223- Puasa Dahulu, Puasa Sekarang

ZAMAN DAHULU

Dia menundukkan muka, duduk diam di sofa tanpa suara. Hujung kaki sengaja digerak-gerakkan di atas permaidani yang tersedia. Simptom-simptom tidak senang nampaknya di situ.

“Alah takpe je, kali ni, Abang cuba puasa penuh tau, sehari, Ayah bagi RM1, ok?” si Ayah cuba memujuk anak kecil itu berpuasa di bulan Ramadhan. Solat si Abang sudah lengkap 5 kali sehari. Sebagai seorang ayah, selepas selesai dilatih dengan solat, puasa pula perlu ditekankan kepada seorang anak.

Mendengar kalimah RM1 sehari itu mengetuk minda si cilik. Segera kepala yang tidak mahu menghadap wajah sang Ayah tadi diangkat. “Betul ke Ayah? Janji ea sehari puasa dapat RM1?” soalnya penuh teruja, mahukan kepastian barangkali.

“Iye nak,” tersenyum si Ayah menjawab.

“Yeah, baik! Abang akan cuba puasa penuh tahun ni, sehari RM1, 20 hari RM20, 30 hari RM30, bolehlah kalau nak guna untuk…….” teruja nampaknya dia merancang masa depan.

Semoga berjaya!~

ZAMAN SEKARANG

“Abang, mari sini sekejap, Ayah nak cakap sesuatu,” lembut suara seorang Ayah memanggil si anak yang sedang ligat bermain di ruang tamu.

“Ye Ayah, nak cakap apa tu?” pantas si anak berlari ke kerusi berhampiran ayahnya. “Ramadhan dah dekat, kita sama-sama puasa nak?” si ayah mengajak.


Wajahnya yang tadi bersinar-sinar ingin tahu berubah muram. “Alah Ayah, puasa susahlah,” keluhnya berat. “Abang cuba lah dulu, kalau dapat puasa penuh sehari, Ayah bagi RM1, ok?” si ayah tidak berputus asa memujuk.

“Taknaklah, RM1 tu sikit sangatlah Ayah,” si kecil terus menolak pelawaan tersebut. “Ok, Ayah bagi RM2, boleh?” tawar-menawar masih belum tamat. “Takmo,” tegas si anak.

“RM20?” pujuk si ayah lagi. “RM30 boleh tak ayah?” si anak pula yang memberikan cadangan penutup, heh.

“Allah, allah, allah,” si ayah tersenyum sambil mengelengkan kepala.

*****

Oh anak-anak, nilai cinta, nilai yang Esa, juga nilai wang yang berjuta, semuanya diambil peduli sedemikian rupa.

“Didiklah anak-anakmu mengikut zamannya kerana mereka dilahirkan bukan pada zamanmu.”

-Saidina Umar AlKhattab-

Semoga Dia memudahkan semuanya buat kita!~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.