**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

17-We Tought..

on April 24, 2009

“Syuhada pegi  interview MAINS tak semalam?”ana bertanya.Besar harapan ana untuk menanti  adik-adik baru Negeri Sembilan ke Jordan.Khususnya,dari SMKA SHAMS sendiri.”Tak,adik ana tu kata nak masuk Darul Quran,daftar 02 Mei ni,”Sakinah menjawab.Ana terdiam.Sedikit kecewa.Tapi,Darul Quran??

Ana terasa ingin kembali ke masa silam.Kembali membuat pilihan antara Darul Quran dan Universiti Mu’tah,Jordan;antara impian sejak kecil dan rezeki dariNya.Tapi itu tetap mustahil meskipun menggunakan alat kawalan masa Harry Potter kerna Allah Maha Mengetahui dan penentu segalanya J.Walaupun hati ana berat ke Darul Quran,tak tahu kenapa langkah ke Jordan masih diteruskan.

Apa disebalik semua ketentuanMu ini ya Allah?:)

“I felt the same too..in fact,this feeling becomes stronger,”balas Sakinah.Jurutera masih menjadi impiannya walaupun kini sedang melanjutkan pengajian dalam  bidang perubatan di Universiti Ain Syam,Mesir.”Should I take the road I leave before?Should you?”sengaja Sakinah menimbulkan persoalan.”Of course the answer is NO!We just follow the flow,”jawabnya.

Walaupun ada yang berpendapat belum terlambat untuk kami berpaling,ruang dan peluang yang kami ada hanya sekali dan takkan berulang 🙂 Mungkin sesetengah keadaan tiada masalah untuk berpatah balik tapi dengan keadaan kami kini,tak mungkin!

“But what about if we postponed it?We settle what we have started..”Sakinah menambah.”Then we start what we have stopped,”hati ana menyambung.”Just for the sake of knowledge,”tambah Sakinah lagi.Adakah semua ini satu kesilapan?Hmm..

Sakinah turut menganggap yang kami memang belum terlambat,takkan pernah terlambat,sampai bila-bila pun takkan terlambat,takkan pernah.Tiada salahnya pun kalau kami tamatkan dahulu langkah awal ini dengan cemerlang dan kemudian,menyambung kembali minat yang pernah tertangguh seketika (boleh ke?)Lagipun,kami dah sampai di sini.Jadi,bila belajar di luar negara ni perlu kuat,rasional,dan juga profesional.Selamat bermujahadah!

…و عسى ان تكرهوا شيئا وهو خير لكم وعسى ان تحبوا شيئا وهو شر لكم والله يعلم وانتم لا تعلمون

…Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu.Dan Allah itu mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahui.

AlBaqarah:216

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: