**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

Sekolah Baru,Suasana Baru

on February 10, 2009

Awalnya ana bangun hari ini!!

Lazimnya,paling awal ana bangun pun jam 4 pagi..Tapi hari ni,dengan SMS yang masuk tak henti-henti menyukarkan ana untuk terus melelapkan mata..Natijahnya,sebelum jam 4 pagi lagi ana dah terjaga..Hmm,syukran lakum atas ingatan kalian di hari ulang tahun ana yang ke-19 ni..Hendaknya Allah berkati umur yang tiba dan telah lalu,insha allah.

Hari ini juga dua adik usrah ana akan berpindah dari SMKA SHAMS tercinta..Syazwani Romeli dan Afiqah Aisyah memilih untuk ke SBP;Sekolah Menengah Sains Seri Puteri,Kuala Lumpur setelah cemerlang dalam PMR yang lalu..Sebenarnya,berat hati ana untuk bersetuju dengan keputusan mereka tapi apakan daya,ini pilihan masing-masing dan demi masa depan akademik mereka sendiri.Ya benar, pada ana ini hanya sekadar soal akademik bukannya soal tarbiyah yang bakal mereka terima di tempat baru..Sungguh ana sangat risau akan hal ini..Apa yang mereka bakal hadapi??Siapa yang mereka boleh rujuk??Bolehkah mereka sekurang-kurangnya istiqomah dengan apa-apa yang telah mereka terima di bumi tarbiyah,SMKA SHAMS itu??Tiba-tiba ’handphone’ ana berbunyi lagi..SMS dari Wani rupanya : Alamak kakchik,ada problem besar!!kitorang satu dorm dengan non-muslim!!macam mana ekk??boleh bukak tudung tak??

Ana menyalahkan diri sendiri kerana tidak membuat sedikit rujukan berkaitan sekolah baru mereka (maaf ye dik,lupa sangat-sangat =s) Setahu ana,batas aurat wanita muslim dengan wanita non-muslim sama dengan batas aurat wanita muslim dengan lelaki bukan mahramnya.Betul tak??Jadi macam mana tu??Ana terus menghubungi Wani dan Fiqah.Owh,rupa-rupanya mereka sedang mendengar taklimat.Ana memberikan sedikit penerangan dan penjelasan pada mereka secara ringkas.Ana berjanji akan menghubungi mereka semula sekejap lagi selepas ana membuat sedikit rujukan atau bertanyakan mereka yang lebih arif dengan syarat,mereka menumpukan perhatian sepenuhnya dalam taklimat sekolah baru mereka.Ana terfikir untuk menghubungi Murabbi ana di SMKA SHAMS dahulu,Ustazah Syakirah.Ustazah memahami ana dan turut mengenali adik-adik usrah ana kerana beliau sendiri adalah antara tempat rujukan utama ana di sekolah dahulu.

“Assalamu’alaikum ustazah,fifah ni,ustazah sihat?maaf mengganggu,ustazah sibuk ke??”ana memulakan perbualan.Suara ustazah kedengaran sangat gembira menerima panggilan dari ana.”Sebenarnya,fifah nak tanya ustazah satu soalan ni..Ustazah ingat Wani dan Fiqah tak?Adik usrah fifah masa Form 5 dulu tu..”ana memberikan sedikit gambaran.Kemudian barulah ana terus mengajukan pertanyaan berkaitan masalah mereka di sekolah baru tersebut.Ustazah sedikit terkejut kerana tidak menyangka yang Wani dan Fiqah masih menghubungi ana  hingga ke hari ini 🙂 Lantas ustazah memberikan 3 pendapat berdasarkan hasil pembacaan beliau.Antaranya berdasarkan peristiwa yang berlaku di zaman Sayyidina Umar dahulu,riwayat dari Ibnu Abbas,dan pendapat Sheikh Abu ‘Ala Almaududi.(Ana tidak berani untuk memberi penjelasan kerana ana takut tersilap dengar ataupun salah faham).Alhamdulillah,terima kasih ustazah.Sekurangnya-kurangnya ana dapat memberikan jawapan segera kepada Wani dan Fiqah sebelum ana mengkaji sendiri selepas kuliah hari ini.Sempat ustazah mengingatkan ana sesuatu,”Fifah pun jangan lupa rujuk semula tau sebab ustazah rasa fifah harus lebih tahu dari ustazah..Fifah kan ambil kursus syariah..”Tersenyum ana mendengarnya.Insha allah ustazah,ana akan cuba 🙂

“Allah,kredit dah habis lah pulak!!Tak cukup ni nak call,SMS je lah nampaknya..”dengus hati ana.Ana menjelaskan kepada Wani melalui SMS sahaja.Ana merasakan pendapat yang ke-3 lebih sesuai untuk situasi Wani dan Fiqah.”Boleh je buka sekadarnya kalo kita yakin dia baik dan takkan mengaibkan kita sebagai Muslim..Tapi buat masa ni,jagalah dulu,kenal dia dulu..”Ana membuat sedikit kesimpulan ringkas.”Alah kakchik,susahnya..Wani tengok dia baik je..”.Ana sedikit kecewa mendengarkan respon sebegitu.Ana terus menegur serta mengingatkan Wani dan Fiqah beberapa perkara lain dan berkaitan.Pada awalnya,Wani tidak membalas pun SMS teguran ana  itu.Agaknya,dia terasa maklumlah adik ana yang seorang ni memang agak sensitif.Ana menghantar SMS lain untuk memujuk dan menyatakan harapan ana kepada mereka.”Insha allah Wani dan Fiqah akan cuba sebaiknya..Kakchik janganlah risau..terima kasih banyak tau!!”balas Wani.Lega ana mendengarnya.

Ana bertekad untuk membuat sedikit rujukan hari ini.Bertanya,mencari,dan sebagainya.Yang pasti,kita tidak boleh taqlid semata-mata.Ya allah,bimbinglah kami setiap masa dan ketika ^_^

::wani baru bagitau semalam yang dia dah tukar dorm..alhamdulillah..excited dia bercerita pertandingan hafazan sulungnya ^_^ wani,wani 😉 cuma dorm fiqah je yang tak berubah lagi::

 

::wani,jaja,mizah,fiqah,atin,na'eimah::

::wani,jaja,mizah,fiqah,atin,na'eimah::


Advertisements

4 responses to “Sekolah Baru,Suasana Baru

  1. ummahfia says:

    Sangat menarik. Bagi saya inilah yang saya namakan QUDWAH. Tak kira jarak mana sekalipun, anda kekal sebagai seorang naqibah yang sangat open-minded dan proaktif.

    Kita memerlukan ramai nuqoba’ seperti ini.

    Memetik kata-kata presiden ISMA, seorang murabbi yang mahir faham bahawa dalam urusan tarbiah ia sebenarnya berhadapan dengan tindak-tanduk nafsu anak buahnya. Ia harus memiliki kemahiran bagaimana selok belok mengendalikan tindak tanduk yang lahir dari berbagai tindakbalas nafsu.

    Jika ia tidak faham atau tidak punya pengalaman mustahil murabbi itu akan berjaya dalam tugasnya mentarbiah anak buahnya.

    Kita ambil satu contoh daripada tadi. Anak buah anda mengutamakan akademik tanpa memandang aspek tarbiyah.

    Jawapan saya, BIARKAN. Beri SOKONGAN.

    Bukanlah salah kita yang berkaca mata TARBIYAH ini jika mereka mengutamakan AKADEMIK. Itu sudah menjadi petanda, mereka sendiri KUAT untuk berhubung dengan anda, sebenarnya jiwa mereka MENERIMA tarbiyah secara mendalam.

    Bukanlah di sini saya maksudkan untuk manjakan nafsu mereka.

    Tetapi kita hormati KEINGINAN mereka. Inilah ramuan dakwah kita yang perlu kita wujudkan hari ini, memberi impak dengan kesan yang sangat lama. Percayalah.

    Mereka SEDANG memahami hakikatnya.

    Bukankah itu tanda kasih sayang, harapan seorang murabbi? Teruskan keep in contact dengan mereka.

    Satu pesanan,

    Murabbi yang benar akan membawa anak buahnya kepada Allah, menikmati ketenangan abadi yang tidak ada tolak bandingnya. Ia merupakan satu pendakian menuju rida dan itmi’nan (rela dan ketenangan hati). Dari satu nafsu yang ammarah dan munafik kepada nafsu yang rela dan tenang.

    Wallahu a’lam

  2. afifahazam says:

    berjalan,melihat,mentafsir..kekadang kita perlu untuk memberi berbanding selalu menerima..terima kasih atas saranan 😉

  3. nurul atiqah says:

    assalamualikum achik..i am really2 hope that i can cntact u..

  4. afifahazam says:

    nurul atiqah ;

    wslm wbrkth dik..me t00 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: