**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

20-Gagal vs Berjaya

on April 24, 2009

🙂 Banyak sangat perkara yang harus kita hadapi dalam hidup ni kan?
Kesusahan,kesenangan,kegagalan,kejayaan seolah-olah satu permainan yang tiada akhirnya.Mustahil untuk kita mengelak mahupun melarikan diri daripada ketetapan dalam kehidupan.
Ada sahabat ana bertanya sebab ana tiada dalam gambar pasukan bahas sekolah.Ana berikan jawapan mudah yang ana masih baru dalam pasukan tersebut.Tapi sebenarnya,ana menganggap itu adalah salah satu perkara dalam hidup yang boleh dielak mengikut situasi,ceceh :).Ada masa kita perlu bergambar dan ada masa kita tidak perlu bergambar.Ibarat melukut di tepi gantang yang hadirnya tidak dihargai,hilangnya tidak ditangisi.Begitu juga keperluan ana untuk bergambar dalam sesuatu keadaan.
Bukan bermaksud untuk terlalu merendah diri atau tak mahu dihargai,cuma kekadang kita perlu mengingatkan diri sendiri.Sukar diterima dek akal jikalau ada insan yang tidak mahu berasa dihargai oleh orang lain.Lazim buat ana berjumpa dengan orang-orang yang gembira apabila disenangi ramai dan hiba apabila ramai pula yang membenci.Seolah-olah kehidupan ini adalah untuk memuaskan semua hati sehingga hati sendiri terabai.
Tidak salah menyenangkan semua hati.Namun,itu juga sebenarnya adalah salah satu petua kegagalan.Mengapa pula ya?Kerana sebagai makhluk Al-Aziz,kita tidak akan mampu.Justeru,siapa yang cuba menyenangkan semua hati,akan berakhir dengan menyusahkan semua hati.Bagaimana pula tu?Begini,jika kita cuba menyenangkan hati sahabat A,akan menyinggung hati sahabat B.Begitu juga jika sebaliknya pula yang berlaku.Benar bukan?
Kuncinya cuma satu,IKHLAS.Orang yang ikhlas akan berbuat sesuatu kerana redha Allah lalu berjaya.Sedangkan orang yang tidak ikhlas berbuat sesuatu untuk redha manusia lalu gagal.Orang yang ikhlas itu bebas tetapi tidak bagi orang yang tidak ikhlas.Orang yang ikhlas cuma ada satu ‘hati’ untuk dijaga tetapi orang yang tidak ikhlas punya banyak hati untuk dijaga.
Secara mudah,segala yang Allah tetapkan wajib untuk kita laksanakan walaupun mungkin akan ada hati-hati yang tidak senang.Yang penting bukan redha manusia tetapi redha yang Esa.Insha allah ada manusia yang akan suka kita apabila kita disukai Allah.Pesan Kakteh,sebab itu ada istilah hablu minallah wa hablu minannas bukan hablu minannas wa hablu minallah (Ali-Imran:112).Nah,itulah pula petua kejayaan!
Lagipun,hanya manusia yang sukakan Allah akan menyukai manusia lain yang juga sukakan Allah.Cinta yang satu akan menyatukan manusia.Menurut Ustaz Pahrol Mohamad Juoi,apa gunanya disukai atau dibenci oleh orang yang dibenci atau membenci Allah?Sukanya tidak memberi manfaat bahkan bencinya pula tidak memberi mudarat.Yakinlah innallahama’ana..
“..Buat rakan,teman,dan kenalan,terima kasih atas ingatan kalian.Pada yang jauh,maaf kerana gagal mendekat.Pada yang hampir,maaf kerana tidak pandai membelai..”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: