**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

He knows better

on December 20, 2008

DIA LEBIH MENGETAHUI

Ahad yang lalu saya keluar untuk bertemu sahabat-sahabat lama dari SMKA SHAMS.Kami berjanji untuk berkumpul di Seremban Parade dan ini bermakna sudah 3 kali saya turun ke bandar Seremban dalam tempoh seminggu.Namun saya harap kekerapan saya ke bandar bukanlah sekadar membuang masa.

“Demi masa.Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati dengan kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran”..Al-‘Asr:1-3

Saya dan Fatin tiba di sana beberapa minit sebelum jam 11 pagi.Kami sempat bertanyakan perkembangan masing-masing sebelum Sarah sampai beberapa minit kemudian.Hmm,berdasarkan perbualan kami berdua,benarlah janji Allah:

“Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu,dan akan Kami uji perihal kamu”..Muhammad:31

Biarlah hanya kami berdua mengetahui isi perbincangan tersebut.Jelaslah bahawa setiap daripada muslim yang berusaha mengabdikan dirinya di jalan Allah pasti akan menemui sekecil-kecil ujian sehinggalah sehebat-hebat dugaan.Semoga kami berdua mampu menghadapinya kerana sedar atau tidak,ramai yang gagal melepasi ujian Allah.

Kami bertujuh telah berkumpul di Seremban Parade namun masih menanti kedatangan Kak Sa’dah yang berjanji untuk bertemu kami sebelum kami menyambung pengajian masing-masing.Sementara itu,kami membeli makanan tengah hari masing-masing.Bila ramai-ramai begini,lazimnya tidak banyak wang yang kami belanjakan kerana masing-masing tidak kisah untuk berkongsi wang,makanan,mahupun minuman.Itulah indahnya ukhwah yang terbina atas dasar iman.Kerna itu kami agak ralat hanya bertujuh tanpa kehadiran Aminah,Liyana,Husna,dan Syazwani.

Kehadiran Kak Sa’dah mematikan perbualan dan gurauan kami.Kek dan hadiah yang dibawa bersama sudah kami teka penerimanya.Pastilah milik pasangan kembar,Najibah dan Najihah yang genap 18 tahun Sabtu lalu.Itulah Kak Sa’dah yang kami kenal dari dulu sehingga sekarang yang tidak pernah berkira sedikitpun dengan kami.Sebelum kami makan tengah hari bersama,Kak Sa’dah telah bersedia dengan pengisian untuk kami bertujuh sebagai hidangan pembuka selera.

Tersenyum simpul kami apabila Kak Sa’dah menceritakan cara Rasulullah s.a.w. berbicara dengan para sahabat baginda.Baginda akan bercakap dengan lemah-lembut,melihat mata sahabat,menyentuh bahu atau memegang tangan sahabat,dan memanggil sahabat dengan gelaran yang mereka senangi.Jikalau ada sahabat yang melakukan kesalahan,baginda tegur dengan berhemah,bersesuaian dengan personaliti mereka.Bukanlah lucu,cumanya kami sebenarnya mentertawakan diri sendiri kerna kami jarang berbuat demikian.Sungguh mulia akhlak Nabi s.a.w.Tidak hairanlah Aisyah menjawab persoalan seorang sahabat Nabi tentang akhlak baginda dengan menyatakan bahawa akhlak Nabi adalah akhlak Al-Quran.

Akhlak Nabi turut menjadi punca utama seorang kafir memeluk Islam.Ingat lagi kisah da’wah Nabi di Taif?Baginda bersama Zaid bin Harithah menempuh perjalanan yang sukar sebelum tiba di Taif.Namun kehadiran baginda tidak diterima.Baginda dihalau dengan cacian,makian,dan balingan batu yang bukan sedikit.Hampir seluruh tubuh baginda berdarah.Begitu juga dengan Zaid.Baginda tidak mengeluh,tidak mengadu,tidak menangis,dan tidak membenci.Bahkan baginda masih mampu terus tersenyum sambil berehat di bawah sepohon pokok berhampiran sebuah dusun.Bukan setakat itu,baginda turut menolak tawaran malaikat Jibrail untuk memusnahkan penduduk Taif.Bagaimana agaknya kita apabila seseorang menawarkan bantuan untuk menghapuskan orang yang pernah membenci kebenaran yang kita bawa?Menerima dengan hati terbuka atau menolak dengan harapan mereka akan berubah?Akhlak baginda diperhatikan oleh seorang kafir yang kebetulan merupakan pemilik dusun berhampiran.Tertarik dengan akhlak terpuji baginda menyebabkan beliau menghantar makanan untuk baginda dan Zaid di bawah pokok tersebut.Baginda tidak terus makan tetapi mengambil peluang itu untuk berta’aruf terlebih dahulu dengan pemilik dusun tersebut.Lazimnya,jikalau kita sedang kelaparan dan kepenatan, apabila diberikan makanan,terus sahaja menikmati bagi melegakan diri sendiri bukan?Hmm..begitu berbezanya akhlak baginda ya?Akhirnya,pemilik dusun tersebut memeluk baginda sambil melafazkan kalimah toyyibah yakni kalimah syahadatain.

Mendengar kisah Mu’az bin Jabal yang amat mencintai Nabi s.a.w. membuatkan kami terfikir,apakah kami ada sesuatu yang boleh dijadikan bukti cinta kami terhadap baginda?Mu’az sanggup berjuang bersama-sama baginda hampir di setiap medan perang.Mu’az mendekatkan unta beliau di sebelah unta baginda kerana tidak dapat mendekati Nabi yang sedang dikelilingi sahabat-sahabat yang lain.Mu’az berusaha menunaikan hak-hak Allah dengan sempurna dan mencontohi Nabi yang ma’sum.Hampir sepanjang hari kami akan berselawat untuk baginda namun,cukupkah sekadar itu?Setiap kali 12 Rabiul Awal menjelang,tidak pernah kami lupa untuk meraikannya walaupun Nabi sendiri tidak pernah meraikan hari ulang tahun baginda.Tiada niat lain di hati kami melainkan untuk mengingati baginda dan menaikkan ruhul jihad kami sepertimana Salahuddin Al-Ayubi meningkatkan semangat para jundi beliau di medan perang dengan cara yang sama.Entahlah..tepuk dada,tanya iman!!

Banyak lagi yang Kak Sa’dah hidangkan buat kami tengah hari itu.Pastinya setiap patah perkataan yang Kak Sa’dah tuturkan bakal dijadikan pedoman buat kami meneruskan usaha untuk terus berada di jalan Allah.Gunakan kelebihan yang ada sehingga ke tahap maksimum dan usahakan agar kelemahan bisa menjadi salah satu sumber kekuatan.Lagipun,apabila berjemaah bermakna kita akan saling melengkapi.Seharusnya,setiap Muslim perlu bersedia untuk ditarbiyah di samping meneruskan usaha mentarbiyah.Tidak timbul persoalan layak atau tidak kerna secara sinis bila agaknya kita benar-benar layak?

“Jika kamu menyangka jalan ini mudah pastilah ramai yang akan bersama-sama kamu”..Al-Taubah:42

Usai kami menyelesaikan beberapa urusan di sana,kami memanjangkan langkah ke SMKA SHAMS ,bumi tarbiyah yang sering kami rindui.Kebetulan ‘junior’ kami,baru sahaja selesai mendengar ceramah sempena Maulidurrasul dan melihat pameran kesedaran pentingnya meningkatkan rasa cinta terhadap Allah serta Rasul khususnya dan cinta terhadap Islam secara amnya.Sungguh saya berbangga dengan perubahan memberangsangkan yang mereka lakukan!Moga-moga usaha tarbiyah akan berterusan di SMKA SHAMS tanpa mencampurkan perkara yang hak dengan yang batil.

Urusan di SMKA SHAMS telah selesai.Saya dan Fatin akan pergi ke Kuala Lumpur bersama Kak Sa’dah sekejap lagi.Meskipun destinasi kami berbeza namun,kami akan melalui jalan yang sama.Kak Sa’dah menurunkan kami di Universiti Islam Malaysia(UIA)

Advertisements

3 responses to “He knows better

  1. Akmal Hakim says:

    Salam ‘afifah..

    “Jika kamu menyangka jalan ini mudah pastilah ramai yang akan bersama-sama kamu”..

    Seingat saya, saya tak perasan pula ada ayat ni di dalam Quran. Tapi, wallahu a’lam. Cuba check balik, betul ke tu surah At-Taubah ayat 24?

    Sekadar mengetahui dan memperbaiki 🙂

  2. afifahazam says:

    recheck in progress,insha allah

  3. Akmal Hakim says:

    Subhanallah, patutlah tak jumpa!

    “Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka” (Surah At-Taubah : 42)

    Dalam tafsir Jalalain, ayat ini diturunkan kepada orang munafik yang memberi alasan untuk sertai perang.

    Dalam tafsir Ibn Kathir pula, ayat ini adalah teguran daripada Allah tentang orang yang tidak ikut serta dalam Perang Tabuk memberi alasan.

    Hal ini mengingatkan saya perihal manusia yang beralasan-alasan untuk berjuang di medan perang. Malaysia yang mempunyai persekitaran tidak berperang hari ini membuatkan saya terfikir, mampukah anak-anak generasi yang akan datang, mampu mempertahankan Islam dengan darah dan nyawa mereka sekiranya berlaku peperangan.

    Ini kerana manusia semakin lama semakin bijak. Semakin lama meminta fatwa akal menyelesaikan isu paradigma dunia hari ini.

    Teringat saya kisah kaum Sabtu. Kaum ini telah dilarang untuk menangkap ikan pada hari sabtu lantaran menghormati waktu beribadah. Namun, kerana ‘terlalu pandai’, mereka akhirnya jadi KERA. Itulah hukum Allah ke atas orang yang munafik.

    Somehow it tells me that being out-of-the-box is not necessary as we think.

    Very good post.

    Seorang sahabat mengingatkan saya,
    “berfikirlah dgn akal, berwazanlah dgn neraca wahyu…”

    Wallahu a’lam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: