**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

43-Cubaan

Acap kali bila menghadapi sedikit cubaan,hati pasti tertanya-tanya ;

[ Kenapa aku?mengapa tidak orang lain?sebab apa cubaan ini sebegini rupa? ]

Andai ada yang cuba menafikan tidak pernah berfikir sedemikian,sedarlah bahawa hakikatnya,perkara ini adalah fitrah seorang manusia.Namun,individu yang memahami fitrah,akan yakin segala yang datang itu adalah dariNya.

Hendak dipersoalkan pun,itulah yang tertulis sejak azali.Cubaan tidak akan pernah berhenti selagi kita memperjuangkan kebenaran.

Kita sering menganggap cubaan itu adalah ujian tetapi kita sering lupa bahawa cubaan itu juga adalah kesenangan.Ditimpakan ujian,untuk menilai sejauh mana kesabaran kita menghadapinya.Dianugerahkan kesenangan,untuk mengetahui sebaik mana kita menghargainya.

Adakah kita terus melatah marah sebaik menerima ujian,atau pun masih tersenyum membuahkan kesabaran.Sewaktu menghadiri tuisyen bagi madah Thaqofah Islamiyyah dahulu,Ustaz Said pernah berpesan,bahawa kesabaran yang sebenar itu adalah kesabaran di awal saat ujian tersebut,bukannya kesabaran yang kemudian.Bahkan individu yang mampu mengawal emosi negatifnya tika itu adalah individu yang kuat.Tidak kiralah emosi marah,sedih,mahupun geram.

”A strong man is not the one who can overpower others but,it is the one who controls himself when he gets angry.”

H.R Bukhari,Muslim.

Advertisements
5 Comments »

42-Ungu Tetap Nombor Satu

Buat kali kedua ana menjejakkan kaki ke ‘Aqabah yang merupakan antara tempat tumpuan ramai khususnya mahasiswa Malaysia sendiri.Kali ini atas tujuan,Hari Keluarga Negeri Sembilan.

Kami bertolak seawal pagi dari Mu’tah.Kebetulan Hari Keluarga kali ini serentak dengan negeri Terengganu dan Kelantan.Kami bergerak bersama-sama,4 ‘coaster’ semuanya.Kosonglah nampaknya pekan Mu’tah hujung minggu ini.

Sebaik sahaja tiba di tempat penginapan,kami terus bersiap-siap untuk aktiviti ‘outdoor’ (sukaneka) di tepi pantai.Aktiviti dijalankan berdasarkan ‘rumah sukan’ masing-masing.Merah,ungu,biru,dan hijau.Keseronokan beraktiviti bercampur dengan tahap kepanasan ‘Aqabah yang melampau beserta kelajuan angin yang menggila.Hmm..

Kami dibenarkan untuk melakukan aktiviti sendiri di sebelah petang.Alang-alang dah jumpa pantai,mandi laut lah jawabnya.Ana dan Kak Sumaiyah hanya menjadi pemerhati setia dari jauh melihat keletah yang lain-lain bermain air.Terasa seolah-olah berada di Port Dickson (tak tau tempat lain,PD je yang ana pernah sampai).

Pada sebelah malam pula,diadakan majlis makan malam dengan tema Arabian Night.Majlis tersebut bertujuan untuk meraikan para mahasiswa Negeri Sembilan yang bakal khirij pada fasal ini dengan kehadiran Ustaz Sulaiman beserta keluarga.Selain itu,aktiviti ‘indoor’ turut diadakan ; berbalas pantun serta ‘win,lose,or draw’.

Hari terakhir kami di sana,diadakan majlis penutup selepas sarapan pagi.Keputusan keseluruhan,rumah ungu tetap nombor satu di kedua-dua belah pihak,syabab dan akhawat.Bezanya cuma,akhawat mendapat nombor satu dari depan,syabab pula nombor satu dari belakang,hehe..

-Tahniah rumah ungu akhawat ; Kak Paan,Kak Akma,Kak Taqiah,Kak Niswan,dan Hani.We are the best!

-Buat rumah ungu syabab ; Fadzil,Dzariff,Iqbal,Syafiq,dan Abdullah Harith.Tahun depan cuba lagi!

-Hari Keluarga memang menyeronokkan tetapi muhasabah tetap perlu diadakan.

-Soal masa mungkin sudah menjadi perkara biasa,tetapi soal lain seperti aktiviti dan matlamat yang ingin dicapai itu harus jelas manfaat dan kesannya..

3 Comments »

41-Mu’tah,Memang Itu Budayanya!

Sudah lama ana tidak melawat rumah sahabat-sahabat di Mu’tah.Lazimnya ana akan terperap di rumah sendiri atau ke bayt Binafsha.Maklumlah,hanya dua rumah ini yang betul-betul terletak  di tengah pekan Mu’tah.Hmm..

Tapi semalam,ana ke satu syiqqoh yang menempatkan 3 buah rumah,Tasneem,Imtiyaz,dan Ibtisam.Ana memerlukan bantuan Kak Syida untuk menyelesaikan tugasan KARISMA yang masih berbaki.

Cadangnya,mungkin hanya mengambil masa 5-10 minit.Kemudian,bolehlah meneruskan operasi melengkapkan nota di rumah yang sudah 2 hari tidak disentuh kerana menghadiri Hari Keluarga Negeri Sembilan.

Tujuan asal telah ana selesaikan,lalu segera memohon diri untuk pulang.”Cepatnya nak balik..duduklah dulu,diorang tengah buat air tu,”segera Kak Syida,Kak Ati,Kak Ana,Kak Hajar,dan Kak Su menghalang.Ana kembali duduk.

[ Terasa serba salah kerana tidak membawakan mereka buah tangan.Dah sampai tadi baru teringat! ]

Macam-macam yang mereka hidangkan.Nasi goreng,sambal ikan bilis,kuih,ais-krim,dan air teh.Semuanya ana sentuh kecuali sambal ikan bilis sebab pedas!!Nasib baik Yati tolong asingkan,hehe..

Ana mengemaskan pinggan,cawan,dan sebagainya.Namun sebaik sahaja tiba di dapur,Kak I’ffah menegur,”Haa..jangan buat apa-apa!biar kat sink tu,nanti akak basuh..ifah tetamu,takpe je,”larangnya.Bahkan bekas ais-krim pun,mereka yang buangkan.

Dengan layanan sebegini,sesiapa pun bisa tersentuh.Tidak hairanlah selepas KARISMA,ana menerima banyak respon positif dari peserta luar berkaitan dengan layanan ‘first-class’ dari mahasiswa/siswi Malaysia Mu’tah.

Mereka bukan melakukan semua itu kerana KARISMA.Bukan jua kerana ‘Saya Datang Kerana Ukhuwwah’.Tetapi,semuanya kerana Allah Ta’ala,kerana itu semua akhlak terpuji yang dituntut di dalam Islam.Maka terzahirlah segalanya secara praktikal.

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat,hendaklah dia menghomati tetamunya” (HR.Muslim)

Mu’tah,memang itu budayanya!

-Bayt Tasneem : Kak Su,Kak Ain,Kak Fizah,Yati,Kak Bazilah,Kak Hajar.

-Bayt Imtiyaz : Fatimah,Fizah,Fatin,Kak Aisyah.

-Bayt Tasneem : Kak Syida,Kak I’ffah,Kak Ninna,Kak Ati,Kak Ana.

4 Comments »

40-Tautan Semula Hati-Hati

Berkumpul semula bersama-sama mereka adalah saat yang sangat dinanti-nantikan.

Kak Nabilah,Kak Kamilah,Kak Farah,Farhana,dan Faiz.

Banyak yang kami bicarakan hari itu.Kak Nabilah semakin sembuh dari penyakit yang dihidapinya.Dahulu,berada di tahap yang sangat kritikal,kemungkinan tiada harapan untuk sembuh.Tapi kini,Allah masih memberikan ruang dan peluang kepada Kak Nabilah.

Farhana dan Faiz seperti biasa,banyak memerhati,mencelah kadang-kadang,dan tertawa.

Kak Kamilah dan Kak Farah tak habis-habis mengusik antara satu sama lain.Ada sahaja idea masing-masing meriuhkan keadaan.Hmm,macam-macam..

“Sebenarnya ada 10 perkara yang kita semua terlepas pandang,”kata Kak Farah.

1-Ilmu tanpa amal

2-Beramal tanpa keikhlasan

3-Kekayaan tanpa kemurahan hati

4-Hati tanpa cinta kepadaNya

5-Tubuh badan tanpa menggunakan untukNya

6-Masa tanpa pengurusan yang baik

7-Kasih sayang tanpa penerima yang layak

8-Kebijaksanaan tanpa manfaat kepada orang lain

9-..terlupa..

10-Berzikir tanpa mengingatiNya

Owh,ini rupa-rupanya..Terima kasih Kak Farah kerana mengingatkan!

Moga Allah meredhai~

2 Comments »

39-Berita Gembira

Sudah hampir 2 tahun ana meninggalkan bumi tarbiyah,SMKA SHAMS,Seremban,Negeri Sembilan.Teringin rasanya untuk kembali menjejakkan kaki ke sana semula.Sebelum melanjutkan pengajian ke Jordan sekurang-kurangnya sekali sebulan ana akan ke sana.Bertemu guru-guru,pekerja-pekerja,juniors,dan pimpinan pelajar khususnya.

“Bang Is nak masuk SHAMS,dia tak nak MRSM dengan SBP,”cerita mak,awal tahun yang lalu.Pada awalnya ana sendiri tak bersetuju untuk adik ana menjadi ‘SHAMSians’,Kononnya bimbang dengan keadaan SHAMS yang sedang mengalami sedikit kemerosotan dari aspek tarbiyah (peningkatan dari aspek akademik sangat membanggakan).Tapi sebenarnya,ana sangat gembira dengan berita itu.Maybe he is our ‘next generation for Islam’ too,A~meen.

“Kaktam sambung Form 6 kat SHAMS jugak,baru kelmarin dia daftar,”kata mak,semalam.Ini memang satu kejutan yang sangat besar bagi ana.Selama ini,Kaktam sangat bersungguh-sungguh untuk mengelakkan diri dari SMKA SHAMS ana yang tercinta,hehe (sampai sanggup minta tolong dari ana yang jauh ni untuk pujuk mak).Akhirnya..

“What a big surprise dear,now you are SHAMSians too,huh?What makes you change your mind?”ana mengusik.Kaktam tertawa lalu memberitahu yang dia pun sebenarnya terkejut dengan keputusan sendiri.Katanya,tiba-tiba sahaja hatinya terbuka untuk memilih SMKA SHAMS selepas mendengar taklimat daripada Pengetua@Bonda,GPK,dan Kaunselor di sana.(Give an applause for 3 of them because it is a really big challenge to persuade my little sister).Terima kasih ya Allah!

“I will try my best even we both are totally different,”Kaktam memberi jaminan.Alhamdulillah,lega ana mendengarnya.Ya,kami berdua memang sangat berbeza tapi itu tidak bermakna tak sama.”First,take care of yourself..Second,follow all the rules..Third,give your very best..Finally,have faith in Him..ok?”ana memberikan sedikit tips.

Berita gembira rupa-rupanya..Menenangkan kembali hati dan fikiran ana yang sedikit celaru,fewh!

2 Comments »