“Sedapnya makanan ni, lawanya air tu, manis tak dik?” kata seorang ayah.
“Haaa? Waktu berbuka karang rasa lah pakcik, heh” saya tersenyum sambil terus meletakkan makanan dan minuman yang lain di atas meja, tahu sengaja diusik.
*****
08 Ramadhan atau 08 Ogos yang lalu merupakan hari lahir Shahira, juga merupakan hari pertama restoran abang dibuka semula selepas seminggu bercuti untuk Ramadhan dan proses renovation.
Nama baru, Restoran Hafiz Tom Yam dan Catering!~
Restoran makin besar, makin banyak benda kena setting, kami pun jadi makin pusing.
“Abang lapar lah.”
“Abang blurr lah.”
“Abang penatlah.”
Keluh Abang walaupun tangan dan kaki beliau masih lincah bergerak untuk bekerja.
“Abanggggg, ni Ramadhan lah!” kami menjerit mengingatkan.
“Hehe, yelah, yelah,” balas Abang malas.
*****
Ya, sekarang kami berada di bulan Ramadhan. Kedai sedikit lengang daripada biasa. Selalunya pelanggan yang menunggu kami untuk ambil order sebab pelanggan lain sangat ramai. Sekarang, kami pula yang menunggu kehadiran pelanggan untuk diambil order, dek kerana sedikitnya orang yang berkunjung.
“Bila takde pelanggan, kita boring, bila ada pelanggan, kita pening, hayyya,” kata kami.
Tapi, saya suka suasana sekarang. Kami ada masa untuk menyelit membaca Al-Quran dan bahan bacaan lain. Lari sekejap ke surau di belakang untuk solat Terawih. Berbuka pun sederhana sahaja. Serius, hati tenang. Kalau dapat berhenti kerja sekarang pun, saya tolak, hehe. Sekurang-kurangnya, Ramadhan kami masih boleh diluarbiasa dan dimaksimumkan seperti orang lain.
Cuma sebenarnya kerja sedikit bertambah. Ain dah berhenti kerja jadi kami semua kena gilir-gilir membasuh pinggan mangkuk di dapur. Kak Yati pun kurang sihat jadi kami yang tinggal kena saling membantu dan bekerjasama. Yang pasti, sangat best sebab semua orang suka untuk bersikap SALING.
Do’akan kami boleh bekerja sambil berRamadhan dengan cemerlang!~
*****
Saya sedang cuba memohon izin Abang untuk bercuti selama 4 hari. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa saya benar-benar memerlukan cuti itu. Moga saya ada peluang untuk berusrah dan berprogram semula dalam tempoh 4 hari yang dirancang. Sekali lagi, tolong terbangkan do’a untuk saya ya.
p/s : Hari ni 10 Ramadhan; 10 Ogos. Sanah helwah Kak Akma, moga Allah makin sayang. Hujan lebat~



