**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

::BUKAN KEMBALI TETAPI MEMPERBAHARUI::

“قيدوا العلم بالكتا ب”

“Ikatlah ilmu dengan tulisan”; Rowahul Thobrani wa Hakim:Hadis

Shohih

Hadis ini Ustaz Said bacakan pagi tadi sewaktu ana menghadiri Kelas Akademik bagi madah Thaqofah Islamiyyah anjuran PERMATA.

Uurgh,memang buat ana tersentak dan berfikir kembali.Menulis,menulis,dan menulis..Perlu sangat ke??Kenapa,mengapa,sebabnya??Akhirnya ana putuskan untuk membuat sedikit kajian.Modus operandinya,mencari dan bertanya.

Al-quran yang menggunakan konsep hafzu fisudur wa kitabah fisutur di zaman Nabi s.a.w. akhirnya,turut ditulis untuk tatapan semua.Bermula di zaman Sayyidina Abu Bakar atas kekhuatiran Sayyidina Umar AlKhatab kerna tika itu telah ramai para huffaz yang syahid di medan peperangan.Kemudian disalin semula di zaman Sayyidina Usman bin Affan (dikenali sebagai Mashaf Uthmani)bagi memelihara kesatuan umat Islam.

Salah seorang penulis dari Indonesia pula berpendapat bahawa menulis dan membaca pada kaca mata Islam adalah sangat penting.Sehinggakan Allah berfirman di dalam Al-Quran “Nun,demi pena dan apa yang mereka tuliskan

Al-Qolam:01 dan “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu” Al-‘Alaq:01.

Perlu untuk dijelaskan di sini bahawa apabila Allah bersumpah dengan nama makhluk,bererti betapa pentingnya kedudukan makhluk tersebut dalam kehidupan.Berbekalkan keyakinan inilah,nah,akhirnya blog ini sudah terisi setelah sekian lama tersedia (^_^)

Read the rest of this entry »

Advertisements
1 Comment »