dalam pelajaran, mempunyai hubungan yang baik sesama adik beradik, dan tidak pulang lewat tanpa sebab, sudah pasti ibu bapa kita akan mengizinkan semua permintaan kita yang sebelumnya tidak dibenarkan.Malah adalah lebih baik jika ibu bapa kita mengenali siapa kenalan kita terutamanya sahabat-sahabat seperjuangan kita.Inilah jalan untuk mencapai tujuan dan meraih kepercayaan.

Kita sering menyaksikan bagaimana Rasulullah s.a.w. menghadapi keburukan dengan kebaikan, menghadapi segala cubaan dengan ketenangan jiwa, serta menghadapi segala rintangan dan gangguan dengan pemberian maaf dan do’a :

“Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku ini, sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengetahui.”

Kebanyakan orang-orang yang tidak peduli kepada da’wah kita adalah orang-orang yang tidak mengenal hakikat da’wah ini.Imam Hasan Al-Banna pernah mengatakan, “Ketidaktahuan masyarakat akan menjadi penghalang jalan kalian. Oleh kerana itu, tugas kita yang paling mulia adalah menjadikan masyarakat mengenal hakikat da’wah kita, kerana kebersamaan mereka dengan kita adalah lebih baik.”

 Allah swt. Berfirman :

“Dan sekiranya Ahli Kitab itu beriman dan bertaqwa, tentulah kami tutup (hapus) kesalahan-kesalahan mereka dan tentulah Kami masukkan mereka ke dalam syurga yang penuh kenikmatan.”

 (Al-Maidah: 65)

Leave a comment »

56-Optimis Dalam Da’wah

Kekadang kebanyakan aktivis da’wah mengukur keterlibatan orang lain dalam kancah da’wah dengan pandangan yang sempit.Seseorang yang tidak mahu memberikan komitmen 100% samada dari segi masa dan harta sering dipandang sebelah mata.Kita seharusnya cuba bersikap husnuzon dan mengambil tahu perkembangan setiap sahabat seperjuangan kita.

“Wahai orang-orang yang beriman!Jauhilah sifat banyak syak wasangka kerana sebahagian syak wasangka itu adalah dosa.Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan jangan ada sebahagian daripada kamu mengumpat sebahagian yang lain.”

 (Al-Hujurat: 12)

 

Lazimnya sebagai mahasiswa, kita memiliki waktu untuk da’wah yang banyak, namun sumbangan harta yang agak sedikit. Apabila di alam kerjaya pula,kita mampu memberikan sumbangan dana lebih besar, tetapi memiliki waktu yang lebih sempit untuk da’wah ; sekadar kemampuan yang ada sahaja.Apatah lagi apabila sudah berkeluarga. Da’wah menuntut penyertaan setiap muslim sesuai dengan kadar yang tidak sampai menyukarkan  kehidupannya.

Persepsi bahawa setiap orang harus mencurahkan segala sesuatu yang dimilikinya harus diubah berdasarkan firman Allah :

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.”

(Al-Baqarah: 286)

 

Lihat tubuh badan kita yang terdiri daripada mata,telinga,hidung,dan sebagainya.Setiap anggota tersebut memiliki kegunaan,tugas,dan misi yang tersendiri.Apabila semua itu digabungkan maka mudahlah urusan kehidupan kita semua.

Begitu juga dengan setiap Muslim yang Allah ciptakan dengan pelbagai kelebihan dan kemampuan.Apabila setiap muslim menunaikan tugasnya sesuai dengan potensi yang telah diberikan oleh Allah kepadanya,terciptalah masyarakat Islam yang gemilang.

Kisah Rasulullah s.a.w berda’wah di Taif (30-Bersikap Profesional) menganjurkan kita tentang satu pelajaran yang amat agung, iaitu bahawa optimisme seorang da’i adalah yang utama dan harus lebih luas.Optimis terhadap mad’u dan sesama da’ei itu sendiri.Firman Allah :

Semoga Allah menimbulkan kasih sayang antaramu dengan orang-orang yang kamu musuhi di antara mereka. Dan Allah adalah Mahakuasa. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(Al-Mumtahanah: 7)

2 Comments »

55-Kisah Kasih

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Read the rest of this entry »

5 Comments »