**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

::BUKAN KEMBALI TETAPI MEMPERBAHARUI::

on November 29, 2008

“قيدوا العلم بالكتا ب”

“Ikatlah ilmu dengan tulisan”; Rowahul Thobrani wa Hakim:Hadis

Shohih

Hadis ini Ustaz Said bacakan pagi tadi sewaktu ana menghadiri Kelas Akademik bagi madah Thaqofah Islamiyyah anjuran PERMATA.

Uurgh,memang buat ana tersentak dan berfikir kembali.Menulis,menulis,dan menulis..Perlu sangat ke??Kenapa,mengapa,sebabnya??Akhirnya ana putuskan untuk membuat sedikit kajian.Modus operandinya,mencari dan bertanya.

Al-quran yang menggunakan konsep hafzu fisudur wa kitabah fisutur di zaman Nabi s.a.w. akhirnya,turut ditulis untuk tatapan semua.Bermula di zaman Sayyidina Abu Bakar atas kekhuatiran Sayyidina Umar AlKhatab kerna tika itu telah ramai para huffaz yang syahid di medan peperangan.Kemudian disalin semula di zaman Sayyidina Usman bin Affan (dikenali sebagai Mashaf Uthmani)bagi memelihara kesatuan umat Islam.

Salah seorang penulis dari Indonesia pula berpendapat bahawa menulis dan membaca pada kaca mata Islam adalah sangat penting.Sehinggakan Allah berfirman di dalam Al-Quran “Nun,demi pena dan apa yang mereka tuliskan

Al-Qolam:01 dan “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu” Al-‘Alaq:01.

Perlu untuk dijelaskan di sini bahawa apabila Allah bersumpah dengan nama makhluk,bererti betapa pentingnya kedudukan makhluk tersebut dalam kehidupan.Berbekalkan keyakinan inilah,nah,akhirnya blog ini sudah terisi setelah sekian lama tersedia (^_^)

Soal berbakat atau tidak itu perlu untuk kita cuba ketepikan dan anggaplah ia hanya sebagai soalan ‘culas’.Pokoknya di sini,ada kemahuan yang tinggi,minat yang mendalam,pembacaan yang kerap,dan usaha yang berterusan.Insha allah,semua perkara akan dipermudahkanNya…(Mudah-mudahan begitulah =s )

Hakikatnya ana tidak pernah berhenti menulis sejak ana dilatih oleh guru Bahasa Melayu (Cikgu Norzehan) di sekolah rendah untuk persediaan sebagai wakil sekolah dalam pertandingan berkaitan,sehinggalah kini.Cumanya,untuk berkongsi hasil penulisan dengan orang lain dan menulis secara konsisten bukanlah perkara yang mampu untuk ana lakukan.Alasan yang bijak bukan??Huh,orang yang bijak sentiasa mencari jalan,orang yang malas selalu mencipta alasan (^_~) Mungkin sebab itu ana mengatakan ana bukannya kembali menulis tetapi,berusaha memperbaharui segala perkara yang berkaitan dengan penulisan ana sedari dulu sehingga kini.Hmm…

*Wassini*


Advertisements

One response to “::BUKAN KEMBALI TETAPI MEMPERBAHARUI::

  1. afifahazam says:

    ::sinar hati::

    assalamu’alaikum..just try and error sebab guna format arabic..macam tak tersusun dan kelam kabut..nanti-nanti kena cari masa balik untuk edit..hmm (^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: