**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

cart00n

on December 20, 2008

UPIN dan IPIN

Dahulu,Along Jibah sering melakonkan dialog Upin dan Ipin apabila berkumpul bersama sahabat-sahabat.Yang lain sekadar tertawa dan hanya saya yang akan turut serta.Minat kami terhadap rancangan kartun menyebabkan kami berdua sering diusik sebagai ‘kanak-kanak riang’ walaupun sudah belasan tahun.Maklumlah.hanya kanak-kanak atau orang yang menyayangi kanak-kanak sahaja akan berminat dengan rancangan kartun.Satu perkara yang membezakan kami berdua,Along Jibah meminati kartun dan menyayangi kanak-kanak manakala saya hanya meminati kartun dan menyenangi kanak-kanak.Istilah ‘menyayangi’ dan ‘menyenangi’ mempunyai maksud yang jelas berbeza.

Dengan kartun sahaja sebenarnya dapat memberikan gambaran yang jelas tentang realiti kehidupan.Menyoroti watak Upin dan Ipin,dua kanak-kanak yatim piatu yang tinggal bersama Opah dan kakak tunggal mereka,Kak Ros cukup untuk mengingatkan kita alam kanak-kanak yang indah.Bermain sentiasa melekat di fikiran.Bahkan seolah-olah tidak pernah kenal erti penat.Jelas digambarkan juga keperluan untuk mendidik anak-anak ini dengan didikan yang baik.Fikiran mereka masih segar bahkan hati mereka masih bersih.Tidak hairanlah Upin dan Ipin dengan bersahaja membaca do’a bersahur dan berbuka kesan didikan Opah dan keprihatinan Kak Ros.Bagus bukan?Mereka dilatih berpuasa penuh di bulan Ramadhan dalam usia yang masih hijau.Bersiap awal sebelum solat dan membaca Al-Quran sesudahnya pula menjadi amalan mereka berdua.Banyak sifat mahmudah yang telah mereka amalkan.

4 watak itu cukup untuk mewujudkan tasawwur bahawa Islam,apabila diamalkan dengan betul akan dihormati dan membawa keamanan kepada semua.Hal ini jelas apabila Upin dan Ipin bersahabat baik dengan Raju dan Mei Lin.Mereka berdua memberikan semangat kepada Upin dan Ipin untuk berpuasa penuh di bulan Ramadhan.Watak Fizi dan Ehsan membuktikan bahawa kanak-kanak mudah ditarik ke arah kebaikan dengan cara yang betul.Yakinkan mereka tentang ganjaran Allah dengan cara yang sesuai sahaja sudah cukup.Pak Cik pula muncul sebagai watak seorang muslim yang mengambil mudah hal-ehwal agama.Islam yang mementingkan kebersihan digambarkan melalui watak seorang pemuda lembut manakala seorang remaja lelaki pula menonjolkan sikap suka membantu.Watak Atuk menunjukkan Islam menitik beratkan sifat rajin dalam diri seorang muslim.

Sebenarnya,kanak-kanak masih memerlukan banyak kartun seperti Upin dan Ipin yang berunsurkan Islam bagi mengekang pengaruh Naruto,Detective Conan,Batman,Spiderman,mahupun Catwoman.Lain zaman lain caranya untuk mencegah diri dari anasir negatif yang sudah pasti bercanggah dengan Islam.Senang hati ibu bapa apabila melihat anak-anak mereka menjadi seorang muslim yang mukmin.Bak kata Ipin,“..Seronok sangat..”

..Setiap orang yang berusaha meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda,jiwa raga,pena(penulisan),dan lidah(berdakwah) -Sayyid Abul ‘Ala al-Maududi- ..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: