**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

He knows better

DIA LEBIH MENGETAHUI

Ahad yang lalu saya keluar untuk bertemu sahabat-sahabat lama dari SMKA SHAMS.Kami berjanji untuk berkumpul di Seremban Parade dan ini bermakna sudah 3 kali saya turun ke bandar Seremban dalam tempoh seminggu.Namun saya harap kekerapan saya ke bandar bukanlah sekadar membuang masa.

“Demi masa.Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati dengan kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran”..Al-‘Asr:1-3

Saya dan Fatin tiba di sana beberapa minit sebelum jam 11 pagi.Kami sempat bertanyakan perkembangan masing-masing sebelum Sarah sampai beberapa minit kemudian.Hmm,berdasarkan perbualan kami berdua,benarlah janji Allah:

“Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu,dan akan Kami uji perihal kamu”..Muhammad:31

Biarlah hanya kami berdua mengetahui isi perbincangan tersebut.Jelaslah bahawa setiap daripada muslim yang berusaha mengabdikan dirinya di jalan Allah pasti akan menemui sekecil-kecil ujian sehinggalah sehebat-hebat dugaan.Semoga kami berdua mampu menghadapinya kerana sedar atau tidak,ramai yang gagal melepasi ujian Allah.

Kami bertujuh telah berkumpul di Seremban Parade namun masih menanti kedatangan Kak Sa’dah yang berjanji untuk bertemu kami sebelum kami menyambung pengajian masing-masing.Sementara itu,kami membeli makanan tengah hari masing-masing.Bila ramai-ramai begini,lazimnya tidak banyak wang yang kami belanjakan kerana masing-masing tidak kisah untuk berkongsi wang,makanan,mahupun minuman.Itulah indahnya ukhwah yang terbina atas dasar iman.Kerna itu kami agak ralat hanya bertujuh tanpa kehadiran Aminah,Liyana,Husna,dan Syazwani.

Kehadiran Kak Sa’dah mematikan perbualan dan gurauan kami.Kek dan hadiah yang dibawa bersama sudah kami teka penerimanya.Pastilah milik pasangan kembar,Najibah dan Najihah yang genap 18 tahun Sabtu lalu.Itulah Kak Sa’dah yang kami kenal dari dulu sehingga sekarang yang tidak pernah berkira sedikitpun dengan kami.Sebelum kami makan tengah hari bersama,Kak Sa’dah telah bersedia dengan pengisian untuk kami bertujuh sebagai hidangan pembuka selera.

Read the rest of this entry »

Advertisements
3 Comments »

cart00n

UPIN dan IPIN

Dahulu,Along Jibah sering melakonkan dialog Upin dan Ipin apabila berkumpul bersama sahabat-sahabat.Yang lain sekadar tertawa dan hanya saya yang akan turut serta.Minat kami terhadap rancangan kartun menyebabkan kami berdua sering diusik sebagai ‘kanak-kanak riang’ walaupun sudah belasan tahun.Maklumlah.hanya kanak-kanak atau orang yang menyayangi kanak-kanak sahaja akan berminat dengan rancangan kartun.Satu perkara yang membezakan kami berdua,Along Jibah meminati kartun dan menyayangi kanak-kanak manakala saya hanya meminati kartun dan menyenangi kanak-kanak.Istilah ‘menyayangi’ dan ‘menyenangi’ mempunyai maksud yang jelas berbeza.

Dengan kartun sahaja sebenarnya dapat memberikan gambaran yang jelas tentang realiti kehidupan.Menyoroti watak Upin dan Ipin,dua kanak-kanak yatim piatu yang tinggal bersama Opah dan kakak tunggal mereka,Kak Ros cukup untuk mengingatkan kita alam kanak-kanak yang indah.Bermain sentiasa melekat di fikiran.Bahkan seolah-olah tidak pernah kenal erti penat.Jelas digambarkan juga keperluan untuk mendidik anak-anak ini dengan didikan yang baik.Fikiran mereka masih segar bahkan hati mereka masih bersih.Tidak hairanlah Upin dan Ipin dengan bersahaja membaca do’a bersahur dan berbuka kesan didikan Opah dan keprihatinan Kak Ros.Bagus bukan?Mereka dilatih berpuasa penuh di bulan Ramadhan dalam usia yang masih hijau.Bersiap awal sebelum solat dan membaca Al-Quran sesudahnya pula menjadi amalan mereka berdua.Banyak sifat mahmudah yang telah mereka amalkan.

Read the rest of this entry »

Leave a comment »

::maK..abaH::

INDAHNYA HIDUP BERSAMA MAK DAN ABAH

..To Mak and Abah for presenting a mirror of inspiration;THANK YOU for who I am and for all the things I am not ,FORGIVE me for all the words unsaid,for the times I forgot and for not making right..Mak,Abah I hope you are happy with my life,how I have changed along the way,and I know you believed in all of my dreams..and I owe it all to both of you,Mak and Abah..

Sebagai lepasan SPM,masa saya banyak dihabiskan bersama keluarga.Terfikir untuk berkerja namun nasihat Kakteh,inilah masanya saya berkhidmat untuk Mak dan Abah.Hari demi hari,saya akui itulah yang terbaik untuk saya lakukan.Kini saya sudah arif dengan jadual harian Mak.Sebaik sahaja celik mata,sehinggalah mata galak Mak itu dipejam kembali.Membantu Mak menyelesaikan kerja-kerja di rumah bukan lagi perkara yang berat untuk saya laksanakan.Satu kepuasan buat saya apabila dapat bersama-sama Mak melakukan solat sunat Dhuha,berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis,menjemput adik-adik dari sekolah,dan bersarapan.Sedari saya kecil sehingga kini,Mak masih tidak jemu untuk bangun seketika dari lenanya untuk memastikan saya sudah nyenyak.Bukan saya sahaja,bahkan adik-beradik yang lain juga begitu.Kekadang,Mak yang memadamkan lampu bilik,menyelimutkan yang kesejukan,dan mengemas barang-barang yang tidak tersusun.Entahlah,sukar untuk saya jelaskan dari mana datangnya kekuatan dalam diri Mak.Adakah saya juga akan menjadi ibu yang seperti itu kelak?

Bagaimana pula dengan abah ya?Hmm..Abah balik sekejap malam tadi.Abah sedang menghadiri kursus JUSA C selama sebulan di luar Seremban dan ketiadaan Abah di rumah bukan perkara asing bagi saya.Pada saya,boleh dikira dengan jari berapa kali saya bertemu dengan ayah sendiri dalam seminggu.Mahu tak mahu,saya harus memahami kerna Abah lakukan semua itu untuk kebaikan kami sekeluarga.Hanya Mak yang mengerti segalanya tentang Abah.Abah meminta saya membantunya menyiapkan beberapa ‘assignment’ kursus tersebut dan itu bukan sesuatu yang sukar bagi saya.Malahan saya berbangga memiliki Abah yang tidak pernah jemu menuntut ilmu bahkan tidak pula segan meminta bantuan orang yang lebih arif.Tidak kiralah orang tersebut lebih muda darinya,orang bawahannya ataupun anak-anaknya sendiri.Lagipun Abah sendiri bukanlah seorang yang lokek untuk berkongsi ilmu.Jika dalam hal sebegini Abah tidak lokek,apatah lagi hal-hal lain.Ada sahaja buah tangan yang akan diberi kepada kami sekeluarga,saudara-mara,sahabat-sahabat,dan pekerja-pekerja Abah sekembalinya Abah dari urusan di luar Seremban.

Read the rest of this entry »

Leave a comment »