**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

252- Hari Tanpa Gajet

Dua hari Ibu cutikan ‘Afifi dan Adham dari Ipad. Hari ni, Ibu sengaja ‘on’kan. Tersenyum gembira ‘Afifi minta nak guna.

Ibu taknak bagi, sengaja mengusik kononnya. Tarik muka tak puas hati, siap berdukung kat Abi mengadu.

“Mintak, mintak,” gesa ‘Afifi lagi.

“Nah, 10 minutes only!” tegas Ibu.

Tak sampai 10 minit, dah syahid. Penangan main lari-lari dan bertukang kat luar tadi agaknya.

Istirehatlah kalian, ‘Afifi dan Adham🙂

p/s : Hari tanpa gajet. Supaya kualiti kebersamaan keluarga dapat dipertingkatkan. Ini cuma usaha. Fewh~

20140530-165201-60721559.jpg

20140530-165202-60722796.jpg

Leave a comment »

251- Romantika Dua Hati

Ehem, jangan salah faham. Ini bukan kisah romantika Ibu Abi, haha.

Kelmarin, Ibu curi-curi masa untuk buat urusan kendiri. Tinggalkan ‘Afifi dan Adham di ruang tamu dengan aktiviti masing-masing.

Adham duduk dalam walker merah, tepi pintu rumah supaya dapat rasa tiupan angin mesra sambil pegang telefon mainan.

‘Afifi duduk atas kerusi tepi meja makan, tengah bergendang sambil berselawat dan fikir, zikir apa lagi nak reka.

Urusan kendiri diselesaikan laju-laju kerna bimbang kondisi mereka berdua jika ditinggal lama. Perlahan-lahan Ibu jenguk si Abang dan si Adik.

Kedudukan sudah berubah tapi keadaan masih tenang seperti tadi. Tiba-tiba Ibu perasan telefon mainan Adham ada di tangan ‘Afifi. Menjadi kemusykilan teramat sebab Adham langsung tak menangis mahupun merengek.

“Abang ambil mainan Adik ye?” Ibu bertanya. ‘Afifi tersengih mengiakan.
“Abang bagi ganti apa kat Adik, dia tak menangis pun?” siasat Ibu lagi.
“Abang bagi KASIH,” jawab ‘Afifi beria-ia.
“Haaaa? Romantiknya Abang bagi adik KASIH?” Ibu tertawa kuat.

Bukan sengaja tapi teruja. Membayangkan sayang betul ‘Afifi kat Adham.

Mungkin tidak berpuas hati melihat Ibu tertawa, ‘Afifi segera menghampiri Adham untuk meyakinkan Ibu.

“Adik, terima kasih!” sebut ‘Afifi berulang-kali.

Haha, rupanya Ibu yang salah faham. Sebenarnya ‘Afifi ambil barang Adham sambil ucap terima kasih. Bukan gantikan dengan kasih sayang.

Ibu ni pun, heish.

*Ibu dan Abi cuba untuk selalu menggantikan apa-apa di tangan Abang dan Adik dengan sesuatu yang lain andaikata barangan tersebut kelihatan membahayakan sesiapa ataupun bukan barangan milik mereka. Diiringi dengan penjelasan ringkas kenapa mengapa sebabnya.

*Satu, mereka tahu bahawa mereka disayangi.

*Dua, mereka tidak berasa yang barangan mereka dirampas kerana kita memberi alternatif lain. Insha allah masalah mereka mengambil barangan orang lain dengan keras kita dapat hindarkan sedikit.

Bukan 100%. Usaha lagi tu🙂

20140423-015459.jpg

20140423-015730.jpg

Leave a comment »

250- Sayang, Sayang Sayang Sayang?

 

Image

Kerana sibuk dengan rutin kehidupan seharian, kita tanpa sedar membiarkan identiti seorang suami dan seorang isteri tenggelam. Maklumlah dah bertiga, berempat, berlima, dan ber ber yang lain.

Dalam sebuah rumah tangga itu bukan hanya ada Abi dan Ibu, bukan hanya soal ‘Afifi dan Adham. Rumah tangga juga sentiasa ada dua insan yang masih seorang suami dan seorang isteri.

Jangan lupa, tolong.

-Adaptasi pembacaan-

Leave a comment »

249- Cuti Muka Buku

Semalam saya cuti Muka Buku; Facebook. Cari diri. Cari penguat hati. Untuk membentuk anak dan famili mengikut acuan Ilahi, perbaikilah masa kebersamaan kita, agar semakin berkualiti.

Banyak benda berserabut dan berselirat. Penyelesaiannya, cek solat atau dalam erti kata lain, re-check hubungan dengan Tuhan dan juga insan.

Selalu tanya diri sendiri, “Apa yang aku dah buat hari ini untuk layakkan aku masuk syurga. Apa yang aku dah lakukan hari ini untuk layakkan aku diredhai suami, famili, dan penduduk langit bumi?”

Insha allah selepas ini cuba optimumkan semula kewujudan blog, Twitter, dan medium lain. Kerna lebih aman dari pujian. Lebih tenteram dari cacian dalam diam.

Salam.

20140417-125834.jpg

Leave a comment »

248- Kami Yang Sekarang

“Eh, Achik dah balik Malaysia ke?”

“Eh, Achik dah ada 2 orang anak ke?”

Bertalu-talu saya menerima persoalan di atas. Nampaknya mungkin perlukan sedikit pengumuman, eh?

Ya, saya dan suami telah selamat bergraduasi bulan Ogos yang lalu. Kembali ke Malaysia juga pada bulan yang sama. Hujung Ramadhan, beberapa hari sebelum ‘Eidulfitri.

from fb

Buat masa ini, saya memilih untuk berada di rumah. Suri rumah tangga sepenuh masa sambil menguruskan anak-anak dan bisnes kecil-kecilan di sini https://www.facebook.com/jordanspicesapparelkidsstore

Abi pula bertugas sebagai sukarelawan sementara di bawah MAINS sementara menunggu jawapan setiap resume yang dihantar. Moga rezeki buat kami sekeluarga diperluaskan, allahumma ameen.

adham

Itu keratan akhbar Sinar Harian, 31 Ogos 2013. Abrahm Adham dilahirkan selepas 10 minit di dalam  labour room, alhamdulillah. Anak merdeka kata mereka. Abah pun siap nak bagi nama Muhammad Merdeka atau pun Muhammad Morsi, huhu.

Saya di semester akhir dalam keadaan sarat. Berulang-alik dari rumah dan universiti dalam bulan Ramadhan. Memang mencabar. Cuma Allah permudahkan buat kami dengan kurangnya alahan dan kehadiran Kak Un ke Jordan untuk menjaga ‘Ammar ‘Afifi, fewh.

Bukan sengaja menyembunyikan berita kandungan. Kami lebih risaukan urusan graduasi kami yang mungkin boleh terganggu. Keluarga kami sendiri dimaklumkan tentang kehamilan kedua ini ketika usia kandungan mencecah 8 bulan. Memang kena bebel terus lepas tu, haha.

Merenung wajah anak-anak, teringat kata-kata Wardina Safiyyah;

“Welcome to the world. And it ain’t that nice. Please help fix it!”

Bagaimana bila keluarga semakin bertambah? Nanti kita sembang di post akan datang ya, eheh. Nah intro;

Ada anak kecil. Nikmat tidur belum pasti. Demi kasih sayang yang abadi!

-Fedtri Yahya-

Jadi, itulah kami yang sekarang🙂

ber4

Leave a comment »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,858 other followers