**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

7-Bahasa Inggeris = Bahasa Arab ??

“Kak Hajar,orang Arab ni terror jugak English ek?Bukanlah tak tau sangat kan?”ana bertanya.Kak Hajar pun menerangkan yang Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab lebih kurang je nahu dan sorof nye (grammar atau tatabahasa).Cumanya,Bahasa Arab ada banyak kelebihan,maklumlah,bahasa syurga.Kalau di SHAMS dulu pun,Ustazah Syakirah banyak menggunakan Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu bila mengajar kami Bahasa Arab.”Lebih mudah dan tercapai maksud,”katanya.Semasa PITT pulak,Dr.Razak yang merupakan pakar dalam Bahasa Arab,banyak ‘merendah-rendahkan’ Bahasa Inggeris (main-main kot 🙂 ).Kami sekadar senyum je lah sebab memang sah-sah kami belajar semua mata pelajaran SPM dulu dalam Bahasa Inggeris kecuali mata pelajaran Bahasa Melayu jadi,KAMI TAK BERSALAH 🙂

Salah satu madah kami fasal ni ialah,English 1.Kak Wa sarankan kami ambil dengan Dr.Mahar.”Dia tegas sikit tapi bagus..insha allah bila dia ajar,faham je,”cadang Kak Wa.Kelas kami setiap hari Ahad,Selasa,Khamis pukul 12 tengah hari-1 petang di 105.Kami berempat je Melayu 🙂

bahasa inggeris = bahasa arab ??

bahasa inggeris = bahasa arab ??

HARI PERTAMA

Kami selalu jadi orang yang pertama ke kelas 🙂 kemudian,barulah pelajar-pelajar Arab lain masuk.Tunggu punya tunggu,masuklah seorang wanita cilik yang cantik,hehe..Haa??Dr.Mahar ni perempuan rupanya!!Ingatkan lelaki (punyalah cuak..) Dr.Mahar ok je,beliau pandai menerangkan sesuatu dengan jelas sambil TERSENYUM.Tapi,Dr.Mahar tak banyak pun ‘speaking’ Bahasa Inggeris,Bahasa Arab ‘Ammiah lebih banyak digunakan.Hmm,musykil,musykil..Sebab apa ana kata orang Arab bagus Bahasa Inggeris?Haa,itu yang kita tak tau!!Maka di sinilah penjelasannya 🙂 :

Kebanyakan seniors kami mengatakan yang antara kelebihan kami di sini ialah kemahiran berBahasa Inggeris.”Nak dibandingkan dengan orang Arab,macam langit dengan bumi..tapi,yang memang amik kursus Bahasa Inggeris tu lain cerita lah,”begitulah kiranya.Maka kami pun percayalah seadanya.Dan kami sebenarnya sangat bersetuju sebab hanya 2 je orang Arab yang kami jumpa sangat mahir berBahasa Inggeris.

Yang pertama,Ra’ed;beliau memang mengambil kursus Bahasa Inggeris di Jami’ah Mu’tah dulu dan bakal melanjutkan pengajian di salah satu universiti di Malaysia 🙂.Beliau hadir ke Wisma Negeri Sembilan tahun lepas bagi program pra-KOMIS 6 (Konvensyen Mahasiswa Islam) dan berBahasa Arab Fushahah.Yang kedua,Muhammad kot nama dia 🙂 Belajar di Malaysia,bekerja di Malaysia,dan fasih berbahasa Melayu selain Bahasa Inggeris (dan Bahasa Arab lah..).Beliau mengadakan pertemuan dengan mahasiswa Malaysia di Jami’ah Mu’tah bagi tujuan perniagaan (rasanya..),bertanyakan perkembangan,dan memberikan sedikit motivasi 🙂

Tapi sebenarnya,pelajar Arab sangat mahir dalam ‘Grammar’.Semuanya insha allah mereka boleh jelaskan dengan teliti.Mereka tak pasif di dalam kelas sampaikan kami sendiri susah nak dapat peluang bermusyarakah.Semuanya aktif bertanya dan menjawab.Hmm,ini pengalaman kami 🙂 tak taulah pengalaman orang lain pulak..Kelemahan mereka cuma,SPEAKING AND PRONUNCIATION!!kekadang rasa kelakar kalau dengar (hee~jahat ke??)..

3 Comments »

6-Leganya Dah Habis Imtihan

Ana ambil 5 madah untuk fasal thani ni;English 1,Usul Fiqh 1,Tilawah 1,Aqidah 1,Ulum Hadis (takde 1 🙂 )..Misi utama,seimbangkan mu’adal(ala-ala pointer lah..) dan bersedia mempraktikkan ilmu!!

18 RABIULAWAL-27 RABIULAWAL 1430H (15 MARCH-24 MARCH 2009M)

Tilawah 1 rasa macam sepanjang fasal je imtihan 🙂 sebabnya,Dr.Amir Mulahamah kami sangat sistematik..Setiap hari Khamis kena tasmi’ sekurang-kurangnya 2 surah (macam Fardhu ‘Ain kat SHAMS pulak)..Masuk je kelas,Dr.Amir akan ulang dan tanya balik apa-apa yang kami belajar dalam kelas sebelum ni..Jadi,nak tak nak,BE WELL PREPARED!!”Fi musykilah..ayyu su al ‘Afifah?”tanya Dr.Amir.Allah,asal bahagian bertanya soalan je,ana jugak yang kena!Hmm..”Fahimti ya Nur Akmal?”giliran Kak Akma pulak,hee~..

Selesai je imtihan Tilawah 1,Aqidah 1 pulak menyusul bersama Dr.Ra’ud yang mempunyai ciri-ciri kebapaan yang menyerlah 🙂 Kami sama-sama membuat persediaan sebelum imtihan bersama sahabat-sahabat dari Thailand (‘study group’,pembentangan,dan perbincangan)..Hari imtihan,Dr.Ra’ud lewat pulak..”Aik,imtihan batal ke?”ana meletakkan harapan 😉 (cuak sebenarnye..)“Ok,kita imtihan kat tempat lain,Mudarraj 7,”tiba-tiba Dr.Ra’ud muncul dari belakang.Allah,nasib baik tak gugur jantung…Dah,dah,jangan nak mengelak ye..pesanan penaja à ::Selamat Menghadapi Imtihan ::

Read the rest of this entry »

Leave a comment »

5-Jom Gotong-Royong

“Air naik!!”Kak Paan melaung dari luar rumah.”Ye ke??alhamdulillah,”serentak kami semua membalas.Ini adalah saat yang paling menyeronokkan dalam hidup mahasiswa Jordan 🙂 Bila air naik bermakna,akan penuhlah tangki air rumah masing-masing.Macam-macam perkara lah yang dapat diselesaikan.Contohnya,isi air dalam botol(untuk simpanan),basuh baju,kemas dapur,kemas rumah,mandi,dan basuh tangga 😉 Kesimpulannya,OPS TANGGA Bayt Redzuan akan bermula!!(operasi hari ini dinamakan operasi tangga kerana membersihkan tangga adalah yang pertama dan utama 🙂 hee~)

“Ifah,jom tolong akak basuh tangga,”Kak Paan mengajak.(Ana je yang belum pernah belajar basuh tangga kot,aduuh..3 tingkat tu)Ana pun menyiapkan barang-barang yang diperlukan.2 baldi dan 2 berus panjang(tak tau lah nak panggil apa 🙂).Tapi,bukannya ana yang basuh,Kak Paan dengan Kak Hajar yang buat.Ana tukang tengok je (eh tak lah..tolong isi dan paskan air).Yang pasti,air basuhan tangga memang hitam (yuks!!).Orang lain buat kotor,kami tukang bersihkan,macam mana tu??”Ifah ingat tau!Kitorang dah takde nanti,jangan lupa basuh tangga selalu,”pesan Kak Hajar.Okai 😉

Sementara tunggu air dalam baldi penuh,ana sapu bahagian ruang tamu rumah (memang ‘turn’ ana menyapu pun hari ni 🙂).Untuk pengetahuan semua,di Jordan hanya ada penyapu yang ‘sangatlah tinggi’,jadi bersiap sedialah untuk sakit pinggang sekali-sekala 🙂.Yang lain-lain buat apa ye??Hmm,Kak Wa dan Kak Akma,basuh baju..Faiz,kemas bilik kot..Farhana takde rumah hari ni.Bila rumah dah settle,giliran bilik masing-masing pulak.Pertama,sapu..kedua,kemas..ketiga,ubah susunan..Suasana baru untuk semangat yang baru!! (owh yeh??)

apa yang penting??kerjesamaaaaa

apa yang penting??kerjesamaaaaa

Leave a comment »

4-Family First??

“Family is one of the thing that everyone can relate to”

Susah,senang dikongsi bersama.Sedih,gembira,ditanggung semua.Macam mana pulak kalau ada banyak keluarga ye??Keluarga angkat lah tapi 🙂

UMI,BABA,KAKAK,WAWA,JAJA,IJOI

Ana keluar hostel sewaktu pertengahan tahun 2005 dan masuk semula sewaktu akhir tahun 2006.Alasan keluar,kesihatan tidak mengizinkan.Alasan kembali,amanah sebagai pimpinan menanti.Hmm,macam-macam..

Tahun 2006,dorm ana bersebelahan dengan dorm kakak.Hanya loker yang memisahkan,kalo pandai menyelit,lepaslah ke dorm sebelah 🙂 Kebanyakan waktu ana dipenuhi dengan study dan tugas sebagai pimpinan.Jadi,kakak selalu lah menawarkan diri untuk membantu menguruskan hal-hal lain terutamanya,BASUH BAJU!!hee~Lihat,senang kan ukhwah tu terjalin??Kekadang hanya kerana perkara yang remeh-temeh je pun..

..saya sentiasa berusaha untuk menjalinkan ukhwah dengan orang lain..

Abbas As-Sisi:Bagaimana Menyentuh Hati

Sejak itu,kami terus rapat sehingga ke hari ini.Banyak perkara yang kami kongsi bersama.(Bak kata Sakinah,sharing is loving)Umi,seorang yang pemurah,peramah dan sering juga merujuk ana lebih-lebih lagi hal berkaitan kakak 😉 Baba,seorang yang sentiasa sibuk,sekali sekala sahaja kami berbual-bual..Wawa,lagaknya macam orang dewasa..Jaja,ringan tangan dan lemah lembut..Ijoi,mulutnya selalu petah berkata-kata..

 

ukhwaH

ukhwaH

UMI,AYAH,ALONG,ANGAH,QILAH,YUSRA,NAIM

Tahun 2007,Along bagitau yang Qilah akan sambung Tingkatan 1 di SHAMS dan akan tinggal di hostel.”Along tak nak join sekali ke duduk hostel??”ana mengusik.Along segera menggeleng tidak setuju.Kebetulan,Qilah ditempatkan satu dorm dengan ana jadi,kebanyakan perkara,ana lah tempat rujukan Qilah dan keluarga.Sehinggalah akhirnya,Qilah memilih untuk duduk di luar.Hmm,Qilah,Qilah 🙂

Read the rest of this entry »

3 Comments »

3-Mari Mengaji

..dan bacalah Al-Quran itu secara tartil..

Surah Muzzammil:4

Al-Quran

Al-Quran

Ana teringat pesanan Kak Sa’dah ketika kami dalam perjalanan ke Universiti Islam Antarabangsa(UIA) tahun lepas.”Sebagai naqibah,benda paling asas yang kita kena ada ialah boleh membaca Al-Quran dengan baik,dengan betul,tahu hukum-hukum tajwid..Kalo benda asas ni takde,memanglah satu kerugian yang amat besar..faham??”terang Kak Sa’dah.Ana dan Fatin yang menjadi pendengar setia tersenyum dan mengangguk tanda setuju.(Hmm,naqibah kami ini kerap menyertai dan memenangi pertandingan taranum..jejak langkahnya dituruti oleh ahli usrah kami,Husna)

Di Jordan,tidak banyak peluang untuk bertalaqi Al-Quran dengan Sheikh-sheikh di sini berbanding di Mesir.Maka kami di bahagian akhawat berusaha mencari alternatif lain bagi memastikan kami dapat memperbaiki bacaan masing-masing.Akhirnya,kami menyertai Jami’ah Al-Quran yang disarankan oleh seniors kami yang terdahulu.(Asalnya,tempat tu madrasah..kiranya,untuk pelajar sekolah rendah lah) Ada 3 peringkat yang akan kami lalui.Untuk naik ke peringkat yang seterusnya,ada imtihan yang perlu diambil.Lulus,lepas.Gagal,mengulanglah jawabnye..Kelas diadakan setiap hari Khamis selepas habis kuliah di Jami’ah.Letih tak letih,nak tak nak,ilmu itu lebih utama 🙂 Lagipun,ni je ruang dan peluang yang kami ada..

SEMALAM

Hari ni macam serba tak kena.Habis imtihan dan kuliah,terus je ‘menonong’ balik rumah.Lepas solat Zohor dengan Farhana,ana segera ke destinasi seterusnya,Cyber Café!!(bawah rumah je pun 😉)Kononnya nak tunggu adik-adik online dan cari sikit informasi yang mungkin boleh membantu program Karnival Sukan Mahasiswa( KARISMA),tapi macam takde je so,kembalilah semula ke Bayt Redzuan tercinta.(Allah,apa masalahnya dengan hari ni??)

Kami lewat!!Sampai je kat Jami’ah Al-Quran,sahabat-sahabat lain dah menunggu.(sebenarnya kami ada SMS mereka untuk tanya sama ada hari ni ada kelas atau tak tapi,tak berbalas..hmm).Ustazah Iman terus memulakan pembelajaran berdasarkan Kitab Al-Munir(kitab tajwid yang turut kami gunakan di jami’ah).Hari ni,kami belajar berkaitan Al-Isti’azah yakni kalimah ‘a’uzubillah hi minasy syaitonirrojim’.Bagaimana cara untuk membaca kalimah ini bersama kalimah basmalah;’bismillah hirrohma nirrohim’ di awal surah??Kita ada 3 item di sini.Yang pertama,kalimah isti’azah..kedua,kalimah basmalah..ketiga,surah(mana-mana surah dalam Al-Quran).Maka dengan ini diisytiharkan cara-caranya 😉 iaitu:

Read the rest of this entry »

2 Comments »