**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

3-Mari Mengaji

on March 25, 2009

..dan bacalah Al-Quran itu secara tartil..

Surah Muzzammil:4

Al-Quran

Al-Quran

Ana teringat pesanan Kak Sa’dah ketika kami dalam perjalanan ke Universiti Islam Antarabangsa(UIA) tahun lepas.”Sebagai naqibah,benda paling asas yang kita kena ada ialah boleh membaca Al-Quran dengan baik,dengan betul,tahu hukum-hukum tajwid..Kalo benda asas ni takde,memanglah satu kerugian yang amat besar..faham??”terang Kak Sa’dah.Ana dan Fatin yang menjadi pendengar setia tersenyum dan mengangguk tanda setuju.(Hmm,naqibah kami ini kerap menyertai dan memenangi pertandingan taranum..jejak langkahnya dituruti oleh ahli usrah kami,Husna)

Di Jordan,tidak banyak peluang untuk bertalaqi Al-Quran dengan Sheikh-sheikh di sini berbanding di Mesir.Maka kami di bahagian akhawat berusaha mencari alternatif lain bagi memastikan kami dapat memperbaiki bacaan masing-masing.Akhirnya,kami menyertai Jami’ah Al-Quran yang disarankan oleh seniors kami yang terdahulu.(Asalnya,tempat tu madrasah..kiranya,untuk pelajar sekolah rendah lah) Ada 3 peringkat yang akan kami lalui.Untuk naik ke peringkat yang seterusnya,ada imtihan yang perlu diambil.Lulus,lepas.Gagal,mengulanglah jawabnye..Kelas diadakan setiap hari Khamis selepas habis kuliah di Jami’ah.Letih tak letih,nak tak nak,ilmu itu lebih utama 🙂 Lagipun,ni je ruang dan peluang yang kami ada..

SEMALAM

Hari ni macam serba tak kena.Habis imtihan dan kuliah,terus je ‘menonong’ balik rumah.Lepas solat Zohor dengan Farhana,ana segera ke destinasi seterusnya,Cyber Café!!(bawah rumah je pun 😉)Kononnya nak tunggu adik-adik online dan cari sikit informasi yang mungkin boleh membantu program Karnival Sukan Mahasiswa( KARISMA),tapi macam takde je so,kembalilah semula ke Bayt Redzuan tercinta.(Allah,apa masalahnya dengan hari ni??)

Kami lewat!!Sampai je kat Jami’ah Al-Quran,sahabat-sahabat lain dah menunggu.(sebenarnya kami ada SMS mereka untuk tanya sama ada hari ni ada kelas atau tak tapi,tak berbalas..hmm).Ustazah Iman terus memulakan pembelajaran berdasarkan Kitab Al-Munir(kitab tajwid yang turut kami gunakan di jami’ah).Hari ni,kami belajar berkaitan Al-Isti’azah yakni kalimah ‘a’uzubillah hi minasy syaitonirrojim’.Bagaimana cara untuk membaca kalimah ini bersama kalimah basmalah;’bismillah hirrohma nirrohim’ di awal surah??Kita ada 3 item di sini.Yang pertama,kalimah isti’azah..kedua,kalimah basmalah..ketiga,surah(mana-mana surah dalam Al-Quran).Maka dengan ini diisytiharkan cara-caranya 😉 iaitu:

1-قطع الجميع : Membaca isti’azah,membaca basmalah,membaca surah

2-وصل الجميع : Membaca isti’azah,basmalah,dan surah (secara bersambung dengan satu nafas..fewh 🙂)

3-قطع الأول,و وصل الثاني بالثالث : Membaca isti’azah,membaca basmalah dan surah

4-وصل الأول بالثاني,و قطع الثاني عن الثالث : Membaca isti’azah dan basmalah,membaca surah

Iman(kami tak panggil ustazah pun 😉)menerangkan dengan cara memberi contoh setiap daripada yang di atas.Mula-mula,Iman baca,kemudian barulah kami mengikut.Setelah mengulang beberapa kali,Iman meminta sesiapa antara kami untuk ‘volunteer’ mencuba.Dan ana memilih untuk menjadi orang yang pertama(sebagai hukuman kepada diri sendiri sebab datang kelas lambat 😉 ish,ish..)

Ana banyak ditegur dengan kesalahan makhraj huruf ‘خ’.Selagi tak betul,selagi tu tak boleh beralih ke ayat yang lain.(ponek lak aii 🙂)Seterusnya sahabat-sahabat lain pula mencuba.Alhamdulillah,ok je.Iman pernah memuji yang bacaan orang Malaysia sedap,bagus,dan kebanyakannya lebih baik dari orang Arab sendiri.Cuma masalah yang agak ketara hanyalah dari segi makhraj huruf-huruf tertentu sahaja.Betul,betul,betul 🙂

Hari ni,Iman balik awal sebab ada hal.Kami tak boleh balik dulu sebab ustazah dari kelas yang lagi satu akan ke kelas kami sekejap untuk mendengar bacaan setiap daripada kami.(Allah,cuaknye!!).Tapi tak banyak pun kena baca,ada yang kena baca 3 ayat je,ada yang 2 ayat je.Kak Kamilah bacaannya ‘helwah’ di bahagian mad,Kak Shaharina di bahagian idgham.Kak Hajar pula dipuji sebab makhraj hurufnya yang jelas,betul dan bagus.Ustazah terus berselawat (kagum dan gembira kot..) apabila dimaklumkan yang Kak Hafizah sudah pun menghafaz 30 juzu’ Al-Quran(Kak Hafizah dan Kak Hajar merupakan lepasan Darul Quran..seniors kami yang dahulu pun sama 🙂 ).Tiba-tiba ana perasan ada air mata menitis.Ya Allah,memang betul-betul tak sedar dan tak sengaja.Nak tau kenapa??Sebab bacaan Kak Hafizah sedaaaaap sangat,sama dengan Along Nina,Alang Izzati,dan Kalthum.(Rindunya achik kat kalian 🙂 ).Dan orang pertama yang balik dari kelas ialah,tak lain dan tak bukan,ana!!hee~

Advertisements

2 responses to “3-Mari Mengaji

  1. Shahinas says:

    Assalamualaikum,

    saya ingin tahu di mana boleh cari guru ajar al quran untuk anak saya umur 4 tahun di sekitar gemencheh negeri sembilan?
    Wassalam

  2. afifahazam says:

    Shahinas ;

    wslm wbrkth
    sudah lama tak pulang ke Malaysia jadi kurang tahu dengan tepat
    insha allah nanti akan cuba ditanya2kan kepada yang lain di Malaysia 🙂 ~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: