**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

::maK..abaH::

on December 20, 2008

INDAHNYA HIDUP BERSAMA MAK DAN ABAH

..To Mak and Abah for presenting a mirror of inspiration;THANK YOU for who I am and for all the things I am not ,FORGIVE me for all the words unsaid,for the times I forgot and for not making right..Mak,Abah I hope you are happy with my life,how I have changed along the way,and I know you believed in all of my dreams..and I owe it all to both of you,Mak and Abah..

Sebagai lepasan SPM,masa saya banyak dihabiskan bersama keluarga.Terfikir untuk berkerja namun nasihat Kakteh,inilah masanya saya berkhidmat untuk Mak dan Abah.Hari demi hari,saya akui itulah yang terbaik untuk saya lakukan.Kini saya sudah arif dengan jadual harian Mak.Sebaik sahaja celik mata,sehinggalah mata galak Mak itu dipejam kembali.Membantu Mak menyelesaikan kerja-kerja di rumah bukan lagi perkara yang berat untuk saya laksanakan.Satu kepuasan buat saya apabila dapat bersama-sama Mak melakukan solat sunat Dhuha,berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis,menjemput adik-adik dari sekolah,dan bersarapan.Sedari saya kecil sehingga kini,Mak masih tidak jemu untuk bangun seketika dari lenanya untuk memastikan saya sudah nyenyak.Bukan saya sahaja,bahkan adik-beradik yang lain juga begitu.Kekadang,Mak yang memadamkan lampu bilik,menyelimutkan yang kesejukan,dan mengemas barang-barang yang tidak tersusun.Entahlah,sukar untuk saya jelaskan dari mana datangnya kekuatan dalam diri Mak.Adakah saya juga akan menjadi ibu yang seperti itu kelak?

Bagaimana pula dengan abah ya?Hmm..Abah balik sekejap malam tadi.Abah sedang menghadiri kursus JUSA C selama sebulan di luar Seremban dan ketiadaan Abah di rumah bukan perkara asing bagi saya.Pada saya,boleh dikira dengan jari berapa kali saya bertemu dengan ayah sendiri dalam seminggu.Mahu tak mahu,saya harus memahami kerna Abah lakukan semua itu untuk kebaikan kami sekeluarga.Hanya Mak yang mengerti segalanya tentang Abah.Abah meminta saya membantunya menyiapkan beberapa ‘assignment’ kursus tersebut dan itu bukan sesuatu yang sukar bagi saya.Malahan saya berbangga memiliki Abah yang tidak pernah jemu menuntut ilmu bahkan tidak pula segan meminta bantuan orang yang lebih arif.Tidak kiralah orang tersebut lebih muda darinya,orang bawahannya ataupun anak-anaknya sendiri.Lagipun Abah sendiri bukanlah seorang yang lokek untuk berkongsi ilmu.Jika dalam hal sebegini Abah tidak lokek,apatah lagi hal-hal lain.Ada sahaja buah tangan yang akan diberi kepada kami sekeluarga,saudara-mara,sahabat-sahabat,dan pekerja-pekerja Abah sekembalinya Abah dari urusan di luar Seremban.

Mak dan Abah sebenarnya jarang sekali banyak berbicara dan kekadang keadaan itu menyukarkan saya.Ah,memang saya belum lagi memahami Mak dan Abah.Namun saya akui,personaliti saya sendiri hampir menyamai Mak dan Abah.Itu hakikat yang saya tidak akan dapat nafikan sampai bila-bila pun..Sungguh saya katakan,tiada sesiapa yang mampu menggantikan tempat Mak dan Abah di hati saya.Sebanyak dan seteruk manapun kesalahan yang pernah saya lakukan,Mak dan Abah tidak pernah tidak memberi saya peluang kedua.Jika ada perkara baik yang saya lakukan,pasti Mak dan Abah bersedia memberikan ganjaran.Bahkan Mak dan Abah tidak pernah berhenti mendo’akan yang terbaik buat saya dan adik-beradik yang lain.Seandainya kami beroleh kejayaan,salah satu faktornya adalah Mak dan Abah sendiri.Huh,mampukah saya untuk bersikap sedemikian rupa?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: