**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

30-Bersikap Profesional

Kejahatan dibalas kejahatan itu adalah dendam,kebaikan dibalas kebaikan itu adalah ketinggian budi,kebaikan dibalas kejahatan itu adalah kezaliman,kejahatan dibalas kebaikan itu tanda budi pekerti mulia dan terpuji

-Festival Hari Keluarga PUTRA-

 

Kita lazim mendengar kisah Nabi dengan seorang wanita tua Yahudi.Acap kali laluan baginda dihiaskan dengan kotoran dan duri.Tak pernah bosan agaknya.Tapi suatu hari,semua itu tiada lagi.Laluan Nabi menjadi lancar dan sunyi pula.Nabi berasa hairan lalu bertanyakan jiran si wanita tua itu tadi.Owh,rupa-rupanya wanita tua itu sakit (tak larat dah nak buat jahat J).Nabi segera melawat dia dan membantu sekadarnya.Bahkan Nabi sanggup pula menyediakan sedikit makanan dan minuman buat wanita tua itu tadi hinggakan hati wanita Yahudi itu tersentuh dengan kebaikan baginda.Allah,mulianya akhlak Nabi…

Ingat lagi kisah da’wah Nabi di Taif?Baginda bersama Zaid bin Harithah menempuh perjalanan yang sukar sebelum tiba di Taif.Namun kehadiran baginda tidak diterima.Baginda dihalau dengan cacian,makian,dan balingan batu yang bukan sedikit.Hampir seluruh tubuh baginda berdarah.Begitu juga dengan Zaid.Baginda tidak mengeluh,tidak mengadu,tidak menangis,dan tidak membenci.Bahkan baginda masih mampu terus tersenyum sambil berehat di bawah sepohon pokok berhampiran sebuah dusun.Bukan setakat itu,baginda turut menolak tawaran malaikat Jibrail untuk memusnahkan penduduk Taif.Bagaimana agaknya kita apabila seseorang menawarkan bantuan untuk menghapuskan orang yang pernah membenci kebenaran yang kita bawa?Menerima dengan hati terbuka atau menolak dengan harapan mereka akan berubah?

Hmm..sahabat-sahabat,kita sekadar dilemparkan dengan kata-kata yang tak bisa membunuh pun.Kita baru sahaja dilemparkan dengan tuduhan yang kita sendiri tahu kebenarannya.Jadi mengapa kita perlu melatah dengan perkara yang kita sedia maklum hakikatnya?Memang kita terasa dengan perbuatan mereka,kita sedih dengan kata-kata mereka yang sedikit kasar,dan kita marah dengan tuduhan tidak berasas yang dilemparkan.Tapi,kita merupakan seorang Muslim yang professional,pelajar yang professional,jadi bersikaplah dengan sikap yang sepatutnya.Tak rugi pun berbuat baik dengan semua orang.Kelak,mereka sendiri akan sedar kesilapan mereka.Jika kita menggunakan ruang dan peluang yang ada untuk membalas dendam,maka kita tiada beza pun dengan mereka.Malah mereka akan berasa bangga dan puas kerana kita seolah-olah meng’iya’kan tuduhan mereka sebelum ini.

Bersama merealisasikan tema ‘Saya Datang Kerana Ukhuwwah’.

‘Ukhuwwah No. 1,Game Bukan No. 2’

Leave a comment »

29-Sepatutnya..

“You are the one who should decide each and everything in your life,no one else!you have your own goal to achieve..it is your right!sampai bila awak nak orang yang tentukan semuanya dalam hidup awak?sesekali kena jugak berdegil!”tegas Kakteh mengingatkan.Ana terdiam.Memang pun.Ana akui apa yang Kakteh kata.Tapi,entahlah..Balik dari kedai telefon pun otak ni masih tak henti-henti berfikir.Berjalan,melihat,mentafsir..

Ana sendiri bingung dengan diri sendiri.Banyak benda yang tak tersusun.Dari dulu lagi macam ni.Banyak sangat benda nak dicapai,sampai kekadang tak terkawal.Natijahnya,semua benda jadi sekadar ‘bolehlah’..Asyik berfikir nak jaga hati orang sampaikan hati sendiri terabai.Bila asyik pentingkan diri sendiri,orang lain pula terluka.

2 Comments »

28-Mari Mengaji 2

“Mana datangnya واتقوا ..itu kan وأطيعوا?”,tegur Dr.Amir semasa Wafa’ membaca surah Ali-Imran;132. Segera Wafa’ membetulkan bacaannya. Bacaan Wafa’ jarang ditegur oleh Dr.Amir kerana bacaannya yang sangat baik.

Hanya Wafa’ yang benar-benar bagus bacaan Al-Qurannya berbanding dengan 6 orang akhawat Arab yang lain.Walaupun mereka lebih mahir dalam soal tajwid dan hafazan namun dari segi bacaan,kami lebih baik.

Menjadi kebiasaan buat pelajar Malaysia di sini dipuji bacaannya oleh kebanyakan pensyarah. Alhamdulillah, moga diteruskan dengan praktikal dalam kehidupan pula ya!

Kekadang kasihan pula melihat Dr.Amir. Bukan apa,tiap kali beliau menegur bacaan pelajar Arab, mereka selalunya buat tak endah sahaja.Sampaikan Dr. Amir pernah kata,

[”Bacalah betul-betul,segan sikit dengan tetamu kita ni!”.]

Tetamu yang dimaksudkan ialah kami yang dari Malaysia,Thailand,Indonesia,Filipina,dan lain-lain. Kemudian,beliau memandang ke arah kami lalu tersenyum tawar,kecewa barangkali.

Ana bukan sengaja membicarakan kelemahan pelajar-pelajar Arab. Bahkan sebenarnya,banyak sahaja kelebihan mereka.

Tak dinafikan,pelajar Malaysia sendiri ada kekurangan.

Tapi,ana memikirkan perkara lain disebalik semua ini. Ana cuma ingin melahirkan kerisauan.Ana kini di bumi anbiya’. Tempat penyebaran Islam. Tempat kejayaan dan kegemilangan Islam.

Tapi hakikatnya,tak kelihatan langsung nampak ada tanda-tanda atau gambaran semua itu akan kembali wujud dalam masa yang terdekat ini.

Tak kiralah sama ada dalam kalangan masyarakat pelajar,masyarakat awam,mahupun persekitaran.Paling jelas sekali, semangat mementingkan ‘a ilah masing-masing sangat menebal (sepertimana yang pernah berlaku sebelum kedatangan Islam dahulu).

Ada pendapat yang berbunyi;

“kebangkitan Islam itu boleh dilihat dalam kalangan bangsa Arab,penduduk Dataran Syam.Kalau baik,maka baiklah seluruh umat Islam,Kalau buruk,maka buruklah seluruh umat Islam.Dan ini bermakna,kemenangan Islam yang dijanjikanNya akan semakin lambat..”

Kerosakan yang berlaku di Malaysia sudahlah tak terkira, tak tersebut,malah sudah tak terkawal.Dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-sebesar isu.Samada masalah remaja,gejala sosial,peningkatan kadar jenayah,keruntuhan akhlak,kerosakan aqidah dan sebagainya.

Lebih mengecewakan, kebanyakan yang terlibat adalah dalam kalangan kita sendiri yang bergelar Muslim. Usaha memang ada dan tetap akan ada.Masalah mungkin takkan berakhir tetapi mungkin boleh berkurang.Hanya Allah yang tahu bila kemenangan yang dijanjikan itu akan tiba.

Pastinya semua perkara bermula dengan diri sendiri!

“Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia”

(Surah Ar-Ra’du : 11)

1 Comment »

27-Dah Solat Ke?? Siri 7

Boleh ke qadak solat ??,Betul ke cara solat sekarang ?? 🙂

*Alamak,dah terlepas waktu solat !! : Sebenarnya dalam solat takde istilah qadak..Qadak hanya bagi puasa bila mana ada halangan yang dibolehkan dalam syariat untuk tinggalkan puasa..Dalam hal ni,bila buat banyak kali tapi tak ambil alternatif lain bagi mengatasi masalah ni,dikira berdosa..Oleh itu,janganlah lengahkan-lengahkan solat !! Kalau ada benda yang halang kita dari solat,wajiblah tinggalkannya..Tentang bab majikan tak bagi solat atau tak sempat solat bila waktu bekerja,berundinglah dulu..Takpun cuba curi-curi masa..Tak berkesan jugak,cari kerja lain !! Lagipun,Allah yang bagi rezeki bukan majikan kita tu..Jadi,bila kita berusaha lebih sikit untuk menunaikan hak Allah,Allah akan tunaikan hak kita pulak..Betul ke cara solat kita ?? Nabi kata,kita kena solat macam mana Nabi solat..Kita memang tak sempat jumpa Nabi tapi,tak bermakna kita tak perlu solat..Kita solatlah ikut apa yang orang dulu belajar tentang cara solat Nabi yang sebenar..Kekadang nampak macam solat ni banyak versi (4 mazhab),tapi sebenarnya tu semua memang cara Nabi..Ada sahabat yang sempat tengok ..Masa lain,ada sahabat Nabi yang lain tengok ..Bukanlah Nabi solat banyak versi,cumanya sahabat yang tengok tu,lain-lain..Itu semua ada dalam hadis..Apa-apa pun yang penting,kita kena letak dalam minda kita yang semua rukun solat (13),bacaan dalam solat,dan bilangan rakaat adalah serupa..Perkara sunat je yang berbeza dalam hal ni..Cara angkat takbir,cara letak tangan,dan sebagainya..

Orang lain macam mana?? ,Kena ‘repair’ Islam ??

*Kenapa Islam sekarang tertindas ?? Kenapa orang lain pandang Islam,buruk ?? : Tepuk dada,tanyalah iman..Sebenarnya,Islam ni macam rumah yang dah ‘complete’..Kita sebagai penganutnya,bolehlah ‘renovate’  nak tambah dapur sikit,takpun tambah bilik..Asalkan,tak menyalahi syariat..Macam yang sahabat-sahabat Nabi lakukan dulu..Masa ada sistem khilafah..Sampaikan Islam tersebar ke Parsi,Rom,Turki dan tertegaknya beberapa kerajaan Islam (kerajaan Abasiyah,kerajaan Turki Uthmaniyah) yang disegani !! Kalau tak ‘renovate’,Islam tak berkembang pesat macam sekarang dan mungkin tak sampai kat Malaysia..Tapi,bila Barat campur tangan,runtuhlah sistem khilafah tu !! Itulah yang patut kita buat sekarang..Orang dulu-dulu penatlah besarkan rumah untuk Islam ni,tapi zaman kita dah banyak rosak,lubang sana sini hinggakan mudah diserang musuh !! Jadi tanggungjawab kita untuk ‘repair’ Islam sampai kerosakan tu hilang..Tak kiralah sebab penganut Islam sendiri yang rosakkan rumah yang jadi tempat kita berlindung tu (Ayah Pin,Ajaran Kahar) atau  hasil kerja musuh Islam !! Kalau boleh,kita buat kebaikan hanyalah kerana Allah bukan kerana pahala..Amalkan ilmu yang kita dah dapat walaupun sedikit..Sekali-sekala sampaikan kat kawan-kawan kita,ahli keluarga,mahupun anggota masyarakat yang lain bila-bila masa je (sambil makan bersama,boleh je berdiskusi sekejap,ala-ala tazkirah lah)..Kalau nak jadi muslim yang mukmin,kita kenalah mulakan dengan diri sendiri dan selalu bersedia menghadapi apa-apa kemungkinan..Insha allah,ada D.U.I.T. semua jadi..Jangan risau,innallahama’ana..TAMAT 🙂

1 Comment »

26-Dah Solat Ke?? Siri 6

Wajib ,Sunat ,Harus ,Makruh ,Haram ,Solat Jemaah ,Imam?? 🙂

* Sentuh sikit pecahan hukum dalam Islam : Wajib adalah pada ibadah yang tertentu je tapi mesti buat..Kalau tak buat berdosa besar..Kalau sunat takpe,boleh tinggalkan..Macam exam jugak..Ada soalan yang boleh pilih dan ada soalan yang tak boleh pilih..Soalan wajib,pelajar mesti jawab..Kalau tak jawab,’comfirm’ keputusan teruk !! Kalau ibadah wajib kita rasa kita dapat skor,takpelah kalau nak tinggalkan ibadah sunat..Tapi rugilah sebab Allah dah ‘offer’ nak bagi bonus percuma,kita tolak mentah-mentah..Ibadah wajib tetap kena buat walau apa keadaan sekalipun..Ibadah sunat ni bertujuan melengkapkan apa-apa yang kurang dalam ibadah wajib..Harus pulak,kalau kita buat dapat pahala tapi kalau kita tinggalkan takde apa-apa..Contohnya,bersalam dengan orang bukan Islam (majalah Asuh)..Kalau makruh,bila kita buat tak berdosa,bila tak buat pulak takde apa-apa..Macam ambil wudhuk lebih dari 3 kali tu..Hukum haram ni pulak maknanya tak boleh buat,kalau buat,berdosalah jawabnya..Contoh paling senang,tak boleh mendekati zina dan tak boleh minum arak..

*Kenapa pulak ada solat berjemaah sedangkan perbuatan dalam solat sendirian dengan solat berjemaah tu sama je.. : Orang solat berjemaah ni dapat 27 kali ganda pahala daripada orang solat sendirian..Memang lazim,orang yang buat kerja secara ramai,dapat pahala banyak..Yelah,bila ramai orang,dapat buat banyak kerja dalam satu masa..Dapat pahala banyak ni,sebab orang tu berusaha lebih..Kalau solat kat masjid,nak pergi masjid tu pun satu hal..Dah sampai tu,jumpa pulak ramai orang..Kita senyum dan salam..Lepas tu,kalau bergaduh pun terpaksa buang ego masing-masing waktu bersalaman..Dapat tambah kenalan dan silaturrahim  yang dah terputus pun boleh terjalin semula..Kalau kat kawasan kejiranan,yang selalu pergi masjid ni ‘confirm’ cam muka antara satu sama lain..Mana taknya,dah selalu jumpa kat masjid..sama-sama bertadarus,berborak,dan saling menasihati (selesai masalah)..Bila solat jemaah,ada banyak saf jadi,masa rukuk memang akan hilang ego kat dalam diri orang tu..Sebabnya,bila kita rukuk,punggung orang depan dengan kepala kita sama kedudukan..Sebab tu tak boleh buang angin !! Begitulah jugak halnya dengan sujud..Masa sujud,kepala yang mulia kita letakkan atas tanah dan sama kedudukan dengan kaki orang kat depan..Solat berjemaah ni lambang kesatuan ummah..Allah ada kata,bagi merapatkan hati-hati kamu,betulkanlah barisan kamu dalam solat,bahu bertemu bahu..Dalam solat berjemaah,ada jugak konsep kepimpinan..Bila imam buat salah,kita boleh tegur..Tegur pulak dengan cara yang baik,sebut nama Allah lagi tu dan imam kenalah terima

Leave a comment »