November 22, 2009
· Filed under Sentuhan Jiwa
Kami bertemu ‘kenalan lama’ , pasukan debat dari Irbid ; Naqeb Sulaiman, Abdullah Azzam, dan Faeq di peringkat akhir debat Piala Yayasan Perak.
Kehebatan mereka memang tidak dapat kami sangkal walaupun kami yakin ada peningkatan dalam pasukan kami sendiri berbanding pertemuan di MEKAR dahulu. Hanya piala pendebat terbaik keseluruhan terus kekal menjadi milik kami di Mu’tah.
Tahniah buat mereka kerana terus berjaya meraih kejuaraan. Insha allah, kami akan terus mencuba untuk memastikan kejuaraan debat mampu dimiliki oleh pasukan Mu’tah pula selepas ini~
Antara cabaran yang kami lihat dalam arena perdebatan ini ialah betapa sukar usaha untuk memastikan apa-apa yang kami sampaikan benar-benar difahami dan diterima oleh semua. Arena ini memang medan latihan seorang da’ei sebenarnya; dalam usaha kita semua untuk menyebarkan risalah da’wah. Tersusun kata-kata, teratur penyampaiannya, jelas kefahamannya, panjang akalnya, ini semua antara item-item yang harus kita cuba gapai bersama.
“Kata-kata yang disampaikan dari hati yang benar-benar bersih pasti akan mudah diterima “
Tahniah dan terima kasih buat semua ; Irbid, Mu’tah, Mafraq, dan Amman

Debat Piala Yayasan Perak
November 14, 2009
· Filed under Cetusan Minda
Ana tiba di Irbid tepat jam 8.50 malam. Kebetulan 1/4 daripada warga Irbid tika itu sedang berkumpul di salah sebuah dewan di Universiti Yarmouk untuk program Forum : Mahasiswa ; Antara Realiti dan Fantasi.
Program berbaki 1 jam sahaja lagi. Tidak mengapalah, sekurang-kurangnya ana bakal mendapat sesuatu walaupun hadir hanya sebentar di program tersebut. Forum tersebut menampilkan Ustazah Mardiyah, Dr Aiman, Dr Aizat, dan Ustaz Hilal Asyraf sebagai panel serta saudara Azlan Syah sebagai moderator.
Ustazah Mardiyah gemar bermain kata, tidak kering gusi dibuatnya. Dr Aiman, mengemukakan fakta yang tepat untuk membuatkan minda terus berfikir tanpa henti. Dr Aizat, bijak sekali menyusun frasa menarik menjadikan tutur katanya teratur serta mudah difahami. Ustaz Hilal Asyraf, pendapat spontan penulis buku ‘Langit Ilahi’ ini serta tagline ‘pakukan di kepala anda’ menampakkan kematangan pemikiran beliau. Azlan Syah sebagai moderator pula bijak mengawal suasana dan emosi peserta forum.
Ana tidak tahu pandangan warga Irbid sendiri berkaitan program ini. Namun, kesimpulan ringkas yang dapat ana berikan ialah MENARIK dan BERMANFAAT!
Hakikatnya, ana hanya sempat menyertai sesi soal jawab forum tersebut. Walaubagaimanapun, keaktifan para pelajar melontarkan soalan dan pandangan membuatkan ana tersenyum sendiri ; kami sendiri hanya sekali sekala akan bertindak sebegitu rupa dalam mana-mana program. Mungkin~
Resolusi forum secara keseluruhan adalah perlunya mahasiswa dan mahasiswi Islam untuk membuat pelan tindakan bagi merubah diri demi untuk menjadi insan yang bermanfaat untuk Islam. Mungkin perkara sebegini sudah lazim diperkatakan dan dibangkitkan, namun manusia itu kan fitrahnya ‘lupa’ maka perlulah diingatkan di lain-lain masa walaupun perkara tersebut adalah perkara yang sama. Insha allah akan sentiasa ada manfaatnya!
Tahniah warga PERMAI!
November 10, 2009
· Filed under Sentuhan Jiwa
“Terasa nak mencari ketenangan bila dapat natijah imithan yang macam tu,” keluh seorang Kakak. Adiknya yang sedang setia mendengar berusaha memujuk dan memberikan keyakinan untuk Kakaknya terus mencuba.
“Jangan pernah menyesal dan berputus asa!” katanya. ” Jangan sedih, usaha lagi!” Emak pula berpesan. Hmmm~
Bukan mudah untuk menerima sedikit kemerosotan pabila selama ini sering berada di puncak. Lebih-lebih lagi pada sesuatu yang sebenarnya tidak sesukar mana pun pada zahirnya. Rasa segan menyelubungi diri, disembunyikan dengan raut wajah yang terus mengukirkan senyuman ; palsu!
Tiada alasan, tiada ulasan, muhasabah sahaja yang mampu dilakukan. Pastinya ada sesuatu yang perlu dilakukan, diubah, mahupun ditingkatkan. Usaha, do’a, dan tawakal padaNya harus tinggi, bukan?
Kekadang, kemerosotan itu hanya satu ujian ketahanan iman
فإن مع العسر يسراٌ
: Oleh itu, maka (yakinlah) bahawa sesungguhnya setiap kesukaran disertai dengan kemudahan
Surah Al-Insyirah : 5
“Kakak, sebenarnya adik pun sedang mengalami kemerosatan!” giliran si Adik pula bercerita.
O Allah! forgive us when we whine
October 20, 2009
· Filed under Sentuhan Jiwa
Mereka antara sumber kekuatan kami, mereka antara tenaga penggerak kami, mereka sering melancarkan segala gerak kerja kami.
Namun, mereka terlalu hebat untuk terus kekal memberikan perkhidmatan di samping kami.
Meskipun berasa bangga, kehilangan tetap membuahkan kesedihan
……………..
Seinfiniti penghargaan buat mereka, seribu kemaafan kami pohonkan~~
October 13, 2009
· Filed under Cetusan Minda
“Kotor jugak musolla kat kuliah Syariah ni, macam tak berjaga,” sahabat ana mengadu. Kemudian, seorang demi seorang turut membicarakan hal yang sama, huh~~
Cukup!
Marilah membuat tindakan yang berguna, dan berhentilah membuat ayat penyata.
Ada masa, kemas sendiri. Tahu cara, maklumkan kepada pentadbiran universiti.
Berbezakah thaqofah dua negara yang memiliki ramai rakyat beragama Islam ini?
Lisanul hal, aqwa min lisanul maqol
Maksudnya :
Tindakan itu lebih berkesan berbanding kata-kata
Benarkah?

menghadap Ilahi
October 13, 2009
· Filed under Sentuhan Jiwa

indah
Sudah 15 hari ana kembali ke Mu’tah, Jordan. Meneruskan pengajian, meningkatkan pengetahuan, demi thabat di jalan perjuangan. Justeru, meninggalkan segalanya di Malaysia. Mampukah?
- Keluarga ( nasi goreng, mulut ramah, sifat keanak-anakan, kerajinan, berjaga malam )
- Sahabat-sahabat ( berprogram, melancong di Bagan Pinang seketika, ziarah-menziarahi, iftor, perkongsian )
- Adik-adik ( tugas kita bukan memaksa perubahan, tetapi sebagai penyampai pesan )
- Guru-guru ( Ifah seperti ini kerana tarbiyah dan usaha kalian, terima kasih atas do’a dan semuanya )
…dan banyak lagi…
“Oleh itu berikanlah sahaja peringatan kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya, kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan, bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu)”
[al-Ghasyiah 88: 21-22]
October 13, 2009
· Filed under Cetusan Minda
“Achik gementar ke masa pembentangan kat depan tadi? Macam menggigil je suara,” salah seorang peserta Minggu Haluan Siswa (MHS) bertanyakan ana soalan. Ana tertawa kecil.
Ya, memang agak sedikit gementar sewaktu membentangkan perihal Biro Penerangan dan Penerbitan (BPP) kepada para peserta program. Maklumlah sudah lama tidak bercakap di hadapan orang ramai. Tambahan pula berhadapan dengan pelajar baru seramai 128 orang yang sangat hebat. Mereka bukan calang-calang orang, segan ana dibuatnya!

BPP Di Hujung Jari
Sebagai gambaran ringkas, BPP lebih menumpukan kepada kemahiran komputer, penulisan, kemahiran mendapatkan maklumat yang tepat, serta meningkatkan tahap ketersampaian maklumat kepada seluruh ahli PERMATA.
Read the rest of this entry »
September 24, 2009
· Filed under Sentuhan Jiwa

di manakah kami tika ini ?? musykil, musykil
Hati sayu
Mengucapkan selamat tinggal pada Ramadhan yang telah pergi
Kami iringkan dengan dua tangisan
Tangisan kerinduan buat Ramadhan yang pasti menggamit rasa
Dan tangisan syukur atas Syawal yang Allah kurniakan buat kita
Terima kasih Ramadhan di atas tarbiyah yang telah kau tanam dalam diri kami
Insha allah
Kami akan cuba menyiraminya dengan air tazkirah
Dan akan kami bajai dengan istiqomah
Agar bunga iman, ikhlas, ihsan, dan taqwa
Kan bercambah dan tumbuh subur
Ameen ya Rabb
‘Eid Mubarak, minal ‘aidin wal faizin atas kesilapan dan kekurangan yang pasti ada
September 15, 2009
· Filed under Cetusan Minda
Ramadhan sudah mahu mengundur diri. Syawal pula sedia mengganti.
Jika menyambut lebaran di perantauan, tidaklah semeriah di tanah air. Sesama kami warga Malaysia akan tetap teruja namun, warga tempatan, buat endah tak endah sahaja [ siap boleh main bola lagi tuh!! ].
Penghujung Ramadhan lazimnya mereka sibukkan dengan amal ibadat di 1/3 malam. Lagipun, Aidiladha pada Zulhijjah nanti lebih dinanti dan diraikan berbanding Aidilfitri pada Syawal ini.
Bagaimana pula di Malaysia kini??
Lagu-lagu raya berkumandang di sana-sini. Bunyi mercun berdentam-dentum. Membeli-belah? Bukan lagi satu kemusykilan tapi kemestian. Antara item yang menjadi perhatian ana kali ini ialah perkembangan fesyen tudung.
Tadi ana menyelak helaian akhbar.Semalam ana membaca majalah.Kelmarin ana membelek beberapa buku lain.Hmm, iklan-iklan yang menampilkan muslimah bertudung litup dan menutup aurat semakin mendapat tempat di hati pengguna.
Ariani, Fareeda, Ratu, Sumayya ; semuanya merupakan antara jenama tudung yang semakin mendapat perhatian golongan wanita. Tudung labuh, tudung Siti, tudung bunga, tudung batu, dan tudung Ekin pula adalah antara nama tudung yang diberikan oleh para penjual. Semua ini bukan sekadar untuk penggunaan di hari perayaan semata-mata, tetapi juga untuk penggunaan seharian.

tudung bunga
Read the rest of this entry »
September 15, 2009
· Filed under Sentuhan Jiwa
Tolonglah kembalikan ilham ana untuk menulis!!
Permintaan yang pelik??Entahlah…
Bukan menjadi tumpuan mahupun hadaf ana untuk menulis berkaitan peribadi semata-mata.
Hampir setiap hari, acap kali hadirnya cadangan dan idea yang bermacam-macam, ana akan terus membuat kajian dan rujukan serta menambahkan bacaan yang berkaitan.
Alih-alih, sejak akhir-akhir ini, semua yang dirancang telah dilaksanakan oleh orang lain terlebih dahulu. Ilham milik Allah kan? Jadi mungkin Allah campakkan rasa prihatin yang sama dalam diri hamba-hambaNya yang terpilih.
Jadi, siapa-siapa yang lebih proaktif, dia akan terus merencanakan perancangan ia. Berbanding ana, yang akan menyelesaikan sesuatu perkara dalam masa yang lama, maka akan terus tertinggal di belakang.
Tapi sebenarnya, bukanlah menjadi kesalahan untuk menulis dan melontarkan idea berkaitan dengan hal yang sama. Kekadang, cara olahan dan idea masing-masing berbeza. Kesimpulannya, teruskan menulis untuk mengasah minda.
Agaknya idea dan ilham juga punya nafsu! Kawallah semampu mungkin.

ilham oh ilham