222- Ramadhan Maksimum?

Cuti 4 hari yang saya rancang mungkin diluluskan 3 hari sahaja, Alhamdulillah. Maka saya terpaksa kekangkan kemahuan untuk berbuka puasa bersama-sama adik-beradik usrah BADAR dahulu yang dijadualkan pada 12 Ogos lepas, maaf kalian.

Esoknya, saya bertolak ke Kajang, bertemu muka dengan adik-adik usrah zaman sekolah, juga bermalam di rumah keluarga angkat saya di sana.

Berseorangan di Komuter Seremban membuatkan saya sedikit termangu-mangu. 2 tahun tidak pulang ke Malaysia membuatkan saya sedikit canggung. Tiket mahu beli dimana, tiket ke mana yang saya kena ambil, naik koc di platform apa, lalu semuanya menjadikan gerak langkah saya sedikit lewat.

Apa-apa pun, semuanya berjalan lancar. Hatta, hasrat saya untuk mencuba nasib dalam memulakan ukhuwwah seperti dalam buku Abbas As-Sisi; At-Tahriq Ila Qulub / Bagaimana Menyentuh Hati turut dipermudahkan. Nah, saya memiliki seorang sahabat baru, nama beliau Nisa, sedang praktikal di Seremban walaupun berasal dari Pahang dan menetap di Kuala Lumpur. Nombor telefon dan senyuman beliau saya simpan kukuh dalam hp dan hati. Moga ketemu lagi di lain masa, insha allah.

Di Kajang, kami banyak berkongsi rasa dan cerita. Saya tidak memilih untuk mengisi masa usrah kami dengan pengisian yang berat. Cukuplah saya dapat membaca semula perjalanan hidup mereka, juga solat berjemaah, berpuasa, dan memasak bersama-sama.

Saya pulang ke semula ke Seremban keesokan harinya dengan rasa puas. Meneruskan misi cuti dengan program berbuka puasa bersama usrah zaman universiti pula. Di komuter, keluarga angkat saya tiba dengan kereta untuk menjemput sekaligus bergerak bersama-sama ke program. Memiliki beberapa keluarga angkat sebenarnya banyak memudahkan perjalanan da’wah yang saya usahakan.

Namun, saya harus pulang awal ke Gemencheh atas permintaan Emak, Abah, dan Nenek. Hmm, walaupun seakan-akan saya hanya hadir sekadar menunjuk muka di program, saya bahagia dapat bertemu dan berjabat tangan semula dengan mereka semua.

24 Ogos nanti, ada berbuka puasa bersama usrah ‘besar’ saya di SMKA SHAMS, 2003-2007. Apa pula yang bakal saya perolehi di sana?

*****

Dalam perjalanan pulang dari Kajang ke Seremban, kami terserempak dengan seorang pemuda di pinggir bangku. Khusyuk kami memerhatikan beliau dari jauh. Kelihatan seperti sedang menunggu seseorang. Namun, ada satu perkara tentang beliau yang lebih menarik perhatian kami.

Ya, tangan kanan beliau memegang erat sebuah Al-Quran mini. Kepala pemuda mulia ini tunduk tekun membaca bait-bait ayat cinta Allah itu. Orang yang lalu lalang di sekeliling tidak dipedulikan.

“Subhanallah!” kami terpegun.

“Ini budaya bagi kebanyakan masyarakat Arab sana, moga ia subur di Malaysia pula, dan di mana-mana pelosok dunia, selagi ada insan Muslim yang Mukmin, insha allah,” getus hati saya.

18 Ramadhan 1432H, Ramadhan Kareem, moga ijazah taqwa itu milik kita semua!~

Ramadhan; anugerah dan ujian keimanan

Advertisement

One Comment to “222- Ramadhan Maksimum?”

  1. Moga ramadhan yang masih berbaki ini, penuh dengan manfaat..ameen.
    Let’s strive t0wards outstanding ramadhan!!! InsyaAllah :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.