**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

Adik-adikku

Lirik lagu Nowseeheart ini sering saya kenang,“..Sayangi keluarga,di situ bahagia..”.Dan yang pasti,saya berasa cukup dengan kebahagiaan yang saya miliki.Namun,ramai yang tidak percaya bila mana saya mengatakan saya mempunyai 4 orang adik.Sangka mereka,sayalah yang paling bongsu di dalam keluarga.Aduh,lucu sungguh rasanya!! Kalaulah mereka lihat kerenah 4 orang adik saya yang menyoronokkan dan dalam masa yang sama memeningkan kepala.

Satu-satunya adik perempuan saya,Kaktam yang bersekolah di SEMENDA,Rembau tinggal di hostel.Kaktam lebih betah bersama Kak Uda berbanding saya.Entahlah,mungkin jarak umur kami yang dekat menjadi faktor.Hakikatnya sedari kecil lagi kami berdua memang renggang.Cuma yang pasti,ikatan hati kami semakin kuat menjelang peningkatan usia masing-masing.Kaktam saya anggap sebagai seorang yang bijak,rajin,dan peramah mungkin.Seperti saya juga,kekadang Kaktam cepat melenting,maklumlah anak perempuan bongsu.Beza kami tika marah,saya lazim memilih untuk berdiam diri dan segera berlalu meskipun marah saya masih bersisa (agaknya lah =p )manakala Kaktam akan bising dan akan berbuat apa-apa sahaja sehingga berpuas hati.Satu yang memeningkan kepala saya sebenarnya tika kami keluar bersama kerana Kaktam seorang yang berani jadi,menjadi kelaziman bagi Kaktam untuk menegur semua perkara yang tidak baik di pandangannya.Pasangan kekasih,mereka yang tidak menutup aurat,dan ramai lagi sudah terkena.Jauh di sudut hati,saya berbangga dengan keberaniannya itu!! Hee~

“Pergi dulu ya chik..terima kasih chik..assalamualaikum”nyaring suara Anjang,Bang Is,dan Adik sebelum bertolak pergi ke sekolah.Sungguh itu yang saya akan rindukan kelak.Hilang rasa letih bangun awal pagi semata-mata untuk membantu Mak menyiapkan mereka ke sekolah.Fewh!Anjang cukup rajin membantu Abang di restoran dan itu tidak menghairankan kerna sepertimana Abang,Anjang mempunyai minat yang mendalam berkaitan bidang masakan.Tidak sukar untuk meminta Anjang membantu di dapur.Bahkan,Anjang pernah menolak bila diajak makan di luar.”..Kan boleh masak kat rumah,nak makan luar buat apa?..”komennya.Cuma kekadang Anjang agak sukar menerima pendapat orang lain.Bang Is pula seorang yang bijak dan aktif di sekolah.Hampir semua perkara akan Bang Is sertai terutamanya sukan,hafazan,dan nasyid.Satu perkara yang saya agak rimas,Bang Is suka bertanya soalan berulang.Hmm,mungkin sengaja hendak menguji.Kalau tidak hafal jalan untuk ke sesuatu tempat,tanyalah pada Adik.Adik sering mengikut Mak dan Abah ke mana-mana jadi,itu membantu menguatkan ingatannya.Perkara yang Adik tak suka,apabila penglibatan Adik dalam apa-apa bidang di sekolah sering dibayangi dengan imej Bang Is yang memang sudah dikenali ramai.Kasihan dia!

Read the rest of this entry »

Leave a comment »